Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MAJLIS PERKAHWINAN DR. SHEIKH MUZAFFAR SHUKOR

Kalau nak dikiralah, ramai sungguh yang berdebar tunggu tarikh unik 10.10.10 yang bakal menjelang Ahad nanti ni. Tak kiralah sama ada selebriti, tokoh kenamaan, orang awam atau rakan-rakan aku sendiri sebab ada di antara mereka yang telah memilih tarikh berkenaan sebagai hari untuk diijabkabulkan atau sebagai hari persandingan. Mungkin selepas ini, tarikh-tarikh keramat atau cantik nombornya akan dipilih. Tidak mustahil selepas ini, tarikh 11.11.11 atau 12.12.12 atau mungkin juga 13.13.13 dan begitulah seterusnya akan menjadi pilihan bagi pasangan pengantin. Bagi aku tarikh yang mempunyai digit yang sama lebih cantik seninya..seperti tarikh ini 11.11.11 dan  22.22.22. Ianya unik dan tidak mungkin akan ada lagi tarikh seperti itu selepas ini.

Tetapi apa-apa pun aku ingin mengucapkan Selamat pengantin baru diucapkan pasangan yang sama cantik sama padan ini.

Pasangan sepadan dan secocok

Ok, salah satu perkahwinan paling gempak nampaknya sudah tentulah perkahwinan Angkasawan Negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 38. Dengar kata bakal dapat gelaran Wedding of The Year lagi perkahwinan Dr Sheikh Muzaffar Shukor dengan tunangnya, Dr Halina Mohd Yunos, 30. Tentu meriah habiskan…(Tapi setelah aku perhatikan masjlis resepsi pada malam tadi, aku yakin perkahwinan ini masih tidak boleh mengalahkan “Wedding of The Universe” Mawi dan pasangannya dengan tema 1001 malam). Aku bukan nak komen lebih-lebih tentang majlis perkahwinan Mawi yang sangat meriah pada satu ketika dulu yang penuh dengan penajaan di tempat yang “grand”.

Dengan dihadiri 1000 tetamu jemputan dari kalangan golongan Diraja, orang kenamaan termasuklah 80 orang angkasawan daripada seluruh dunia, majlis persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dengan Dr Halina Mohd Yunos telah berlangsung dalam suasana yang penuh gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada malam tadi.Bertemakan Pahlawan Melayu di Istana Kayangan, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah mengenakan persalinan putih rekaan Putra yang cukup menarik dan anggun daripada Butik Cosry sewaktu diarak masuk ke dalam dewan tersebut. Untuk upacara memotong kek pula, pasangan raja sehari ini telah mengenakan persalinan daripada pereka fesyen terkemuka iatu Datuk Bernard Chandran.

Sepanjang majlis ini berlangsung, tetamu undangan telah dihiburkan dengan lagu-lagu daripada nyanyian Datuk Yusni Hamid serta penyanyi baru dari negara seberang. Majlis persandingan yang dilabel sebagai wedding of the century ini turut dipancarkan secara siaran langsung menerusi TV3 pada malam tersebut. Ia kemudian berakhir kira-kira jam 11 malam.

Pada majlis resepsi yang berlangusng malam tadi kedua-dua mempelai ini nampak bersahaja dengan mekap yang agak natural dan di bibir mereka asyik terukir senyuman dan masih sempat bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir ketika sedang diarak masuk ke tempat persandingan. Sungguh merendah diri. Tidak seperti segelintir pasangan mempelai yang “sentiasa menjaga ke-macho-an” serta seperti agak sombong ketika berarak masuk. Sebagai contoh satu majlis perkahwinan besar-besaran yang ditaja bertempat di Hotel Palace of Golden Horses tidak lama dahulu. Huh!

– – – – – – -PPPffffttttttttt – – – – – – –

Pasangan Dr Sheikh Muzaffar Shukor dan Dr Halina telah pun selamat melangsungkan pernikahan pada waktu pagi di Masjid Tuanku Mizal Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada umum dan orang ramai. Pada sebelah malamnya pula, majlis resepsi akan diadakan secara gilang gemilang di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertemakan ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’.

