Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Januari, 2015

MEROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH???

Isu panas yang mungkin akan diperdebatkan sikit masa nanti.

Isu terbaru…merotan anak bakal jadi kesalahan jenayah?

Sedang aku sedap-sedap bersarapan di sebuah kedai sambil menikmati nasi lemak berlaukan sambal paru, aku belek-belaklah surat khabar. Helaian demi helaian aku buka hinggalah aku terbaca satu isu ini. Di dalam surat khabar pagi tadi ada tertulis artikel melalui Menterinya, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah. Ini bakal menjadi kenyataan jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan. Hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Ya! Jika undang-undang ini bakal diluluskan apa akan jadi pada anak-anak di Malaysia. Jika tidak boleh dipukul apa akan jadi pada mereka? Bagaimana dengan disiplin mereka jika ini benar terlaksana? Sedangkan di dalam islam dibenarkan untuk merotan anak dengan tujuan mendidik. Ini bertepatan dengan hadis Nabi, ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).

Dalam islam ada cara-caranya untuk merotan. Ada tertibnya. Berikut aku sertakan.

1. Tidak menggunakan hukuman ini kecuali jika tiada cara lain lagi.

2. Jangan memukul ketika marah. Tarik nafas dalam-dalam, hadirkam kewarasan dahulu.~ Jangan sesekali memukul di muka dan ini termasuklah segala bentuk hukuman seperti mencubit di pipi, Tidak memukul di bahagian yang menyakitkan seperti wajah, kepala dan dada.

3. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi untuk member peringatan dan pengajaran.

4. Sebahagian orang berpendapat tidak boleh memukul anak yang berumur bawah 10 tahun. Mereka mengqiyaskan dengan hadis di atas.

5. Memukul tidak melebihi tiga kali. Juga dikiaskan dengan tindakkan Nabi yang mengulangi sesuatu sebanyak tiga kali.

Pandangan aku….merotan anak ada cara dan gayanya. Gunakan dan praktikanlah sepertimana yang dianjurkan islam. Di kala tahap akhlak dan perilaku muda mudi remaja yang semakin meruntuh, nilai moral yang semakin merosot dan jika tidak “ditegur” dengan “cara” dan “gaya” yang betul, apakah yang akan jadi kepada mereka? Orang tua-tua pernah berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.

image

Karya gambar: Muhammad Ihsan Shaharil (baca; perkongsian dari facebook)

P/s- cara islam dah cantik dah, yang dok gatai nak pakai cara yahudi, cara barat pasaipa? Tengoklah betapa runtuhnya sistem kekeluargaan di sana…pun masih nak ikut??? Jika dulu cikgu tak boleh merotan murid, sekarang mak bapak pulak tak boleh merotan anak. Esok lusa, anak-anak pula merotan mak bapak. Haru!


PINDAH RUMAH

Pindah rumah.

Kami plan perpindahan ini secara berfasa-fasa. Fasa 1, kami angkat sendiri barang-barang kecil dengan kenderaan sendiri beberapa kali. Fasa 2, kami sewa lori untuk mengangkat barang-barang rumah yang besar-besar.

Kami berpindah dari Alor Gajah ke Cheng. Tidak berapa jauh, hanya 20 minit perjalanan dan ini bermakna, aku perlu tambah 20 minit perjalanan untuk aku ke pejabat, di Bangi. Tahun ini masuk tahun ke lima aku menetap di Melaka dan bermakna sudah hampir lima tahun aku berulang alik Melaka ke Bangi (sebelum ini di Kuala Lumpur).

Sabtu lepas (17 Januari 2015) rasmilah kami duduk di teratak baru kami di Cheng. Sudah berpindah sepenuhnya dan syukur ku panjatkan ke hadrat Allah SWT atas kurniaan rezeki-Nya kepada kami sekeluarga. Mudah-mudahan rumah baru ini bakal menjadi syurga buat keluarga kecil kami. Apa pun aku masih berdoa agar ditunaikan permintaan agar dapat bekerja di Melaka satu hari nanti. Mudah-mudahan diperkenan.

image

P/s- Nampaknya aku perlu tulis buku dari Lebuh AMJ – Lubuhraya PLUS!


