Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for April, 2017

PERANG! PERANG! PERANG!

Kenapa apabila dua negara bertelagah, dikerah segala bala tentera untuk pergi berperang? Cukup-cukuplah perang yang menggadaikan nyawa seorang lelaki yang mungkin juga seorang suami, bapa atau anak lelaki kepada sesebuah keluarga.

Lebih elok jika setiap kali perang bakal tercetus, ke dua-dua presiden sesebuah negara bergaduh kalah-mati di dalam sebuah ring.

Siapa mati dulu, negara tersebut di kira kalah. Malah hanya meragut satu nyawa sahaja!

P/s- tak payah perang2, hiduplah dengan aman damai.

Advertisements

KOREA UTARA,  SETIAKAN TENTERA MEREKA? 

Brother rambut petak selup tepi (baca; Kim Jong Un) kini cuba menonjolkan kekuatan ketenteraan Korut dalam parade terbaru bersempena dengan hari kelahiran pengasas Korut. Mungkin dengan mempamerkan kekuatan ketenteraan mereka sedikit sebanyak dapat menaikan sedikit motivasi rakyat Korut dan menggusarkan USA serta sekutunya.  Hari ini Korut memberi amaran bahawa mereka akan menggunakan Nuklear jika Amerika CUBA2/tunjuk berani menyerang mereka. Amerika pula menjawab dgn nada angkuh bahawa strategi pre-emptive strike akan mereka gunakan jika Nuke Korut mendarat di sana. 

Angkatan bersenjata Korut dibarisi dengan berjuta tentera regular dan reserve serta beribu kereta kebal/perisai, ratusan jet pejuang (baca; kebanyakkan barisan jet pejuang adalah dari zaman perang korea) ratusan kapal perang untuk tentera laut mereka. Peluru ICBM jarak jauh dilengkapi peledak nuklear dan lain2 lagi. Malah merupakan satu2nya negara yang mempunyai anggota komando yang terbesar di dunia.  Walau dibarisi dengan pelbagai senjata dan personal,  bagi aku angkatan bersenjata Korut bukanlah satu angkatan yang kredibel. Malah aku lebih yakin dengan ATM walaupun angkatan bersenjata kita tidaklah sebesar mana. 

Kerana apa? 

Salah satu sebab adalah jatidiri dan semangat patriotik dikalangan rakyatnya sendiri. Isunya di sini sebilangan besar rakyatnya yang hidup di dalam negara sedang “ditindas” oleh dinasti Kim secara terang-terangan dan kebanyakkan dari mereka tidaklah loyal kepada pemerintah. Sebilangan besar rakyat mereka hidup dalam serba payah, kekurangan sumber asas terutamanya makanan berzat,  susah dan derita serta hidup dalam kepura-puraan.  Berpura-pura menghormati “dear leader dan supreme leader” mereka walhal hakikatnya mereka tidaklah “setia” mana.  Dinasti Kim cuba mendoktrinkan kepada rakyatnya dgn pelbagai propaganda agar mereka patuh kepada pemerintah. Proses doktrinisasi ini bermula sejak bayi itu dilahirkan,  masuk ke alam persekolahan hinggalah ke mati. Segala radio dan siaran tv lebih kepada propaganda mengenai “kehebatan” Korut dan dinasti Kim.   Jika ingkar,  pesalah akan ditangkap dan seluruh kaum kerabat keluarganya akan dibunuh atau dihantar ke kem2 buruh paksa di lokasi terpencil dalam Korut.  

Sebenarnya,  bila2 masa rakyat mereka “cuba” untuk “betray”. Itu realiti kehidupan di Korut,  dan bagi rakyat mereka yang bekerja di luar negara hanya terdiri dalam 3 golongan sahaja iaitu perisik,  pekerja seks dan buruh paksa. Malah dalam chapter 5 dalam buku Dear Leader,  bertajuk “North Korea women sold as Pigs”. 

