Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Julai, 2013

PELIK….PELIK…

Pelik aku lihat situasi semasa di Malaysia lewat hari ni. Makin nak raya, makin pelik.

Sudahlah team bola sepak makin lama makin hancur. Prestasi merudum. Lawan dengan pasukan kelab pun boleh kalah. Hancur….hancur…bawak pergi jauh-jauh hanya untuk bereksperimen dan untuk kalah sajake? Apakah kemenangan tak penting? Apakah ranking tak penting? Jadi, apa yang penting? Kalah? Eksperimen? Perlawanan berstatus sarkis? Bangang abadi namanya! Pelik…pelik…

Takraw pun sama….kantoi dah, kalah dah, dengan myanmar pun terkantat. Kalau ranking di Asian, Malaysia sudah dibelakang Thailand, Indonesia dan Myanmar. Ape citer? Pelik…pelik..

Kes tembakan….aku rasa, tahun 2013 ni memang banyak kes pembunuhan menggunakan senjata api melibatkan kenamaan dan berprofil tinggi. Tak payah aku listkan, sila google. Tak kan aku nak suap. Apa yang membuatkan aku pelik, hairan, lagI ajaib adalah… dari mana mereka mendapat akses kepada senjata api, lebih spesifik lagi, pistol. Macam mana mereka dapat? Dari mana mereka dapat? Siapa bekalkan kepada mereka, siapa dalang? Dari mana senjata ini masuk, diseludupkah? Orang dalamkah? Longgar sangatkah pemeriksaan dan kawalan sempadan dan pintu masuk senjata? Pelik…pelik…

Zaman sekarang, manusia makin hilang waras. Hilang pertimbangan. Mudah temper. Kalau dulu, tak puas hati, bergaduh…bertumbuk…zaman sekarang tidak lagi, tembak ja. Guni kasik hilang. Tau-tau dah dibawah perut bumi. Zaman sekarang punya style…masing-masing berhati zionis! Kejadian rompak berlaku depan rumah, tambak bunuh depan kedai, depan khalayak awam! Apa sudah jadi? Pelik….pelik…

Itu belum dengan lain-lain hal, isu syiah yang makin menjadi-jadi. Hal ehwal harga barang naik, susut nilai ringgit, diesel habis kuota, isu-isu perkauman dan hal-hal agama Islam yang kini kerap dipermainkan. Pelik….pelik…

Apa nak jadi?

P/s- hairan bin ajaib!


HOBI AKU DARI DULU SAMPAI LA SEKARANG

image

Balik kerja tadi, adalah sekitar jam 6 setengah aku sampai Melaka. Lepas siap ambil anak di rumah baby sitter, aku cargas balik rumah. Aku ada misi. Misi yang dah lama aku pendamkan. Setting akuarium.

Aku ada sejam sebelum berbuka. Berbekalkan perkakas yang sedia ada yang aku ambil dari rumah orang tua aku di semenyih (akuarium kecil bersaiz dua kaki, lampu, filter, pasir, pokok, rumpai, batu-batu sungai dan beberapa ekor ikan dari pelbagai jenis-tiger barb, albino barb, red eyes tetra dan ikan bandaraya), aku setting kesemuanya kurang dari setengah jam. Heh! Boleh dibanggakan juga sebab  untuk setting akuarium, penelitian itu penting. Tambahan lagi, anak jantan aku yang sorang ni menyibuk tak henti-henti mengacau dari mula aku buat kerja sampailah siap. Excited sangat!

Hasilnya, akuarium aku siap seperti gambar di atas. Aku dah didedahkan dengan dunia ikan hiasan sejak dari kecil lagi. Bapa aku seorang penggemar ikan hiasan, dan hobi ini telah merebak dan menular ke dalam jiwa dan sanubari aku dan adik-adik yang lain. Kalau tak ada akuarium di rumah memang tak sah! Lagipun, dengan adanya akuarium dan ikan hiasan di rumah ianya membantu untuk menghilangkan stress kerja di pejabat. Lagipun, bukan leceh nak bela ikan ni…sonang yo! Tiga bulan sekali, tukarla air….