MOHON JANGAN KOMPROMI SOAL PERTAHANAN NEGARA

Aku kurang bersetuju sekiranya bajet pertahanan negara dipotong atau dikurangkan. Bagi aku, tiada kompromi berkaitan soal pertahanan negara. Bajet pertahanan negara sedia ada tak tinggi mana pun, sekitar 1.4% dari GDP (baca:2014} dan tahun ini pula peruntukan sebanyak RM17.7 bilion untuk pertahanan negara. Peruntukan pertahanan negara kita juga tidak besar jika dibandingkan dengan negara di selatan tanah air.

Negara tersebut, mengikut rekod telah memperuntukan secara konsisten sekitar 20% dari pendapatan negara untuk sektor pertahanan. Sekitar tahun 2008 hingga 2012 juga direkodkan bahawa negara tersebut telah menjadi sebagai lima negara pengimport senjata terbesar di dunia. Walaupun negara ini kecil, apabila tiba kepada soal pertahanan negara…ia akan berfikir lebih terkehadapan dari negara-negara jiran di Asia Tenggara. Malaysia perlu mencontohi Singapura dalam soal ini.

Banyak implikasi sekiranya dilaksanakan pemotongan bajet pertahanan. Yaa…banyak dan yang paling terkesan adalah program pemodenan ATM akan tertangguh. Sampai bila kita mahu melihat jika sesebuah perolehan ditangguhkan dari tahun ke tahun atau dari satu RMK ke RMK? Sampai bila?  Ambil contoh cadangan melengkapkan ATM dengan Helikopter Penyerang. Hingga kini masih tiada berita…jika tak silap, tahun 1997 dulu ATM pernah berhasrat mendapatkan 1 skuadron, sebanyak 8 unit helikopter tempur Rooivalk dari Afrika Selatan untuk dilengkapkan sebagai skuadron helikopter tempur dalam PUTD. Begitu juga dengan program pemodenan yang lain umpamanya penggantian pesawat pejuang MIG 29N yang hingga kini masih belum ada kata putus.

Apa yang dikesalkan, ada aset-aset ATM yang dibeli sebelum ini sudah pun ditauliahkan di dalam pegangan mereka adalah bercirikan “fitted for but not with”. Jika peruntukan sedia ada dipotong maka akan lebih malanglah kepada ATM. Bagaimana boleh ATM melengkapkan persenjataan mereka sekiranya bajet yang diperuntukkan sebelum ini dipotong? Implikasinya, kapal-kapal perang ini tiada bisa dan tiada taring!

Negara Malaysia yang dicintai ini sangat luas dengan pecahan dua tanah besar masing-masing di Semananjung dan Malaysia Timur. Jadi sudah tentulah persempadanan yang perlu dipertahankan adalah amat luas dan melibatkan sempadan-sempadan yang terlibat di dalam zon pertikaian. Juga harus diingat dengan tragedi serangan di Sabah yang perlu diberi perhatian dengan lebih mendalam. Belajarlah dari pengalaman dan bertindaklah dengan pantas.

P/s- Nak tengok Attack Heli dalam PUTD macam berharap Malaysia masuk Piala Dunia.


MPH WEEKLY BESTSELLERS MALAY NOVELS

image

Gambar di atas aku dapat dari wall fb aku yang di”share” oleh seorang rakan.

Komen aku…

Aku berharap penulis-penulis novel cintan cintun yang tak bawak ke mana dari sudut positif, merencana idea dan merancak pemikiran kreatif lekas pupus. Jika anda enggan pupus, sila lah tulis novel-novel yang boleh membawa kepada peningkatan moral dan akhlak, merencana idea, menanam sifat patriotisme dan cintakan tanah air, atau paling tidak pun novel-novel yang mempunyai intipati dan “stimulate” daya imaginasi tinggi pembacanya.

