Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for November, 2013

PEMERHATI LEBUHRAYA ; LORI TERBALIK

Lewat petang aku keluar pejabat. Macam biasa, hujung-hujung tahun ni biasanya Malaysia berada di musim hujan. Jadi, petang tadi dalam hujanlah aku meredah lebuhraya utara selatan dari Bangi ke Melaka. Bila dah hujan, paham-paham je lah. Jalan menjadi basah, trafik sesak dan kadang-kadang boleh membawa kepada kemalangan. Inilah persamaan linear yang aku yakin dan amat sesuai untuk dihubungkan diantara musim hujan, jalan basah, trafik sesak dan juga kemalangan.

Juga mungkin kita dapat menulis thesis bagi mengkaji kemalangan jalanraya dengan menggunakan segala variable-variable yang aku dah senaraikan tadi untuk dibuat research di peringkat kedoktoran.

Berbalik kepada cerita lori terbalik. Aku teruskan pemanduan sampailah berhampiran RnR Seremban arah selatan. Trafik da mula sesak di sekitar kawasan perkilangan area Nilai (baca; kilang bumbung hijau). Aku agak mesti ada eksiden ni, memang tidak syak lagi!

Betul! Satu lori terbalik di lebuhraya bertentangan dengan aku. Keadaan agak teruk. Polis, ambulans dan peronda lebuhraya PLUS berada di sekitar kawasan kemalangan.

Macam biasa. Tabiat rakyat Malaysia, kalau kemalangan berlaku…komfom jalan sesak luarbiasa dan telahan aku betul lagi tepat. Kesesakan yang berlaku kesan dari kemalangan tadi amat panjang, lebih 5 kilometer! Itu kesesakan menghala ke utara (baca; Kuala Lumpur) yang menghala ke selatan pun sama, sesak lebih 1 kilometer.

Sememangnya rakyat Malaysia memang prihatin. Prihatin “menonton”!

P/s- perangai orang malaysia…..sabor je lee..

Advertisements

KARTUN MALAYSIA

Dulu masa aku kecik-kecik, tak banyak kartun Malaysia hasil buatan dan ciptaan anak tempatan. Aku dan adik-adik paling minat kartun Usop Sontorian karya kartunis Ujang. Kisah kehidupan budak-budak kampung di Parit Sonto, Johor dengan watak-watak dari pelbagai kaum yang hidup harmoni sesama mereka (konsep 1 Malaysia telah lama diterapkan sebelum PM Najib Razak). Tak lama lepas tu banyaklah kartun-kartun lain muncul, Yokies, Keluang Man dan Anak-Anak Sidek. Kampung Boy pun aku layan jugak, tapi layan kat rumah kawan-kawan yang ada Astro. Zaman dulu kalau ada Astro memang dipandang tinggi….heh! Sekarang, tidak lagi. Rumah kongsi pun pasang Astro tahu!

Anak aku Khaliff pun apa kurangnya. Suka layan kartun, dan mestilah kartun buatan Malaysia. Lain dari itu, jangan haraplah Khaliff nak layan.

Dua kartun yang paling dia suka. Upin Ipin dan Boboiboi. Kalau dah ada cerita ni, Khaliff tak bagi peluang dan bagi can. TV menjadi milik mutlak beliau! Takpelah, watak kartun dan jalan cerita kedua-dua kartun ada unsur nasihat, setiakawan, positif dan mencerminkan nilai-nilai budaya yang tinggi. Aku pun suka layan. Banyak pelajaran dan pengajaran daripada cerita kartun ini dan yang terbaru Khaliff suka layan cerita kartun “Pada Zaman Dahulu”…..berkisar cerita-cerita rakyat yang amat popular, sebagai contoh cerita Sang Kancil dengan Buaya dan lain-lain. Cerita-cerita ini pernah dikartunkan oleh Filem Negara Malaysia dan kerap ditayangkan pada zaman awal-awal 90an dulu.

P/s-Elok diperbanyakkan kartun-kartun Malaysia yang ada nilai budaya dan intelektual yang tinggi, barulah budak-budak pandai!


LUAHAN HATI TERHADAP SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Aku tak tau apa lagi nak dikatakan kepada pengendali bola sepak negara, si King Gopal. Juga dah tak tau apa lagi omongan, umpatan, kejian, cercaan, komenan, cadangan,¬† pendapat, buah fikiran, dan lain-lain lagi kata-kata bernas mahupun loyar buruk oleh keseluruhan rakyat Malaysia kepada FAM. Pelbagai troll dan perlian dah dibuat. Tapi…………entahlah…..

Aku cukup tak paham, dengan kekalahan 0-1 kepada Bahrain, baru-bari ini King Gopal masih lagi nampak yakin malah turut berkata “tidak ada apa-apa dengan kekalahan ini, kami menunjukkan aksi bertenaga”. Ini komen beliau sejurus Harimau Malaya tiba di Malaysia.

Bertenaga? Tak perlu malu? Apa yang aku nampak, taktikal hancur, kerap hilang bola, through pass yang tah ke mana, pemain longlai……itu yang dikata tak perlu malu?

Statement bangang apakah ini? Setiap kali kalah, King Gopal tetap dengan nada positif, hinggakan kesemua peminat bola sepak Malaysia sudah bosan dan jemu dengan statement-statement yang kerap kali dikeluarkan oleh beliau.

