Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Terkini

DULU MH370, KEMUDIAN MH17, KINI QZ8501 PULA

Dulu bila ada pesawat yang hilang dari pengawasan radar, di dalam sesetengah kes tak sampai dua atau tiga hari pasti bangkai pesawat ditemui sama ada terdampar di lautan, tengah hutan atau di mana-mana sahaja. Mangsa yang ditemui, ada yang bernasib baik dan ada yang menjadi mayat. Sekarang, jika satu-satu pesawat itu hilang, belum tentu lagi ianya akan dijumpai dalam masa terdekat.

MH370 hilang tanpa sebarang jejak, diikuti MH17 yang ditembak jatuh dan terbaru pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pula dilaporkan hilang.

Hairan jika teknologi sedia ada sekarang tak boleh nak track down kapal terbang komersil yang serba canggih.

Hairan dengan badan-badan intelijen atau badan perisikan negara-negara yang ada di dunia ini, pun masih tak dapat nak menjejaki sebuah kapal terbang.

Hairan dengan segala keupayaan militer canggih yang ada di dunia ini juga masih tidak mampu mengesan atau melakukan tugas cari alamat mengenalpasti kedudukan kapal.

Hairan dengan segala upaya, kudrat serta kerjasama banyak negara dalam tugas cari alamat kapal yang hilang, tapi hingga kini ianya masih menemui jalan buntu.

Hairan ya!

Lihat gambar di bawah. Telan dan hadam. Fahamkan maksudnya.

image

image

Sumber gambar:Illuminati Exposed Media

P/s- Jaga-jaga ada yang merati! Mungkin kerja tangan ghaib, boleh jadi.

Advertisements

SUPERMAN BUKANLAH BIJAK SANGAT

Masa kecik-kecik ada beberapa watak superhero dan kartun yang buat aku kagum dan teruja. Kadang-kadang dia punya kagum, teruja dan obses tu lain macam dia punya feeling. Aku rasa macam akulah hero.

“Superman” antaranya.

Watak yang lahir dari tangan Yahudi bernama Jerry Siegel dan Joseph Suchseter dan sudah semestinya ia juga adalah salah satu watak ciptaan illuminati. Superman menjadi pujaan ramai umat manusia di setiap pelusuk dunia termasuklah aku (baca: zaman kanak-kanak). Superman ada kuasa luar biasa, boleh terbang, kuat, mata lazer berapi lagi gagah dan berani untuk menyelamat dunia menentang penjahat. Segala penjahat tumpas di tangan superhero ini.

Aku masih ingat semasa zaman kanak-kanak, aku sangat-sangat mengkagumi Superman. Aku nak terbang. Aku juga teringin nak keluarkan lazer berapi dari mata. Keterujaan aku ini sampai ke tahap maksima bila mana aku ambil tuala mandi, ikat di leher dan biarkan tuala berkibar dibelakang badan. Aku berlari keliling rumah dengan penuh gaya Superman dan aku rasa, aku lah Kal-El yang sebenar. Punyalah obses! Punyalah hero!

Lama kelamaan tahap obses aku terhadap Superman menurun sejajar dengan usia aku yang makin meningkat dan aku mengerti pakai seluar dalam di luar bukanlah satu tindakan yang bijak. Jadi Superman taklah bijak mana walaupun dia kuat, gagah dan berani.

KEH, KEH, KEH.

P/s- Lucu banget!

MUSIBAH BANJIR 2014, BERINGATLAH!

Banjir di negeri-negeri pantai timur semakin teruk. Hujan yang berterusan dan tanpa henti menyebabkan keadaan semakin parah. Penderitaan saudara-saudara di sebelah sana semakin bertambah buruk apabila ada bekalan makanan semakin berkurang, terputus hubungan dengan dunia luar malah ada dari kalangan mereka berlindung di tempat-tempat tinggi, atas bukit umpamanya! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

image

Ini antara gambar musibah banjir di salah sebuah sekolah di Manik Urai, Kelantan. Moga mereka di sana tabah! Marilah kita panjatkan doa semoga banjir ini surut secepat yang mungkin dan doakan juga keselamatan mereka semua.