Ini tidak, balik-balik benda dan perkara sama yang dihidang. Cerita sampah cintan cintun (baca; berpacar dengan suami orang, berebut lelaki, atau berlakikan suami orang) dek kerana novel-novel sebeginilah sedikit sebanyak mempengaruhi akhlak dan tatacara kehidupan remaja melayu zaman kini.

Sudahlah dinovelkan, silap haribulan diterjemah pula ke layar telivisyen. Suami itulah, suami inilah, lelaki itu, lelaki ini…

Parah….parah…

Mohon ubah idea penulisan anda.

P/s- sedikit sekali novel sains fksyen ditulis.


TEMBAK MENEMBAK DI CHARLIE HEBDO ANGKARA SIAPA?

Pasal hal tembak menembak yang baru-baru ni berlaku di Paris (baca;akhbar satira Charlie Hebdo) dapat aku rasakan ianya mungkin merupakan salah satu hasil kerja MOSSAD. Badan intelijen Israel ini banyak sangat buat kerja kotor untuk kepentingan yahudi israel dengan memberikan gambaran jahat kepada dunia islam. Dengan kata lainnya, memberikan imej kotor kepada islam dan penganutnya.

Kecoh satu dunia pasal berita ini. Gempar dibuatnya dan tidak semena-mena sentimen anti islam terus memuncak.

Hairan, tetapi tidak pelik.

Penyerang bertopeng, merempuh masuk pejabat akhbar sambil bertakbir sebelum memetik picu senjata dan membunuh 12 individu (kebanyakkanya jurnalis) di dalam pejabat tersebut. Pelaku pembunuhan tersebut telah berjaya melarikan diri tanpa dapat ditangkap oleh Polis. Selang sehari kemudian, identiti mereka telah dikenalpasti melalui identiti kad yang dijumpai di dalan sebuah kereta yang ditinggalkan (lucu sungguh). Lebih menghairankan, id dan wajah mereka telah disiarkan terlebih dahulu di website-website Israel berbanding di Perancis! Akhirnya lokasi selamat (baca;safe house) pelaku telah dijumpai dan sepasukan komando anti teror (baca;GIGN Perancis) telah dikejarkan untuk “menguruskan” mereka. Semasa “raid” tersebut, telah dirakamkan aksi tembakan oleh komando anti teror yang telah berjaya membunuh pelaku ini, akan tetapi tiada kesan darah! Hairan…..

Tunggu dan lihat aksi “false-flag” yang seterusnya. Plot yang digarap amat menarik!

image

P/s-Baru-baru ini, Parlimen Perancis telah menyokong dan membuat undian untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, dan ini telah mengakibatkan Israel “tidak berapa seronok” dengan Perancis hinggakan PM Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan undian tersebut merupakan satu silap besar oleh Perancis. Mungkin ianya ada kaitan dengan Israel dan mungkin MOSSAD telah memainkan peranananya.


MURAHNYA MARUAHMU DEK KERANA RETIS KPOP

Berani aku katakan yang budak-budak perempuan di negara kurang bernasib baik (baca;Syiria atau Palestin) punya nilai moral yang tinggi berbanding budak perempuan di sini. Mereka lebih punya maruah dan tidaklah bodoh hingga sanggup memberikan tubuh badan semahunya kepada lelaki. Mereka lebih berani dan ada yang mengangkat senjata mempertahan maruah dan agama!

Di sini, lain ceritanya. Aku tak mahu cerita panjang. Google je pasal KPoP di Malaysia, maka keluarlah isu yang dicari. Malas cerita panjang.

Bagi aku KPoP merupakan virus bahaya yang bakal menghancurkan akhlak remaja Malaysia jika tak dibendung. Virus ini nampaknya semakin parah dan jika tak diubati mungkin akan mendatangkan musibah besar di masa depan.

Apa lah yang ada pada artis plastik KPoP? Rupanyakah? Suaranyakah? Tariannyakah? Atau……..entahlah…..

P/s- Retis Korea Utara tak popular pulak ye? Oh yeee…lelaki2 Korea Utara tak lah cantik, malah mereka lebih “lelaki” dari lelaki di Korea Selatan yang kebanyakkannya adalah lelaki plastik yang cantik! Puiii!!! Pergi jahanam!