“Walaupun kalah, pemain tetap pamer aksi bertenaga”

“Kekalahan adalah akibat kehilangan ramai tonggak utama”

“Saya kenal pemain saya”

Juga aku hairan, kenapa setiap kali perlawanan balik-balik pemain itu juga yang diguna. Pemain yang sama! Kunanlan, Guru, Copot. Hei King Gopal, mana Boby? Mana Rozaimi? Mana Piya? Mana Nazmi? Kenapa mereka tidak diturunkan? Adakah mereka dipanggil ke dalam skuad kebangsaan hanya untuk memanaskan bangku simpanan atau hanya untuk memuaskan kehendak rakyat Malaysia supaya mereka diserap masuk ke skuad kebangsaan lalu menutup mulut Ultras Malaya dari bertempik dan bersorak dengan melaungkan cercaan dan nistaan kepada kamu dan FAM?

FAM. Ini lagi satu hal. Aku nak komen lebih pun dah malas. Tak pasal-pasal aku kena Artikel 88. Mampus! Kenamaan negara berstatus Datuk dan Tan Sri pun ditutup mulut dan dicantas mereka inikan pula aku rakyat marhaen selaku penyokong tegar Harimau Malaya? Mampus aku kena suspend!

Satu ja aku mahu cakap sama ini FAM…

K-monla FAM, kami semua hamba rakyat mahukan revolusi Bola Sepak di Malaysia. Kami mahu sukan bola Malaysia berdiri sama tinggi dan mencangkung sama rendah dengan mana-mana kuasa sukan bola ini. Yang penting kami tidak mahu kalah lagi!

REVOLUSIKAN BOLA SEPAK MALAYSIA! TRANSFORMASIKAN FAM!

p/s- aku cadang jadikan sukan bola ni dijadikan NKRA dibawah agenda transformasi kerajaan dan letak bawah MKRA Kementerian Belia dan Sukan. Tengok pegi dia macam mana. Berani tak KJ? Aku yakin boleh!


UPSR…KEHIDUPAN BARU BERMULA

Budak-budak sekarang, baru dapat 5A UPSR, sudah pandai berlagak. Kata besar dan berangan nak hadiah mahal-mahal, walaupun keluarga tak mampu nak belikan. Kadang-kadang dengan riak dan muka yang serupa mintak kaki, bercakap kepada dunia akan keberjayaannya yang buka kepalang itu.

Satu hari, hari Khamis yang lepas. Aku ke pejabat pos. Selesai urusan di dalam, aku keluar dan menuju ke kereta. Kebetulan, pejabat pos berhampiran dengan sekolah rendah. Dari jauh aku lihat sekumpulan budak-budak sekolah yang lengkap berpakaian sekolah bergelak tawa gembira sakan! Dari jauh dah kedengaran keriuhan hilai tawa mereka. Aku, pak cik mak cik, dan orang sekeliling hairan melihat mereka dengan galak sekali, perangai budak-budak sekolah tu tak ubah macam cimpanzi lepas kandang.

Budak-budak tu semakin hampir dengan kedudukan aku dan aku terdengar perbualan mereka.

“Weh, aku dapat 5A weh, balik ni aku nak mintak IPhone kat bapak aku!”

“A-ah! Aku nak pun sama, aku nak mintak Playstation 4!”

“Malam ni buat party nak?”

“Boleh! Jom!” Aku ada banyak filem 1 kaler kalau kau orang nak tengok”

Wah……dasyat…dasyat budak zaman sekarang. Baru dapat 5A sudah lupa dunia. Sudah lupa akhirat! Mintak itu dan ini, siap nak berparty lagi! Hehei! Kamonlah…baru UPSR. Kamu ingat dengan UPSR kamu dah lulus ujian dunia? Apalah nak jadi dengan budak-budak ni….Otak bijak, rupa ada, akhlak entah ke mana?

Aku geleng kepala dan hanya mampu melihat kelibat budak-budak itu yang hilang di sudut bangunan dengan hilai tawa mereka.

P/s- Apa nak jadi….


SUMPAH AKU TAK PAHAM!

Kadang-kadang aku keliru dengan segelintir orang. Aku hairan dan buatkan aku berfikir.

Kamu kata, kamu berpuasa…tapi, kamu masih lagi berpakaian seksi. Seksi yang bukan sedikit, seksi yang menjolok mata, seksi yang , menyeksakan!

Kamu kata, kamu berpuasa…tapi, kamu tidak solat. Bila diajak bersolat, kamu menolak.

Kamu kata, kamu berpuasa…tapi, kamu masih lagi mengumpat, mengata dan mengeji orang. Status di fb waktu pagi…”si polan bt si polan tu gediklah!”. Status petang,”iftar at Hotel bla, bla, bla…”

Kamu kata, kamu berpuasa…tapi, kamu itu sendiri adalah seorang lelaki tulen. Jasad dan rohaniah kamu seorang lelaki, tetapi kamu berpakaian seperti wanita. Apa kes?

Ini baru sedikit….ada banyak lagi di luar sana yang buat kita duduk, berteleku dan berfikir.

P/s- Sumpah aku tak paham!