Mengikut maklumat terkini, Kuala Krai telah lumpuh, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat sedang dinaiki air dengan laju. Pusat-pusat pemindahan semakin banyak yang dibuka dan semakin ramai bantuan dihulurkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Di sana sini ada sahaja pusat-pusat pengumpulan barang keperluan diwujudkan, melalui orang perseorangan, badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan agensi kerajaan. Terima kasih dan syabas atas usaha murni yang dihulurkan, hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

image

Lihatlah pandangan udara dari pesawat Charlie, TUDM di ruang udara Pengkalan Chepa dan Kota Bharu Situasi semakin gawat dengan maklumat terkini, lebih 90,000 mangsa banjir di lima negeri yang terlibat telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Marilah bersama-sama panjatkan doa untuk saudara kita di pantai timur. #prayforpantaitimur

P/s-Harap dapat batalkan konsert ambang tahun baru untuk tahun ini bagi menghormati mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur. Tolonglah beringat-ingat dengan segala jenis bala yang menimpa negara kita pada tahun ini. Kes MH370 masih belum selesai, MH17 ditembak jatuh, fenomena puting beliung kecil (belalai air) di negeri-negeri utara Malaysia, fenomena kemarau pada awal 2014 dan macam-macam lagi. Beringatlah! Beringatlah!

P/s/s- Seronok main GOLF nampak!?

AYUH MALAYSIA!

Bangun Harimau Bangun! Jangan tidur lagi, seteru sudah datang. Bangun Harimau Bangun! Padang keramat ini jangan digadaikan!

Ayuh Malaysia, tumpaskan lawan. Stadium Rajamanggala menjadi saksi, moga Malaysia mampu menjulang Piala Suzuki 2014!

P/s- K-Mon lah Harimau! Bawa bekalan selesa ke Bukit Jalil.

SYDNEY DISERANG

Hari ini dunia dikejutkan dengan kes serangan “pengganas” di Sydney. Dua orang yang bersenjata telah menyerang dan menawan sekurang-kurangnya 20 orang di Lindt Cafe, Sydney. Ada maklumat menyatakan serangan ini dikaitkan dengan ISIS atau mungkin juga pelampau islam tapi, sehingga kini (baca;semasa aku menulis entri ini) belum ada maklumat tepat mengenai identiti penyerangnya.

Persoalan aku adalah, kenapa setiap kali serangan sebegini dilakukan, umat muslim dan agama islam yang dipersalahkan walaupun identiti penyerang sebenar masih belum dikenalpasti. Perkara ini juga pastinya akan meningkatkan ketakutan dan kebencian (islamophobia) masyarakat dunia dengan islam secara tidak langsung. Propaganda media barat yang berat sebelah secara langsung dan terus menerus yang menayangkan aktiviti ini dan terus-terusan melabelkan pelakunya adalah dari pertubuhan islam, dan seboleh-bolehnya cuba mengaitkan individu yang terlibat adalah dari golongan separatist islam. Oleh itu, secara langsungnya menyatakan yang islam itu ganas walhal sebenarnya tidak!

Sekali lagi, aku boleh andaikan muslim dan islam akan dipersalahkan tanpa bukti yang kukuh dan ianya mungkin telah dirancang dengan sebaik-baik plot dan drama oleh “tangan-tangan ghaib” orde dunia baru.

Tak percaya? Tengoklah nanti..

P/s- tragedi 11 September sampai sekarang masih menjadi tanda tanya. Muslim Rohingya ditidakkan hak mereka, Palestin dinafikan pemilikan tanah mereka, umat islam ditindas hari demi hari tidak pula dilaporkan secara telus di media. Ceh!

HARIMAU MALAYA MELANGKAH DENGAN HENSEM KE PUSINGAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF 2014

Keputusan sreparuh akhir perlawanan Piala AFF Suzuki di Hanoi, Malaysia 4, Vietnam 2. Percaturan coach Dolah Salleh untuk perlawanan kali ini sangat menjadi. Siapa sangka Harimau Malaya mampu untuk ke pusingan akhir dan mana tahu jika 2014 ini, sekali lagi Malaysia dapat menjulang piala berprestij tersebut? Seteru seterusnya di pusingan akhir, Thailand.

Bagus! Teruskan fokus, tingkatkan usaha dan tekadkan semangat untuk membawa kembali Piala Suzuki AFF ke Malaysia. Syabas Harimau Malaya!