Ihsan gambar: Kukubesi manipulasi

Sewaktu ditemuramah oleh sebuah stesen TV swasta baru-baru ini, Dr Sheikh Muzaffar Shukor  tanpa segan silu telah menyatakan hasratnya untuk mempunyai anak seramai yang boleh! Wahhhh!! nak buat satu team bola ke Dr Sheikh Muzaffar Shukor? Ataupun ingin menghasilkan generasi angkasawan yang lebih ramai di Malaysia satu hari nanti? Mungkin itu niatnya.

Dr Sheikh Muzaffar Shukor turut menjelaskan tujuan beliau menganjurkan majlis pernikahan secara besar-besaran bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah. Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah untuk berkongsi kebahagiaanya dengan rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Dr Sheikh Muzaffar Shukor turut menambah bahawa majlis besar-besaran itu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya selamat semasa di angkasa lepas. Oleh itu, dia menjemput semua agar datang beramai-ramai ke majlisnya itu, malah akan ada satu ruangan khas untuk kedua-dua mempelai bergambar dengan rakyat Malaysia. Pasangan itu akan turut meluangkan masa lebih sejam untuk sesi bergambar bersama peminat dengan sebuah mini pelamin akan disediakan di luar masjid.


Ceria selepas diijabkabul

p/s – Selamat Pengantin Baru !!! Lepas ni turn aku pulak…..

Sumber:Diolah dari Murai

12 responses

  1. Ketika dengar diwar-warkan bunyi cam sgtlah grand tp sebenarnya majlis perkahwinan Datuk SMS ni takdelah nampak unsur-unsur megah pun…agak sederhana la juga. takdelah melampau cam persandingan mawi tu.

    Oktober 11, 2010 at 4:39 am

    • faerrin

      agak grand kerana melibatkan tetamu kenamaan yang terdiri daripada raja-raja dan menteri-menteri, pengarah-pengarah agensi kerajaan, dan juga angkasawan dari negara-negara lain…tetapi masih dalam keadaan yang sederhana (baca; sederhana dalam konteks orang-orang berada).

      Oktober 11, 2010 at 8:06 am

    • sederhana; kalu den punyo konteks, mau boleh sanding 38 kali ooooo……

      Oktober 11, 2010 at 11:07 am

    • faerrin

      haha..sebab tulah aku cakap, sederhana (baca; dalam konteks orang kenamaan)

      Oktober 11, 2010 at 11:57 am

    • aziem

      ak xminat sgt mawi tapi ak minat sgt kt SHeikh muzaffar..

      November 18, 2010 at 11:28 am

    • ha ha…betul tuh..dalam konteks org berada dan ditaja la…yg grand adalah para tetamunya..

      Oktober 12, 2010 at 3:54 pm

  2. NickAiman

    tajuk lagu perkhawinan ini…

    x thau tajuk tp boleh nyayi skit2…

    “inilah hakikatnya~
    aku serah jiwa dan raga ku~
    menanti mu walau sesaat~
    jika ini penentuanya~”

    tajuk ape ye lagu n…
    lagu n mmg best giler…

    Oktober 28, 2010 at 3:03 pm

    • faerrin

      hahahaha…terngiang-ngiang kat gegendang telinga aku man oi!!

      Oktober 28, 2010 at 3:19 pm

    • NickAiman

      saje nk lyn….

      Oktober 28, 2010 at 3:21 pm

    • faerrin

      weh, aku dah bg alamat aku….jgn lupa pos k!

      err…kao kawen nt ada lagu sheikh muzapar tu tak?

      Oktober 28, 2010 at 3:27 pm

  3. aziem

    hensem seyh DR SHEIKH MUZAFFAR n PASAGAN DIA CANTIK..

    November 18, 2010 at 11:30 am

  4. mohammad shahril bin zainun

    mcm mn keadaan datuk b’rada di angkasa……
    rasa takut atau pn rasa terpegun bla b’rada d sna……
    satu lg pertanyaan dr saya…….
    smasa dlm p’jlnn ke angkasa……..btul ka kita menembusi langit yg ke tujuh……
    atau pon di sebaliknya………
    semasa datuk brada di angkasa…..datuk berasa panas @ sejuk spt brada di bumi……
    balas di facebook(aril nick)

    Julai 26, 2011 at 11:56 am

Tinggalkan komen