Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HOBI AKU DARI DULU SAMPAI LA SEKARANG

image

Balik kerja tadi, adalah sekitar jam 6 setengah aku sampai Melaka. Lepas siap ambil anak di rumah baby sitter, aku cargas balik rumah. Aku ada misi. Misi yang dah lama aku pendamkan. Setting akuarium.

Aku ada sejam sebelum berbuka. Berbekalkan perkakas yang sedia ada yang aku ambil dari rumah orang tua aku di semenyih (akuarium kecil bersaiz dua kaki, lampu, filter, pasir, pokok, rumpai, batu-batu sungai dan beberapa ekor ikan dari pelbagai jenis-tiger barb, albino barb, red eyes tetra dan ikan bandaraya), aku setting kesemuanya kurang dari setengah jam. Heh! Boleh dibanggakan juga sebabĀ  untuk setting akuarium, penelitian itu penting. Tambahan lagi, anak jantan aku yang sorang ni menyibuk tak henti-henti mengacau dari mula aku buat kerja sampailah siap. Excited sangat!

Hasilnya, akuarium aku siap seperti gambar di atas. Aku dah didedahkan dengan dunia ikan hiasan sejak dari kecil lagi. Bapa aku seorang penggemar ikan hiasan, dan hobi ini telah merebak dan menular ke dalam jiwa dan sanubari aku dan adik-adik yang lain. Kalau tak ada akuarium di rumah memang tak sah! Lagipun, dengan adanya akuarium dan ikan hiasan di rumah ianya membantu untuk menghilangkan stress kerja di pejabat. Lagipun, bukan leceh nak bela ikan ni…sonang yo! Tiga bulan sekali, tukarla air….

Inilah hobi aku dari zaman kanak-kanak sampaila sekarang.

Cubelah!

P/s- teringat maso den kocik-kocik dulu, den pornah amek ikan-ikan ni, kendian lotak dalam poti es, biar boku. Den kanak-kanak ribena maso tu. Mumayiz pun bolum laei! Keh, keh, keh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s