Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MEROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH???

Isu panas yang mungkin akan diperdebatkan sikit masa nanti.

Isu terbaru…merotan anak bakal jadi kesalahan jenayah?

Sedang aku sedap-sedap bersarapan di sebuah kedai sambil menikmati nasi lemak berlaukan sambal paru, aku belek-belaklah surat khabar. Helaian demi helaian aku buka hinggalah aku terbaca satu isu ini. Di dalam surat khabar pagi tadi ada tertulis artikel melalui Menterinya, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah. Ini bakal menjadi kenyataan jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan. Hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Ya! Jika undang-undang ini bakal diluluskan apa akan jadi pada anak-anak di Malaysia. Jika tidak boleh dipukul apa akan jadi pada mereka? Bagaimana dengan disiplin mereka jika ini benar terlaksana? Sedangkan di dalam islam dibenarkan untuk merotan anak dengan tujuan mendidik. Ini bertepatan dengan hadis Nabi, ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).

Dalam islam ada cara-caranya untuk merotan. Ada tertibnya. Berikut aku sertakan.

1. Tidak menggunakan hukuman ini kecuali jika tiada cara lain lagi.

2. Jangan memukul ketika marah. Tarik nafas dalam-dalam, hadirkam kewarasan dahulu.~ Jangan sesekali memukul di muka dan ini termasuklah segala bentuk hukuman seperti mencubit di pipi, Tidak memukul di bahagian yang menyakitkan seperti wajah, kepala dan dada.

3. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi untuk member peringatan dan pengajaran.

4. Sebahagian orang berpendapat tidak boleh memukul anak yang berumur bawah 10 tahun. Mereka mengqiyaskan dengan hadis di atas.

5. Memukul tidak melebihi tiga kali. Juga dikiaskan dengan tindakkan Nabi yang mengulangi sesuatu sebanyak tiga kali.

Pandangan aku….merotan anak ada cara dan gayanya. Gunakan dan praktikanlah sepertimana yang dianjurkan islam. Di kala tahap akhlak dan perilaku muda mudi remaja yang semakin meruntuh, nilai moral yang semakin merosot dan jika tidak “ditegur” dengan “cara” dan “gaya” yang betul, apakah yang akan jadi kepada mereka? Orang tua-tua pernah berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.

image

Karya gambar: Muhammad Ihsan Shaharil (baca; perkongsian dari facebook)

P/s- cara islam dah cantik dah, yang dok gatai nak pakai cara yahudi, cara barat pasaipa? Tengoklah betapa runtuhnya sistem kekeluargaan di sana…pun masih nak ikut??? Jika dulu cikgu tak boleh merotan murid, sekarang mak bapak pulak tak boleh merotan anak. Esok lusa, anak-anak pula merotan mak bapak. Haru!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s