P/s- Buku “Dear Leader” yang aku beli pada 2014 menceritakan segalanya. Kisah seorang agen paling senior bahagian propaganda bernama Jang-Jing Sung berpaling tadah. Sebenarnya ramai warga Korut berpaling tadah dari pelbagai latar belakang dan peringkat.  Ada yang selamat dan ada yang mati, ada juga yang diseksa dengan kejam.  Sebilangan hidup dalam buangan ada yang menjadi hamba dan hamba seks. 

“Dear Leader”? Dear Leader embah mu! 

Gambar ihsan RTM1.


LAHIRNYA MOHAMMAD THAQIFF UZAIR

Jam 5 pagi waktu sahur, 24 Jun 2015. Isteri mengadu sakit nak bersalin. Aku dikejutkan olehnya. Isteriku mengadu..

“Abang, dah keluar tanda”

Aku yang dari tadi acuh tak acuh dikejutkan oleh isteriku semasa bersahur setengah jam awal sebelum tu, bingkas bangun. Nafas aku jadi tak menentu dan dengan tak semena-mena adrenalin mengalir laju ke seluruh badan.

“Jom bersiap, nak bersalin agaknya tu…kita ke hospital sekarang” aku katakan pada isteriku.

Aku memandang anak sulungku, Khaliff. Masih nyenyak dibuai mimpi. Jarinya masih di dalam mulut, dihisap jarinya dalam-dalam.

“Kita tinggalkan Khaliff dengan mak, dah siap kita terus gerak k?” Kebetulan pada minggu tersebut mak mertua aku dari Johor datang. Katanya nak tengok-tengokkan bini aku yang tengah sarat, lagipun bini aku dah ambil cuti advance dua minggu awal. 
Jadi pada pagi tu aku terus bergegas ke Hospital Alor Gajah (HAG), dari Cheng, rumah kami yang baru sahaja kami diami lebih kurang 4 bulan. Perjalanan dari Cheng ke HAG ambil masa kira-kira 20 minit. Pagi yang sejuk itu, jalan masih lengang dan hujan sedikit renyai membasahi bumi Melaka. Sesampai sahaja di HAG, kami terus ke bahagian kecemasan. Dipendekkan cerita, Pegawai Perubatan di ER meminta kami ke Hospital Melaka atas kes yang pernah dihadapi oleh isteriku satu ketika dahulu. Katanya pemantauan lebih rapi akan dibuat di HM kerana pihak HM pernah mengendalikan kes isteriku.

Isteriku dibawa ke HM oleh ambulans dan aku mengekor dari belakang. Dari HAG ke HM agak jauh juga, dan mengambil masa 40minit perjalanan. Isteriku tiba lebih awal di HM, vas hospital memang laju. Aku tak terkejar. Jam 7 pagi pada hari itu, aku dimaklumkan yang isteriku ditempatkan di wad ibu dan anak kelas 1. Sepanjang tempoh itu, isteriku diberi pemantauan rapi hingga waktu bersalin anak ke dua ku pada jam 5 pagi, 25 Jun 2015.

Dalam tempoh menunggu tersebut, kerisauan tetap ada. Nak makan x lalu, nak minum x boleh. Ke hulu x kena, ke hilir pun x kena. Nak duduk dalam wad, aku tak dibenarkan oleh nurse yang bertugas. Jadinya merempatlah aku di kawasan terbuka hospital. 4 jam sebelum anak aku bersalin, aku banyakkan mengaji al quran. Sempat aku habiskan 1 juzu al quran pada awal pagi 25 Jun tu. Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar. 

Lahirnya permata hati kami berdua, Mohammad Thaqiff Uzair yang putih melepak! Kuat orangnya, 3 kali ditepis-tepis tangan nurse yang cuba membersihkan badannya. 3 kali juga dicabut-cabut tube untuk bersihkan air di dalam mulutnya. “Kuat budak ni, esok besar jadi askar agaknya ni bawak jet pejuang ye”  berseloroh nurse tersebut sambil senyum pada anakku. 

Aminnnn….!!!

P/s-entri kali ni juga aku lambat post, dua tahun lewat. Haha.


KE SEKOLAH

Anak aku dah masuk tadika.

