Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN

Selang 3 hari lagi, Aidilfitri bakal tiba. Petanda kemenangan bagi mereka yang berpuasa lahiriah dan batiniah. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah menahan dari segala perbuatan yang dilarang oleh syariat Islam.

Selang 3 hari lagi, segala syaitan dan iblis dibebas kembali. Mereka bakal menjalankan tugas mereka seperti biasa sebagaimana janji bapak segala iblis dan syaitan kepada Allah S.W.T, Azazil “aku akan menyesatkan umat manusia yakni cucu cicit nabi Adam hinggalah tibanya hari kiamat”

Persoalannya….

Dibulan puasa ini, walaupun tanpa iblis dan syaitan…manusia masih lagi kalah kepada nafsu mereka sendiri. Malah ada yang masih melakukan maksiat, bersekedudukan antara lelaki dan perempuan. Minum arak, berjudi, tak puasa, bunuh orang, mendedahkan aurat, baca Quran tanpa menutup aurat hingga menonjolkan jambul, dan bermacam-macam lagi. Semua contoh-contoh yang aku nyatakan tadi benar-benar berlaku di depan mata kepala aku sendiri juga didengari dari jiran tetangga.

Aku ambil contoh bersekedudukan, selang 2 hari lepas ada jiran aku yang kantoi berdua-duaan di rumah mereka sendiri. Kantoi dengan pejabat agama jam 2 pagi. (Si lelaki dah berkahwin dan isterinya tinggal di seremban) si wanita pula masih bujang lagi.

Jadi….bagaimana?

P/s-kembalilah ke pangkal jalan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s