Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PELIHARALAH AURATMU WAHAI WANITA.

image

Wanita muslim Syiria. Manis, cekal, tabah dan kuat imannya. Sebahagia dari mereka mengangkat senjata bersama para mujahid lain berperang di barisan hadapan menentang rejim Basyar Al-Assad Laknatullah. Melihat pada renungan matanya yang tajam, kita tahu yang wanita ini punya keyakinan yang tinggi kepada agama dan cintakan tuhannya dengan mendukung kalimah tauhid TIADA TUHAN WAJIB DISEMBAH SELAIN ALLAH dan MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH. Lihat senjata apa yang disandangnya….AK47 Klashshinikov. Buatan Rusia dengan peluru berkaliber 5.56mm yang bakal dimuntahkan ke arah musuhnya. Moga beroleh syahid sekiranya terkorban wahai saudari…

Wanita MELAYU MUSLIM di Malaysia juga tidak kurang manisnya, lembut tutur bicaranya dan santun adabnya. TAPI segelintir dari mereka ada bertegang urat, menegak benang yang basah dengan ilmuwan islam tempatan semata-mata hanya untuk menunjukkan lentuk tumbuh badan bukan hanya kepada orang di Malaysia, malah kepada dunia. Kejahilan apakah itu? Malah, mereka turut mengulas bahawa peraturan mengenai larangan orang islam untuk menyertai pertandingan tersebut sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Adakah dengan menayang batang tubuh badan kepada orang ramai up to date sangat? Kamonlah….kebangangan apakah ini?

Jadi, sila renungkan kembali. Ingatlah saudara-saudari kita di sana, bangun mengangkat senjata semata-mata menegakkan kalimah tauhid yang satu. Kita di Malaysia ini, “aman” dan “damai” eloklah perkukuhkan lagi kalimah tauhid di dalam hati. Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. “Keamanan dan kedamaian” tidak semestinya berkekalan lama…lebih baik siap siaga dari sekarang. Tidak ingat tragedi pembantaian di Bosnia, Kosovo dan lain-lain tempat satu ketika dahulu?

P/s-peliharalah aurat dan kesucianmu wahai wanita. Wanita adalah hiasan dunia. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah.

One response

  1. Kiyai@Jr

    Reblogged this on istighfar.

    Ogos 4, 2013 at 9:22 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s