Inilah hobi aku dari zaman kanak-kanak sampaila sekarang.

Cubelah!

P/s- teringat maso den kocik-kocik dulu, den pornah amek ikan-ikan ni, kendian lotak dalam poti es, biar boku. Den kanak-kanak ribena maso tu. Mumayiz pun bolum laei! Keh, keh, keh.


MALAYSIA AMAN….BERSYUKURLAH!

“Wahhhh! Untungle ko, orang gomen… dapat bonus raya, RM500 tu…siapa nak bagi…”

“Sedara, tu bukan bonus….kalau bonus, dapat sebulan gaji…sebulan setengah gaji….takpun enam bulan gaji macam ko…yang koje highway ni…”

“Ko ni, macam tak bersyukur je brooo….?”

“Wei, siapa cakap aku tak bersyukur? Dengan adanya “Bantuan Khas Kewangan Raya 2013” aku dapat buat macam-macam! Aku dapat tukar tayar, dapat servis kereta, dapat kirim duit kat orang tua aku kat kampung, dapat beli ayam yang harganya dah “turun”, support tambang bas adik-adik aku, bla, bla, bla, bla, bla…bersyukur sangat….bla, bla, bla, Malaysia aman…bla, bla, bla, tak de perpecahan…bla, bla, bla, rasuah terendah…bla, bla, bla, bil api pun terendah, harga minyak petrol antara yang “terendah”….bla, bla, bla, Malaysia aman….bla, bla, bla, adanya tol sebab nak maintain highway…bla, bla, bla…

“Cukup! Cukup……”

“Apsal bro? Aku belum habis lagi…..”

“Yelah….yelah…aku faham…..ko tak yah banyak citer….aku dah faham”

“Apa yang ko faham?”

“MALAYSIA AMAN…….bersyukurlah…..keh, keh, keh”

P/s- Dengar-dengar diesel tak cukup hari ni, petrol pump area aku siap naik notis, kuota diesel habis, ape kes? Tanda-tanda nak naik rege lagi ke? Keh, keh, keh….bersyukurlah, Malaysia Aman… salam 20 Ramadhan 1434H!


RAYA TAK MERIAH TANPA MERCUN

Zaman sekarang nak dapat mercun bukan senang. Susah yang amat! Serious! Kalau zaman aku kanak-kanak dulu, nak dapat mercun punyalah senang. Pergi mana-mana bazar ramadhan, berlambak brother-brother penjual mercun dan harganya murah-murah belaka!

Thunder clap, 60 batang lebih kurang RM25-RM30. Mercun roket biasa cuma RM15 sekotak. Mercun lebah, mercun ayam, ketupat, dus2 dan lain-lain semuanya murah. Mungkin sebab senang dapat dan bukan satu perkara yang rare, harganya jadi murah. Lepastu beli pula banyak, main sampai muntah. Kadang-kadang kalau tak habis, boleh pulak carry forward ke Raya Haji dan kalau tak habis, carry forward ke Raya Aidilfitri tahun depan.

Aku juga pernah main meriam buluh di kampung masa zaman kanak-kanak. Main bersama pak cik dan sedara mara yang lain. Meriam buluh bunyinya luar biasa. Lagi banyak karbait di letak, lagi kuat bunyinya. Di kampung, dentuman meriam buluh umpama kita sedang berada di battlefield atau war zone. Saling bersahut-sahutan dan tak henti kadang-kadang sampai subuh hari pagi raya. MERIAH!

Paling aku hairan, sepanjang karier aku bermain mercun, tak pernah pun kami cedera atau hilang jari. Tak pernah aku dengar berita budak-budak kampung aku masuk hospital sebab meriam buluh pecah. Itu yang aku hairan, jika nak dicomparekan dengan budak-budak zaman sekarang. Asal main, mesti hilang tangan. Mesti masuk paper sebab cedera. Ada yang buta, hilang jari, kudung tangan. Lepastu, buat muka insaf, gambar pula, pose duduk di katil ward hospital dan berkata “saya betul-betul menyesal main mercun, tengoklah saya hilang jari…macam mana saya nak menulis ketika di sekolah”.

Pelik! Aku fikir, budak-budak ni main dengan cara yang merbahaya. Mungkin nak tunjuk hero. Aku ambil contoh, pernah keluar dalam paper ada seorang budak baling mercun bola ke arah kawan-kawannya! Bangang abadi namanya tu! Tak pasal-pasal member tu hilang sebelah mata.

Budak-budak zaman sekarang ni nak kena pergi kursus dulu, dapat sijil tauliah, baru bole main agaknya. Aku ada buat kursus ni, MERCUN 101, nak daftar? Keh keh keh.

P/s- Raya tak meriah tanpa mercun.


CARA IFTAR ORANG KITA

Orang kita bila tiba puasa, tak sah kalau tak upload tempat-tempat mereka iftar. Iftar itu dan ini, buka itu dan ini, makan itu dan ini. Dari hidangan berkuah macam tom yam, sup ke makanan fast food, pizza, mcD dan sebagainya.

Ayam golek, kambing golek, nasi goreng kampung, udang kara, nasi briyani dan 1001 macam jenis makanan semuanya akan diupload. Tempat iftar “cek in” dalam fesbuk.

Itu cara orang kita bile berbuka.

P/s- Malaysian style!


BONUS RAYA 2013

Aku yakin lagi pasti yang semua orang gomen dok sabaq menunggu pengumuman PM tentang bonus raya 2013. Dari pembacaan aku dari lain-lain blog, aku dapat rasakan yang sinar masih ada dan harapan juga masih ada…cuma bersabarlah. Juga dijangkakan yang PM akan umumkan berita tersebut paling awal 24 julai dan paling lewat 31.

Kalau ada, adalah….kalau tak de, gigit jarilah gamaknya. Apa yang pasti pihak kerajaan  seperti agak keberatan untuk memberikan kelulusan pemberian bonus ni memandangkan hingga kini masih belum ada berita-berita yang sah tentang pemberian bonus. Tapi, jika dilihat pada laman blog CUEPECS, mereka lebih positif yang pihak kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bonus untuk tahun ini.

Ada yang berkata, dengan pemberian kenaikkan gaji sebanyak dua kali pada tahun ini mengakibatkan bonus raya tidak dapat diberikan kepada penjawat awam untuk tahun 2013.

Bagi aku, lebih baik tunggu dan lihat.

Ada bonus, bolehlah beri duit raya lebih. Bolehla jalan raya jauh sikit.

Kalau takde, janganlah harapkan duit raya dari aku wahai anak-anak buahku sekalian….hehehe.

P/s- road tax kereta aku mati 27 haribulan ni. Nak servis kereta, tukar tayar, bayaran ansuran dan aku pulak ulang alik setiap hari ke pejabat dari Melaka ke Bangi setiap hari, dah berapa kos aku tanggung? Defisit beb….gamaknya….paham-paham jelah!


KISAH BERBUKA PUASA AKU SIRI 2

Kecik-kecik masa puasa dulu, ada sekali aku cuba bereksperimentasi untuk menyediakan signature refreshment ketika berbuka. Dengan segala kreativiti, ditambah dengan sedikit inovasi, sedikit imaginasi aku fikir ianya bakal menjadikan aku terkenal dengan hidangan singnature.

Petang tu, lepas balik sekolah agama aku rehat depan tv. Layan jejak rasul dan kartun. Lagi setengah jam nak berbuka, aku pergi dapur. Mak aku sebuk masak. Aku usha peti ais, ada air tebu, nata de coco, buah anggur, sirap, laici, jus orange peel fresh, ada air kotak teh bunga dan air karot yang emak aku baru siap blender.

Ya! Aku ambil kesemua bahan yang aku listkan di atas. Ambil blender, masukkan semua bahan dan tambah ais. Letak sikit gula melaka dan air sirap rose. Kasi merah, kasi garang!

Hasilnya, singanture refreshment aku pun terhasil dan tak sabar nak merasanya.