Sedikit komen aku, ball posession tu kena kemaskan lagi! Jangan kerap sangat hilang bola dan Safee Sali, eloklah dikekalkan di bangku simpanan.

P/s- yes! Selangkah lagi untuk dapat cuti free.

HARAPAN UNTUK AFF 2014

Harapan tinggi menggunung untuk skuad Harimau Malaya. Seluruh rakyat menyokongmu dan berada dibelakangmu! Gegarkan gawang gol lawan. Mengaumlah semahumu! Terkam, robek dan ratahlah pemain seteru moga kita dapat menjulang Piala Suzuki AFF 2014.

Rombakan secara serius dilakukan oleh coach “Pablo” Dolah Salleh dari penjaga gol, ke bahagian defensif, tengah dan juga serangan. Moga rombakan ini menjadi dan harapan kami semua agar Harimau Malaya mampu untuk ke pusingan akhir!

Ayuh! Ayuh! Malaysia……!!!

P/s- Mana tahu dapat cuti free, macam tahun 2010

SELAMAT BEKERJA!

Salam sahabat-sahabat KL, buat apa? busy di ofis?? Heh…

Selamat berjuang.

Salam ikhlas

Anak Selangor.

P/s-rajin-rajinlah kalian semua…

GADGET or PERMAINAN SEBENAR???

Aku suka tengok anak aku bermain permainan sebenar instead of bermain gadget telefon pintar atau tablet. Sebagai contoh, anak aku minat ultraman dan raksaksa…jadi, aku belikan permainan itu. Walau berjalan keluar sekali pun kami akan bawakkan juga ultraman dan raksasa, waima di atas meja makan sementara menunggu makanan dihidang aku akan lihat anak aku si Khaliff bermain leka dengan permainannya.

Maka di rumah aku ada puluhan patung permainan ultraman dan raksaksa (bukan original, aku tak mampu beli yang original) dan tak semuanya kami beli ada yang dihadiahkan oleh Atuk, Nekma, uncle dan pak cik mak cik nya. Maka bertimbunlah patung ultraman di rumah kami. Keduanya, LEGO block (pun bukan LEGO block yang ori). Kami belikan set LEGO ni kerana kami dapat lihat kecenderungan anak kami lebih kepada dunia engineering. Khaliff suka merekacipta Jet Pejuang, Kapal Laut, Kereta Kebal, Senjata pelbagai varian (ada yang menyerupai M4A3, Sniper MG 50. dan macam-macam lagi). Dari hari ke hari, kekreatifan tersebut dapat dilihat dan hasilnya cukup-cukup positif.

Tak semestinya kami tak memberikan gadget kami (tab dan telefon pintar) kepadanya. Kadang kala jika keadaan memerlukan kami akan berikan juga untuk dia merasakan permainan video tapi dalam keadaan terkawal dan berpada-pada.

Heh. Aku harapkan minat yang ada dalam dirinya ni berterusan!

Rifle anti material (sejenis rifle sniper berkaliber besar) katanya nak take down F16 dan Frigate yang menceroboh tanah airnya. Khaliff cipta rifle tu pakai lego. Memang kami belikan khaliff lego untuk dia berimaginasi. Be creative son! Itu yang aku katakan pada dia.

Rifle anti material (sejenis rifle sniper berkaliber besar) katanya nak take down F16 dan Frigate yang menceroboh tanah airnya. Khaliff cipta rifle tu pakai lego. Memang kami belikan khaliff lego untuk dia berimaginasi. Be creative son! Itu yang aku katakan pada dia.

p/s – Kalau nak berCOC sekali sekala apa salahnya…..

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Aku boleh dikatakan gemar membaca buku. Kalau ada masa lapang, terluang dan tak ade benda lain nak buat, bukulah menjadi teman. Novel cintan-cintun tak masuk dalam list aku. Aku lebih gemarkan buku-buku berkaitan sejarah, perang-perangan, kemanusiaan, teori konspirasi, tentera dan Negara-Negara islam. Juga aku minat untuk membaca buku-buku yang diterbitkan semula tulisannya ke dalam arus mainstream, contohnya si penulis pernah menulis di blog dan menerbitkan karyanya menjadi sebuah buku. Aku akan pastikan sebulan, sebuah buku aku akan beli dan baca…khatamkan buku, aku tidak pasti.

