Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Hari Malaysia. Hari di mana Malaysia ditubuhkan (semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak disatukan) dan pada hari ini diistiharkan cuti umum untuk satu Malaysia. Kalau tak silap, ini tahun ke empat cuti umum diberi, bermula tahun 2010. Kalau salah, sila betulkan. Dulu….satu ketika dahulu, dahulu yang tak berapa nak dahulu, terdapat idea bahawa 16 september ini perlu disambut dan dijadikan cuti umum dan idea ini  pernah disuarakan oleh Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu.

Namun, pada ketika idea itu dilontarkan, ramailah cakap-cakap yang menyatakan Malaysia tidak perlu bercuti sampai dua hari, cukuplah 31 Ogos sebagai cuti umum sambut merdeka. Media massa pada ketika itu cukup memainkan peranan untuk menentang idea ini. Sehinggakan ada tokoh akademik bertaraf profesor yang menyatakan idea untuk sambutan cuti umum ini sebagai idea politikus atau helah politik atau lebih tepat lagi sebagai gimik politik Ketua Pembangkang bagi meraih sokongan rakyat. Tambah tokoh akademik itu, cuti tersebut adalah tidak perlu kerana boleh menjejaskan produktiviti. Juga terdapat beberapa lagi ahli akademik yang juga sependapat dengan tokoh akademik yang telah saya nyatakan tadi, mereka sebulat suara menyatakan ianya sebagai satu cara politik pembangkang meraih perhatian rakyat secara psikologi. Malah pihak kerajaan juga pada ketika itu menentang habis-habisan pelaksanaan cuti umum ini. Segala-gala maklumat yang saya nyatakan diatas, boleh dicari menerusi arkib Utusan Malaysia atau boleh google sahaja.

Alasan kenapa tidak perlu diberi cuti umum?….kerana ianya “bercanggah” dengan hari kemerdekaan.

Tapi kini, ia sudah pun diiktiraf sebagai peristiwa bersejarah dan diberi cuti umum untuk dinikmati rakyat jelata.

Apapun, moga Malaysia aman sejahtera. Rakyatnya yang berbilang kaum hidup bersatu padu. Kepada pemimpin, ingatlah bahawa kekuasaan itu hanya pinjaman yang sementara, ingatlah esok ianya akan dipersoalkan. Jadi, jalankan tanggungjawabmu dengan adil, berhemah dan saksama. Ingat-ingatlah akhirat.

P/s- selamat Hari Malaysia yang ke 50!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s