Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MUSIBAH BANJIR 2014, BERINGATLAH!

Banjir di negeri-negeri pantai timur semakin teruk. Hujan yang berterusan dan tanpa henti menyebabkan keadaan semakin parah. Penderitaan saudara-saudara di sebelah sana semakin bertambah buruk apabila ada bekalan makanan semakin berkurang, terputus hubungan dengan dunia luar malah ada dari kalangan mereka berlindung di tempat-tempat tinggi, atas bukit umpamanya! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

image

Ini antara gambar musibah banjir di salah sebuah sekolah di Manik Urai, Kelantan. Moga mereka di sana tabah! Marilah kita panjatkan doa semoga banjir ini surut secepat yang mungkin dan doakan juga keselamatan mereka semua.

Mengikut maklumat terkini, Kuala Krai telah lumpuh, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat sedang dinaiki air dengan laju. Pusat-pusat pemindahan semakin banyak yang dibuka dan semakin ramai bantuan dihulurkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Di sana sini ada sahaja pusat-pusat pengumpulan barang keperluan diwujudkan, melalui orang perseorangan, badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan agensi kerajaan. Terima kasih dan syabas atas usaha murni yang dihulurkan, hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

image

Lihatlah pandangan udara dari pesawat Charlie, TUDM di ruang udara Pengkalan Chepa dan Kota Bharu Situasi semakin gawat dengan maklumat terkini, lebih 90,000 mangsa banjir di lima negeri yang terlibat telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Marilah bersama-sama panjatkan doa untuk saudara kita di pantai timur. #prayforpantaitimur

P/s-Harap dapat batalkan konsert ambang tahun baru untuk tahun ini bagi menghormati mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur. Tolonglah beringat-ingat dengan segala jenis bala yang menimpa negara kita pada tahun ini. Kes MH370 masih belum selesai, MH17 ditembak jatuh, fenomena puting beliung kecil (belalai air) di negeri-negeri utara Malaysia, fenomena kemarau pada awal 2014 dan macam-macam lagi. Beringatlah! Beringatlah!

P/s/s- Seronok main GOLF nampak!?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s