Jadi, bulan ni sahaja aku dah membeli 3 buah buku. Pertamanya buku mengenai MOSSAD, sebuah agensi perisikan Israel. Keduanya aku beli buku karya Benz Ali dan terakhirnya buku karya Fdaus Ahmad, penulis “Sembang Kencang”.

Ok! aku bukan nak kupas buku ni satu persatu, cumanya eloklah rakyat Malaysia sekalian membaca buku DAN sekali sekala berC.O.C lah.

Bak kata pujangga Dubook Press dan Lucius Maximus, Membaca Jambatan Ilmu, Tidak Membaca Jambatan Bangang!”

p/s – Selamat Membaca Buku! Proletar Dua Menara mengasyikkan!

BIKIN SERABUT KEPALA

Tak habis-habis.

Tak sudah-sudah. Bikin serabut kepala.

Isu video seks, persenda agama, dan lain-lain hal.

Tak perlulah diberi perhatian sangat terhadap manusia dua orang yang menyorok kat luar negara tu. Mereka ni jenis manusia yang nak  perhatian atau boleh dipanggil sebagai “attention seeker” atau “drawing attention” atau boleh juga disebut sebagai “garnering attention”.

Elok ditangkap dan sebat sahaja mereka ini, kemudian denda untuk buat khidmat masyarakat seumur hidup dengan attachkan mereka dengan mana-mana pertubuhan NGO kebajikan.

Tutup kes dan kerajaan boleh tumpukan perhatian kepada lain-lain permasalahan yang lebih meruncing! Umpamanya krisis matawang Ringgit yang nilainya makin merosot.

p/s- Buang masa layankan si chipmunk dua ekor ni!

SELAMAT SUDAH

Lama. Ya..agak lama aku tidak menulis di sini. Sebuk menghabiskan program EMBA (baca; baru selesai viva 28 Jun lalu) dan akhirnya tamat sudah pengajian selama 2 tahun secara separuh masa di Universiti yang sentiasa “di hati”.

Aku kini sudah lepas bebas. Sudah merdeka. Tidak perlu fikir tentang pelajaran (buat masa ini) dan aku akan kembali menulis macam dulu-dulu.

heh!

p/s – Selamat sudah.

KAMU FIKIR SUKAN BOLA INI APA?

Kamu…ya…kamu, kamu yang berada di luar sana. Kononnya kamu tegar meyokong sukan bola sepak. Kamu tahukan sukan menyatukan semua orang. Kamu tahukan sukan ini merupakan ibu segala sukan, tok nenek kepada semua sukan? Sukan bola bisa buat orang kaya maupun miskin waima yang papa kedana turut ceria berhibur menghilang durja hati yang lara. Lihat pasukan kesayangan menyumbat gol…gegak gempita rumah, kedai mamak mahu pun stadium!

Kamu faham bukan?

Tak kira kaum, bangsa, warna kulit, tak kira agama. Jantina, lelaki atau perempuan. Pengkid atau pondan. Semua ikut suka pada bola sepak. Saat sepak mula, hati pasti berdebar menanti pasukan mana menang, pasukan mana sayur. Pada yang sayur, no heart feeling meh! Next round cuba lagi.

Jadi, kenapa perlu bergaduh? Bertekak, bermasam muka, mengadu domba, fitnah memfitnah, tuduh menuduh, bergaduh dalam terowong?  Kamu fikir sukan bola ini sama dengan politik? Kamu fikir sukan bola ini hanya untuk kepentingan peribadi? Jangan sampaI satu hari nanti dalam arena bola sepak Malaysia ada yang dituduh “kaki main belakang”. Kalau sudah ke tahap itu, nampaknya sukan bola sudah tercemar….jauh lebih tercemar dari wabak e-coli.

Dulu, satu ketika dulu yang tak berapa nak dulu…heboh kes bawak komando masuk stadium. Baru tadi cek update kat fb, satu stadium dah di pasang kawat besi berduri. Haaa…esok lusa pakai full vest balistik armor main atas padang. Itu senarionya. Faham sendiri.

