Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LAHIRNYA MOHAMMAD THAQIFF UZAIR

Jam 5 pagi waktu sahur, 24 Jun 2015. Isteri mengadu sakit nak bersalin. Aku dikejutkan olehnya. Isteriku mengadu..

“Abang, dah keluar tanda”

Aku yang dari tadi acuh tak acuh dikejutkan oleh isteriku semasa bersahur setengah jam awal sebelum tu, bingkas bangun. Nafas aku jadi tak menentu dan dengan tak semena-mena adrenalin mengalir laju ke seluruh badan.

“Jom bersiap, nak bersalin agaknya tu…kita ke hospital sekarang” aku katakan pada isteriku.

Aku memandang anak sulungku, Khaliff. Masih nyenyak dibuai mimpi. Jarinya masih di dalam mulut, dihisap jarinya dalam-dalam.

“Kita tinggalkan Khaliff dengan mak, dah siap kita terus gerak k?” Kebetulan pada minggu tersebut mak mertua aku dari Johor datang. Katanya nak tengok-tengokkan bini aku yang tengah sarat, lagipun bini aku dah ambil cuti advance dua minggu awal. 
Jadi pada pagi tu aku terus bergegas ke Hospital Alor Gajah (HAG), dari Cheng, rumah kami yang baru sahaja kami diami lebih kurang 4 bulan. Perjalanan dari Cheng ke HAG ambil masa kira-kira 20 minit. Pagi yang sejuk itu, jalan masih lengang dan hujan sedikit renyai membasahi bumi Melaka. Sesampai sahaja di HAG, kami terus ke bahagian kecemasan. Dipendekkan cerita, Pegawai Perubatan di ER meminta kami ke Hospital Melaka atas kes yang pernah dihadapi oleh isteriku satu ketika dahulu. Katanya pemantauan lebih rapi akan dibuat di HM kerana pihak HM pernah mengendalikan kes isteriku.

Isteriku dibawa ke HM oleh ambulans dan aku mengekor dari belakang. Dari HAG ke HM agak jauh juga, dan mengambil masa 40minit perjalanan. Isteriku tiba lebih awal di HM, vas hospital memang laju. Aku tak terkejar. Jam 7 pagi pada hari itu, aku dimaklumkan yang isteriku ditempatkan di wad ibu dan anak kelas 1. Sepanjang tempoh itu, isteriku diberi pemantauan rapi hingga waktu bersalin anak ke dua ku pada jam 5 pagi, 25 Jun 2015.

Dalam tempoh menunggu tersebut, kerisauan tetap ada. Nak makan x lalu, nak minum x boleh. Ke hulu x kena, ke hilir pun x kena. Nak duduk dalam wad, aku tak dibenarkan oleh nurse yang bertugas. Jadinya merempatlah aku di kawasan terbuka hospital. 4 jam sebelum anak aku bersalin, aku banyakkan mengaji al quran. Sempat aku habiskan 1 juzu al quran pada awal pagi 25 Jun tu. Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar. 

Lahirnya permata hati kami berdua, Mohammad Thaqiff Uzair yang putih melepak! Kuat orangnya, 3 kali ditepis-tepis tangan nurse yang cuba membersihkan badannya. 3 kali juga dicabut-cabut tube untuk bersihkan air di dalam mulutnya. “Kuat budak ni, esok besar jadi askar agaknya ni bawak jet pejuang ye”  berseloroh nurse tersebut sambil senyum pada anakku. 

Aminnnn….!!!

P/s-entri kali ni juga aku lambat post, dua tahun lewat. Haha.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s