730 azan berkumandang, tanpa lengah aku terus minum air spesial yang telah aku buat tadi. Dek kerana haus, habis secawan! Puas dan kenyang! Rasanya macam ada sedikit pelik, tapi menyegarkan. Cuma aku terdengar mak aku cakap…

“Long kalau kamu malam ni sakit perut, mama tak tau ye”

Tak tunggu lama….balik teraweh, aku melekat kat tandas dan begitulah untuk dua hari selepas itu.

P/s- singnature refreshment konon!


SATU KETIKA DULU….PUASA ZAMAN KANAK-KANAK

Puasa zaman kanak-kanak masa zaman sekolah rendah dulu memang terbaik. Curik minum air paip kat jamban sekolah takpun di tempat wudhu surau secara berjemaah. Siap beratur lagi. Kool!

Dulu sekolah rendah aku, dua sesi. Sesi pagi sekolah aliran konvensional biasa, sesi petang aliran agama. Biasanya sesi petanglah waktu yang paling ramai budak-budak kantoi puasa. Petang-petang, cuacanya panas. Budak-budak zaman aku dulu bukan macam budak-budak zaman sekarang. Kami dulu aktif, lasak, main kejar-kejar, nyorok-nyorok, polis sentri one to jaga, main kombat-kombat getah lastik, tutup botol, baling kasut dan lain-lain permainan lasak, aktif, sehat dan , mnegeluarkan peluh serta memenatkan.

Dah seronok main, penat….haus dan dahaga. Dek kerana kenakalan kami dan kejahilan kami yang pada ketika itu masih mumayiz, kami beratur panjang di “pot” air. Seorang demi seorang minum. Lega dan puas tercermin di wajah masing-masing. Puas sebab dapat main bersama kawan-kawan, lega kerana dapat buka puasa awal. Balik rumah, melepek, buat muka penat….

Satu ketika dulu…….hahaha!

P/s-moh teraweh!


SALAM RAMADAN KAREEM 1434; SUDAN DALAM KENANGAN

Sudah 2 ramadan berlalu. Sudah 3 hari Sudan aku tinggalkan. Banyak prospek dan peluang di sana, maklumlah negara miskin dan baru nak bertatih untuk membangun. Sudan mengajar aku tentang wasatiyah atau kesederhanaan. Saudara muslim di sana  hidup serba kekurangan…makanannnya tak seberapa, fasilitinya daif, hidupnya sekadar cukup dengan apa yang mereka ada. Itu semua tidak menghalang keimanan mereka untuk menyembah kepada tuhan yang satu.

Bila disebut sahaja Muslim dari Malaysia, mereka sudah cukup gembira dan tidak henti-henti mendoakan kita. Mereka sungguh memandang tinggi Malaysia dan mereka sungguh ringan tulang dan berbudi bahasa!

“Kaifahaluka? Ana muslim min malayzi”

Itulah ayat yang kerap aku gunakan setiap kali memperkenalkan diri jika bertemu dengan sudanese. Serta merta mereka mengungkapkan “Alhamdullilah” dan “Allahuakbar”.

Benar kata orang tua-tua…kadangkala pandanglah ke bawah, janganlah selalu mendongak ke langit.  Kita selalu ingin ke negara-negara yang maju, sejuk, dingin, cantik, kool. Namakan saja, Paris, Swedan, UK,  Switzerland dan lain-lain negara Europe serta timur tengah yang maju umpamanya UAE,  Qatar, Saudi serta lain-lain. Kita selalu inginkan keindahan hingga kita lupa ianya akan membawa kepada timbulnya sikap riak, takabur dan pembaziran semata. Jangan lupa untuk lihat negara miskin ini umpamanya di afrika…banyak nilai-nilai kemanusiaan dan keinsafan yang akan dapat kita pelajari. Lebih banyak kepayahan, keperitan dan jerih hidup di sana berbanding kita di Malaysia. Lebih banyak ilmu dan pengalaman yang baik dari Malaysia wajar dikongsikan dengan masyarakat di sana.

Bagi aku Sudan negaranya indah umpama sebutir permata di tengah gurun Afrika, masyarakatnya juga baik. Moga sudara muslim di Sudan sentiasa dilindungi Allah swt. Aminnn..

P/s- hidup ini umpama roda. Salam Ramadan Kareem.