Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LUAHAN HATI TERHADAP SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Aku tak tau apa lagi nak dikatakan kepada pengendali bola sepak negara, si King Gopal. Juga dah tak tau apa lagi omongan, umpatan, kejian, cercaan, komenan, cadangan,  pendapat, buah fikiran, dan lain-lain lagi kata-kata bernas mahupun loyar buruk oleh keseluruhan rakyat Malaysia kepada FAM. Pelbagai troll dan perlian dah dibuat. Tapi…………entahlah…..

Aku cukup tak paham, dengan kekalahan 0-1 kepada Bahrain, baru-bari ini King Gopal masih lagi nampak yakin malah turut berkata “tidak ada apa-apa dengan kekalahan ini, kami menunjukkan aksi bertenaga”. Ini komen beliau sejurus Harimau Malaya tiba di Malaysia.

Bertenaga? Tak perlu malu? Apa yang aku nampak, taktikal hancur, kerap hilang bola, through pass yang tah ke mana, pemain longlai……itu yang dikata tak perlu malu?

Statement bangang apakah ini? Setiap kali kalah, King Gopal tetap dengan nada positif, hinggakan kesemua peminat bola sepak Malaysia sudah bosan dan jemu dengan statement-statement yang kerap kali dikeluarkan oleh beliau.

“Walaupun kalah, pemain tetap pamer aksi bertenaga”

“Kekalahan adalah akibat kehilangan ramai tonggak utama”

“Saya kenal pemain saya”

Juga aku hairan, kenapa setiap kali perlawanan balik-balik pemain itu juga yang diguna. Pemain yang sama! Kunanlan, Guru, Copot. Hei King Gopal, mana Boby? Mana Rozaimi? Mana Piya? Mana Nazmi? Kenapa mereka tidak diturunkan? Adakah mereka dipanggil ke dalam skuad kebangsaan hanya untuk memanaskan bangku simpanan atau hanya untuk memuaskan kehendak rakyat Malaysia supaya mereka diserap masuk ke skuad kebangsaan lalu menutup mulut Ultras Malaya dari bertempik dan bersorak dengan melaungkan cercaan dan nistaan kepada kamu dan FAM?

FAM. Ini lagi satu hal. Aku nak komen lebih pun dah malas. Tak pasal-pasal aku kena Artikel 88. Mampus! Kenamaan negara berstatus Datuk dan Tan Sri pun ditutup mulut dan dicantas mereka inikan pula aku rakyat marhaen selaku penyokong tegar Harimau Malaya? Mampus aku kena suspend!

Satu ja aku mahu cakap sama ini FAM…

K-monla FAM, kami semua hamba rakyat mahukan revolusi Bola Sepak di Malaysia. Kami mahu sukan bola Malaysia berdiri sama tinggi dan mencangkung sama rendah dengan mana-mana kuasa sukan bola ini. Yang penting kami tidak mahu kalah lagi!

REVOLUSIKAN BOLA SEPAK MALAYSIA! TRANSFORMASIKAN FAM!

p/s- aku cadang jadikan sukan bola ni dijadikan NKRA dibawah agenda transformasi kerajaan dan letak bawah MKRA Kementerian Belia dan Sukan. Tengok pegi dia macam mana. Berani tak KJ? Aku yakin boleh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s