Umur 5 tahun. Bulan yang pertama agak liat nak bangun ke sekolah. Nak pujuk mandi bukan main payah. Upah jajan, gula2, aiskrim dan segala makanan ringan tak dilayan.

Puas dipujuk, di ajak lembut2. Tak mahu bangun juga. Habis ikhtiar, rotan aku keluarkan. Kalau tak bangun, “ayah libas” aku bentak.

Tak cakap banyak. Menangis jadinya. Belum dirotan. Acah-acah rotan je, habis air mata bercucuran.

Setengah jam masa terbuang begitu sahaja. Hari ke 29 bangun pagi yang penuh keterpaksaan.
Itulah Mohammad Khaliff Riyadh semasa awal persekolahan setahun dulu.Rasanya sekarang dah tak liat sangat. Adakala susah, adakala senang bangunnya. 

P/s-aku lambat post entri ni. Dah setahun lebih terperap.

Hari pertama pergi sekolah


KISAH LEBUHRAYA

Ramalan cuaca kat fb ni merupakan ciri2 baru yang ada di fb.  Ramalan akan dibuat berdasarkan lokasi kita berpandukan gps handphone. Terasa lucu jugak bila hari2 aku akan dapat ramalan yang berbeza untuk dua tempat yang berbeza. 

Iyalah,  aku ni duduk di melaka,  kerja pula di nilai, n9.  Bila pagi di melaka diramalkan hujan,  aku smpai opis ramalan bertukar ke cuaca ok,  kang bila petang nak balik melaka,  sekali lagi ramalan bertukar. Ini keadaan sekarang. 

Kalau 7 tahun lepas fb dah ada ciri2 ni,  lagi jenuh aku nak melayan.  Dulu waktu awal2 kahwin,  aku bekerja di KL,  menetap pula di Melaka,  komfom aku akan dapat ramalan 4 negeri yang aku lintasi,  Melaka,  N9,  Selangor n KL. 

Diam x diam April ni aku bakal menyambut ulang tahun aku travel di hway PLUS,  dari Melaka ke KL (3 tahun pertama), Melaka ke Bangi,  (3 tahun berikutnya)  dan kini Melaka ke Nilai, N9.

Ikut perkiraan aku,  dengan perbelanjaan atas jalan seharian aku,  masuk tahun ke 8 ni,  aku mampu membeli sebijik mazda CX5 cash atau mungkin sebijik jet Pejuang Rafale atau 3 bijik UAV predator!  Ini perkiraan aku. 

Jadi pada kawan2 yang kat luar tu dok rasa susah p kerja walaupun jarak dari rumah ke opis baru setengah jam dah mengeluh pasal jauh nak p kerja,  hadap jem pun dah marah2, nasihat aku,  cuba bayangkan ampa kat tempat aku. 

Sepanjang 8 tahun ni,  segala macam mak nenek aku pernah hadap kat hway dan jalan dalam (ikut jalan perbandaran).  Aku pernah sesat ke kampung bunian mana tah kat kuala linggi,  (jam 5 pagi), aku dr masjid tanah melalui jalan dalam menuju ke exit pedas linggi. Aku pernah hadap gangster nak pakuk kereta aku kat rnr seremban, 2x gak aku kena (depa ingat aku kosongka?),  tengok eksiden kat hway lagi xpayah cerita,  jalan jem teruk dan pernah sampai rumah jam 12 tengah malam, bumper kereta pecah pasal langgaq tayar pecah kat hway,  borak2 kat divider hway dgn brader2 lori sambil kena sepam dua (aku tak merokok,  tp dek kerana kita xnak kecikkan hati depa,  aku pekena sikit.  End up aku rapat dgn beberapa brader lori kontena)  sbb ada eksiden (lori melintang atas jalan), bateri kong kat hway (ada pulak gagak hitam offer bateri, mahal gila,  nak pow la tu,  last2 aku pow dia balik) ,  dan macam2 lagi lah! 

Apapun,  happy annivesary kat aku dan hway PLUS,  hawau! Aku ni dikirakan sebagai penjana ekonomi negara jugak. 

p/s-Esok aku ingat nak pakai Ah64D Apache Longbow,  terbang smpai bumbung opis aku.