Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PASCA BANJIR DAN KEHILANGAN QZ8501

Satu perkara yang kita tidak mahu hadapi adalah kesedihan. Kesedihan tiba dalam pelbagai situasi dan keaadaan. Selalunya penantian penuh pengharapan (baca; mengharapkan perkara positif/perkara baik-baik) yang berakhir dengan kesedihan pasti akan membawa kepada rasa dukacita yang amat sangat.

Ketika ini ada dua musibah besar melanda. Banjir besar dan juga kehilangan pesawat. Pastinya mangsa yang terlibat di dalam kedua-dua nahas ini menantikan perkara yang baik di akhir kesengsaraan mereka.

——–Pfffftttt———

Negeri-negeri di pantai timur dilanda banjir dan pada ketika ini, begitu banyak kemusnahan harta benda dan ada yang meragut jiwa. Sesetengah tempat ada yang sudah surut dan sesetengahnya pula masih ditengelami air. Jalanraya rosak, jambatan runtuh, rumah dihanyutkan, binatang ternak entah ke mana, kereta dan motor yang rosak (baca; kemungkinan besar tak boleh tuntut insurans kerana bencana alam), terputus perhubungan komunikasi malah ada yang tinggal sehelai sepinggang!

Kasihan tak terkata dan kita yang tidak menghadapi situasi itu mungkin tidak merasa apa yang mereka rasa. Apa yang dihadapi oleh mangsa banjir hanyalah kepedihan dan kesedihan, sudah pasti mereka mengharapkan bantuan dari orang ramai dan pihak berwajib untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, hulurkanlah setakat mana termampu untuk meringankan beban mereka. Bantu seikhlas mungkin berikan mereka semangat dan jangan sebarkan berita palsu yang mungkin menggangu emosi mereka.

Mungkin hari ini nasib mereka, mungkin esok atau lusa hari kita pula…siapa tahu???

———–Pfffftttttttt————

Saat dan ketika ini, nasib penerbangan QZ8501 telah diketahui. Pesawat ini disahkan terhempas di lautan jawa dan pada saat penulisan ini dibuat, lebih dari 40 mayat telah ditemui menurut portal berita dari BBC News. Pesawat malang itu membawa seramai 162 orang penumpang termasuk anak kapal itu telah hilang dari pengawasan radar pada Ahad lepas ketika melakukan penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura. Malang sungguh nasib mereka.

Di saat kehilangan pesawat ini, kesemua saudara mara mangsa, rakan dan sahabat mengharapkan agar pesawat ini ditemui dalam keaadaan selamat. Mereka mengharapkan keajaiban berlaku. Tapi, sangkaan dan pengharapan mereka meleset. Khabar duka diterima oleh mereka dan perkara ini disahkan oleh Kerajaan Indonesia sendiri.

Apa yang kita harapkan tak selalunya mengembirakan hati dan tak selalu juga membawa perkara yang baik. Kadang-kadang ianya boleh bertukar sebaliknya. Jadi bertabahlah dan bersabar.

P/s-Ada hikmah di sebalik kejadian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s