Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MOHON JANGAN KOMPROMI SOAL PERTAHANAN NEGARA

Aku kurang bersetuju sekiranya bajet pertahanan negara dipotong atau dikurangkan. Bagi aku, tiada kompromi berkaitan soal pertahanan negara. Bajet pertahanan negara sedia ada tak tinggi mana pun, sekitar 1.4% dari GDP (baca:2014} dan tahun ini pula peruntukan sebanyak RM17.7 bilion untuk pertahanan negara. Peruntukan pertahanan negara kita juga tidak besar jika dibandingkan dengan negara di selatan tanah air.

Negara tersebut, mengikut rekod telah memperuntukan secara konsisten sekitar 20% dari pendapatan negara untuk sektor pertahanan. Sekitar tahun 2008 hingga 2012 juga direkodkan bahawa negara tersebut telah menjadi sebagai lima negara pengimport senjata terbesar di dunia. Walaupun negara ini kecil, apabila tiba kepada soal pertahanan negara…ia akan berfikir lebih terkehadapan dari negara-negara jiran di Asia Tenggara. Malaysia perlu mencontohi Singapura dalam soal ini.

Banyak implikasi sekiranya dilaksanakan pemotongan bajet pertahanan. Yaa…banyak dan yang paling terkesan adalah program pemodenan ATM akan tertangguh. Sampai bila kita mahu melihat jika sesebuah perolehan ditangguhkan dari tahun ke tahun atau dari satu RMK ke RMK? Sampai bila?  Ambil contoh cadangan melengkapkan ATM dengan Helikopter Penyerang. Hingga kini masih tiada berita…jika tak silap, tahun 1997 dulu ATM pernah berhasrat mendapatkan 1 skuadron, sebanyak 8 unit helikopter tempur Rooivalk dari Afrika Selatan untuk dilengkapkan sebagai skuadron helikopter tempur dalam PUTD. Begitu juga dengan program pemodenan yang lain umpamanya penggantian pesawat pejuang MIG 29N yang hingga kini masih belum ada kata putus.

Apa yang dikesalkan, ada aset-aset ATM yang dibeli sebelum ini sudah pun ditauliahkan di dalam pegangan mereka adalah bercirikan “fitted for but not with”. Jika peruntukan sedia ada dipotong maka akan lebih malanglah kepada ATM. Bagaimana boleh ATM melengkapkan persenjataan mereka sekiranya bajet yang diperuntukkan sebelum ini dipotong? Implikasinya, kapal-kapal perang ini tiada bisa dan tiada taring!

Negara Malaysia yang dicintai ini sangat luas dengan pecahan dua tanah besar masing-masing di Semananjung dan Malaysia Timur. Jadi sudah tentulah persempadanan yang perlu dipertahankan adalah amat luas dan melibatkan sempadan-sempadan yang terlibat di dalam zon pertikaian. Juga harus diingat dengan tragedi serangan di Sabah yang perlu diberi perhatian dengan lebih mendalam. Belajarlah dari pengalaman dan bertindaklah dengan pantas.

P/s- Nak tengok Attack Heli dalam PUTD macam berharap Malaysia masuk Piala Dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s