Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Ogos, 2013

SELAMAT HARI RAYA 1434H @ 2013

Lagi sehari nak sambut raya. Taman di tempat aku duduk dah hampir lengang, ramai yang dah balik kampung. Rumah masing-masing dah gelap dan dah berkunci. Aku dan keluarga bakal menyusul. Insyallah malam ini juga. Aku suka gerak malam-malam, tak ramai orang, lebuhraya pun kurang sesak, cuacanya sejuk, dingin dan lebih tenang. Mengantuk? Tongkat Ali ada.

Kereta aku pun dah siap servis, final cek up pun dah buat. Barang dah siap packing dan dah muat ke dalam kereta, tinggal nak take off je..Semuanya dah siap.

Khaliff pun dah tak sabar-sabar nak gerak. Kalau ikut kebiasaan waktu-waktu macam ni dia dah tidur nyenyak depan tv sambil hisap jempol, tapi dia masih aktif, mulutnya bising mengomel dan menyanyi-nyanyi tak henti-henti. Khaliff.

So, aku tak banyak nak cakap.

Cuma, nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri 1434H, Maaf Zahir dan Batin.

P/s- Balik kampung, ho…ho…ho…balik raya……hati girang….!

Advertisements

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN

Selang 3 hari lagi, Aidilfitri bakal tiba. Petanda kemenangan bagi mereka yang berpuasa lahiriah dan batiniah. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah menahan dari segala perbuatan yang dilarang oleh syariat Islam.

Selang 3 hari lagi, segala syaitan dan iblis dibebas kembali. Mereka bakal menjalankan tugas mereka seperti biasa sebagaimana janji bapak segala iblis dan syaitan kepada Allah S.W.T, Azazil “aku akan menyesatkan umat manusia yakni cucu cicit nabi Adam hinggalah tibanya hari kiamat”

Persoalannya….

Dibulan puasa ini, walaupun tanpa iblis dan syaitan…manusia masih lagi kalah kepada nafsu mereka sendiri. Malah ada yang masih melakukan maksiat, bersekedudukan antara lelaki dan perempuan. Minum arak, berjudi, tak puasa, bunuh orang, mendedahkan aurat, baca Quran tanpa menutup aurat hingga menonjolkan jambul, dan bermacam-macam lagi. Semua contoh-contoh yang aku nyatakan tadi benar-benar berlaku di depan mata kepala aku sendiri juga didengari dari jiran tetangga.

Aku ambil contoh bersekedudukan, selang 2 hari lepas ada jiran aku yang kantoi berdua-duaan di rumah mereka sendiri. Kantoi dengan pejabat agama jam 2 pagi. (Si lelaki dah berkahwin dan isterinya tinggal di seremban) si wanita pula masih bujang lagi.

Jadi….bagaimana?

P/s-kembalilah ke pangkal jalan.


PELIHARALAH AURATMU WAHAI WANITA.

image

Wanita muslim Syiria. Manis, cekal, tabah dan kuat imannya. Sebahagia dari mereka mengangkat senjata bersama para mujahid lain berperang di barisan hadapan menentang rejim Basyar Al-Assad Laknatullah. Melihat pada renungan matanya yang tajam, kita tahu yang wanita ini punya keyakinan yang tinggi kepada agama dan cintakan tuhannya dengan mendukung kalimah tauhid TIADA TUHAN WAJIB DISEMBAH SELAIN ALLAH dan MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH. Lihat senjata apa yang disandangnya….AK47 Klashshinikov. Buatan Rusia dengan peluru berkaliber 5.56mm yang bakal dimuntahkan ke arah musuhnya. Moga beroleh syahid sekiranya terkorban wahai saudari…

Wanita MELAYU MUSLIM di Malaysia juga tidak kurang manisnya, lembut tutur bicaranya dan santun adabnya. TAPI segelintir dari mereka ada bertegang urat, menegak benang yang basah dengan ilmuwan islam tempatan semata-mata hanya untuk menunjukkan lentuk tumbuh badan bukan hanya kepada orang di Malaysia, malah kepada dunia. Kejahilan apakah itu? Malah, mereka turut mengulas bahawa peraturan mengenai larangan orang islam untuk menyertai pertandingan tersebut sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Adakah dengan menayang batang tubuh badan kepada orang ramai up to date sangat? Kamonlah….kebangangan apakah ini?

Jadi, sila renungkan kembali. Ingatlah saudara-saudari kita di sana, bangun mengangkat senjata semata-mata menegakkan kalimah tauhid yang satu. Kita di Malaysia ini, “aman” dan “damai” eloklah perkukuhkan lagi kalimah tauhid di dalam hati. Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. “Keamanan dan kedamaian” tidak semestinya berkekalan lama…lebih baik siap siaga dari sekarang. Tidak ingat tragedi pembantaian di Bosnia, Kosovo dan lain-lain tempat satu ketika dahulu?

P/s-peliharalah aurat dan kesucianmu wahai wanita. Wanita adalah hiasan dunia. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah.