Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September, 2013

PEMERHATI LEBUH RAYA 143H

Aku pemerhati lebuh raya. Hari-hari aku guna lebuh raya, ulang alik Melaka ke Bangi. Aku banyak perhati setiap kali pemanduan aku. Perhati kereta, treler, lori, bas, motor besar. Aku juga kerap perhatikan corak pemanduan orang Malaysia dan singapura. Aku perhatikan pembangunan sekitar lebuh raya. Aku perhatikan pokok-pokok, haiwan-haiwan juga alam permai.

Aku perhatikan semua.

Banyak-banyak yang aku perhatikan, aku minat untuk tengok ragam dan corak pemandu bas. Ya. Bas. Kenderaan panjang yang boleh bawa muatan lebih dari 20 penumpang. Aku berani kata, dari pemerhatian aku….drebar-drebar bas ni kalau bawak bas, lebih dari had laju yang ditetapkan. Bas KK@L. Bagi aku, bas ni bas hantu. Hati kering dan tak sayang nyawa sendiri dan penumpang.

Kalau nak potong kenderaan lain, mereka ini jenis tak kesah. Lane kiri ke, kanan ke sama saje. Bahaya!

Ragam driver bas

P/s-dont drink and drive

Advertisements

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Hari Malaysia. Hari di mana Malaysia ditubuhkan (semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak disatukan) dan pada hari ini diistiharkan cuti umum untuk satu Malaysia. Kalau tak silap, ini tahun ke empat cuti umum diberi, bermula tahun 2010. Kalau salah, sila betulkan. Dulu….satu ketika dahulu, dahulu yang tak berapa nak dahulu, terdapat idea bahawa 16 september ini perlu disambut dan dijadikan cuti umum dan idea ini  pernah disuarakan oleh Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu.

Namun, pada ketika idea itu dilontarkan, ramailah cakap-cakap yang menyatakan Malaysia tidak perlu bercuti sampai dua hari, cukuplah 31 Ogos sebagai cuti umum sambut merdeka. Media massa pada ketika itu cukup memainkan peranan untuk menentang idea ini. Sehinggakan ada tokoh akademik bertaraf profesor yang menyatakan idea untuk sambutan cuti umum ini sebagai idea politikus atau helah politik atau lebih tepat lagi sebagai gimik politik Ketua Pembangkang bagi meraih sokongan rakyat. Tambah tokoh akademik itu, cuti tersebut adalah tidak perlu kerana boleh menjejaskan produktiviti. Juga terdapat beberapa lagi ahli akademik yang juga sependapat dengan tokoh akademik yang telah saya nyatakan tadi, mereka sebulat suara menyatakan ianya sebagai satu cara politik pembangkang meraih perhatian rakyat secara psikologi. Malah pihak kerajaan juga pada ketika itu menentang habis-habisan pelaksanaan cuti umum ini. Segala-gala maklumat yang saya nyatakan diatas, boleh dicari menerusi arkib Utusan Malaysia atau boleh google sahaja.

Alasan kenapa tidak perlu diberi cuti umum?….kerana ianya “bercanggah” dengan hari kemerdekaan.

Tapi kini, ia sudah pun diiktiraf sebagai peristiwa bersejarah dan diberi cuti umum untuk dinikmati rakyat jelata.

Apapun, moga Malaysia aman sejahtera. Rakyatnya yang berbilang kaum hidup bersatu padu. Kepada pemimpin, ingatlah bahawa kekuasaan itu hanya pinjaman yang sementara, ingatlah esok ianya akan dipersoalkan. Jadi, jalankan tanggungjawabmu dengan adil, berhemah dan saksama. Ingat-ingatlah akhirat.

P/s- selamat Hari Malaysia yang ke 50!