Hey, k-monla….bola sepak Malaysia baru sahaja nak bangun. Liga Malaysia baru nak maju. Jadi majukan pemikiran. Sukan menyatupadukan semua, bukan memecah belah.

Ceh! Ini semua poyooooo!

P/s- Majulah sukan untuk negara! Lagi satu wa nak pesan…ingat-ingatlah akhirat…keh3, ingat lu power sangat ka?

SEMUA BENDA PUN NAK NAIK HARGA

Kenaikkan harga barang. Bikin aku pening, bikin aku gusar. Rakyat marhaen macam aku, punya gaji ciput tak tertanggung dengan bebanan dami bebanan. Perbelanjaan minyak petrol dan tol bulanan aku sahaja mencecah RM1200 sebulan (baca; ulang alik dari Melaka ke Bangi saban hari, dan hampir 4 tahun aku begini). Ini baru perbelanjaan perjalanan, lain-lain macam mana pula?

Jadi, apa yang boleh aku lakukan? Aku bukan ada kuasa, kuasa yang ada pun sudah aku zahirkan pada PRU yang lalu, itupun kantoi! Tak kasihankah kamu kepada kami semua, golongan rakyat bawahan? Tiba-tiba dan sekonyong-konyongnya kamu menaikkan pelbagai harga sesuka hati dengan alasan-alasan yang kami rakyat bawahan perlu “ikut sahaja”.

Namakan sahaja…..elektrik, ayam, gula, minyak petrol, dan macam-macam lagi, terbaru kadar tol pula? Gaji x pula dinaikkan?

Apa semua ni?

Bangsat!

Syarikat letrik, untung kamu sudah berbilion masih hendak memeras kami? Syarikat konsesi lebuhraya bertol, keuntungan tahunan kamu juga berbilion masih kamu hendak menyiksa kami?

Paling aku x berkenan alasan-alasan

klise paling mudah dikemukakan oleh pembesar-pembesar…or quote of the day “Kalau tak nak”..atau “Kalau tak suka”…

Kalam akhir aku selaku rakyat yang tak punya kuasa….

In Bolehland we trust!

P/s-besok kamu akan disoal dari apa yang kamu lakukan di dunia dan aku nak lihat kamu dihimpit dan dibenam sehingga ke petala bumi yang ke tujuh!

PEMERHATI LEBUHRAYA ; LORI TERBALIK

Lewat petang aku keluar pejabat. Macam biasa, hujung-hujung tahun ni biasanya Malaysia berada di musim hujan. Jadi, petang tadi dalam hujanlah aku meredah lebuhraya utara selatan dari Bangi ke Melaka. Bila dah hujan, paham-paham je lah. Jalan menjadi basah, trafik sesak dan kadang-kadang boleh membawa kepada kemalangan. Inilah persamaan linear yang aku yakin dan amat sesuai untuk dihubungkan diantara musim hujan, jalan basah, trafik sesak dan juga kemalangan.

Juga mungkin kita dapat menulis thesis bagi mengkaji kemalangan jalanraya dengan menggunakan segala variable-variable yang aku dah senaraikan tadi untuk dibuat research di peringkat kedoktoran.

Berbalik kepada cerita lori terbalik. Aku teruskan pemanduan sampailah berhampiran RnR Seremban arah selatan. Trafik da mula sesak di sekitar kawasan perkilangan area Nilai (baca; kilang bumbung hijau). Aku agak mesti ada eksiden ni, memang tidak syak lagi!

Betul! Satu lori terbalik di lebuhraya bertentangan dengan aku. Keadaan agak teruk. Polis, ambulans dan peronda lebuhraya PLUS berada di sekitar kawasan kemalangan.

Macam biasa. Tabiat rakyat Malaysia, kalau kemalangan berlaku…komfom jalan sesak luarbiasa dan telahan aku betul lagi tepat. Kesesakan yang berlaku kesan dari kemalangan tadi amat panjang, lebih 5 kilometer! Itu kesesakan menghala ke utara (baca; Kuala Lumpur) yang menghala ke selatan pun sama, sesak lebih 1 kilometer.

Sememangnya rakyat Malaysia memang prihatin. Prihatin “menonton”!

P/s- perangai orang malaysia…..sabor je lee..