Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Disember, 2010

ALHAMDULLILAH…AKHIRNYA SEMPURNA

Pada minggu yang lepas, pada hari yang sama, malam yang sama cuma tarikh dan masa yang berlainan aku menulis entri mengenai jiwaku yang sedang kacau, seperti tidak tahu apa akn berlaku. Aku asyik memikirkan soal akad nikah yang bakal aku alami pada selang dua harinya. Pada ketika itu cuma tuhan sahaja yang tahu akan gelora jiwa dan batinku. Tapi kini, aku sudah pun melalui “azab” itu. Aku berjaya melafazkan akad tersebut dengan sekali lafaz sahaja pada tanggal 25 Disember 2010 malam.

Alhamdulillah…akhirnya sempurna.

Menjadi seorang suami kepada seorang wanita yang bergelar isteri merupakan satu tanggungjawab yang besar pada hakikatnya. Tanggungjawab ini merupakan satu amanat yang telah diberi dan perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya dalam menjalankan tugas sebagai seorang suami. Sebenarnya dengan menikahi seorang wanita yang kita kasihi, maka telah sempurnalah keimanan seorang muslim atau sebahagian agamanya, Ini bertepatan dengan hadis Baginda Rasul.

Sebenarnya, apa yang aku alami ini juga bakal dan telah pun dilalui oleh kamu semua. Setiap lelaki, pasti akan merasainya, lainlah jika kamu lelaki yang berjiwa songsang seperti Azwan Ismail. Siapa Azwan Ismai? Sila kamu Youtube atau googlekan sahaja dan pasti kamu akan bertemu jawapan yang kamu cari itu. Perkahiwinan merupakan satu proses peralihan.

Peralihan apa?

Peralihan dari alam bujang ke alam rumah tangga. Itulah jawapannya.

Jika sebelum ini kita seorang diri, kini sudah berteman. Jika sebelum ini tidak ada rasa tanggungjawab yang berat, kini tanggungjawab perlu dipikul. Tapi perlu diingat, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ini berat sebagai contoh;

-Perlu patuh kepada perintah Allah dan Rasul

-Menjadi pemimpin kepada anak dan isteri

-Mengajar ilmu fardhu ain kepada anak dan isteri

-Memberi nafkah zahir dan batin

-Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada hli keluarga

-Bertanggungjawab membawa haluan keluarga mengikut lunas-lunas islam

-Berlaku adil dan tidak menzalami isteri

-Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan kepada rumahtangga

-Memastikan tidak berlaku kepada kemaksiatan dalam rumahtangga

Jadi rakan-rakan sekalian, doakan aku agar dapat memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya!

Aku dan isteri ketika malam berinai

Aku dan isteri ketika di hari persandingan

p/s – Doakan kebahagiaan kami berdua. Amin…..


BAKAL TAMAT ZAMAN BUJANG…TANGGUNGJAWAB LEBIH BERAT!!!

Sehari, dua lagi aku bakal memikul tanggungjawab yang besar dalam hidup. Rasa macam tidak percaya dan juga seperti masa ini berlalu begituan pantas. Sepantas cahaya! Aku bakal menjadi seorang suami buat seorang wanita dan aku bertanggungjawab sepenuhnya kepadanya. Aku bakal menikahi seorang wanita yang bakal menjadi teman hidupku untuk ke akhir hayatku. Ya….nikah.

Inilah yang berlegar-legar di dalam benak fikiranku dua, tiga hari ini. Mampukah aku? Jika tidak mampu, masakan segala-galanya sudah tersedia, tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Jadi…nikah sahaja…bukankah nikah itu sunnah nabi, junjungan besar kita Muhammad S.A.W? Ini amat bertepatan dengan Sabdanya yang bermaksud;

“Nikah itu adalah sunnahku, maka barangsiapa kepada sunnahku, ia bukanlah dari kalangan umatku”

Sabdanya lagi.

“Berkahwinlah kamuu akan perempuan-perempuan, kerana sesunggunya perempuan-perempuan itu boleh mendatangkan keberkatan kepada harta”

Nikah juga adalah untuk mengelakkan zina yang kini semakin berleluasa dan dengan berlakunya nikah segala yang haram akan menjadi halal dan ini juga ada difirmankan oleh Allah S..W.T di dalan Surah Al-Israa’ ayat 32 yang membawa maksud.

‘Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesunggunya zina itu adalah satu perbuatan kejidan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”

Aku berharap, agar aku dan si dia akan kekal bersama hingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan pernikahan kami akan diberkati oleh Allah S.W.T hendaknya dan aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa ku kerana telah bersusah payah dan berhempas pulas dalam segala hal untuk menjayakan majlis yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Juga jutaan terima kasih kepada ahli keluargaku (adik beradikku) dengan segala komitmen yang diberikan mudah-mudahan kita semua akan hidup dalam suasana yang harmoni dan bahagia hendaknya.

Destinasi percutian tidak diputuskan lagi, tapi untuk jangka masa pendek dan terdekat mungkin mahu ke Cameron Highland dan mungkin selepas kenduri di tempat aku pada Januari nanti akan pergi jauh sedikit. Sabah atau Sarawak ke Melbourne? Lihatlah……

p/s – Mahu tulis entri berat, aku punya otak sudah tidak berapa mampu nak berfikir. Doakan agar dipermudahkan ketika berakad aku dan jumpa di lain entri.


REHAT

Rehat bentar……………………….

p/s – Rehat dan sedang buat kajian

 


BERANI MENGAKU GAY

Ini aku dapat dari pembacaan aku di Metro Ahad selepas mendapat makluman dari seroang rakan di Facebook. Seorang Melayu Islam, berumur 32 tahun dengan suka hati dan suka rela mengaku dirinya adalah seorang pelaku seks songsang. Beliau mengaku dirinya seorang gay. Kamu baca dan mungkin esok lusa aku akan beri ulasan aku.

Sila klik di sini untuk melihat video rakaman mamat gay ni di Youtube.

– – – – – – – – – – -PPPPffffttttttt – – – – – – – – – –

KUALA LUMPUR: “Saya….., umur saya 32 tahun. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk meyakini diri saya seorang gay dan akhirnya saya berani menyatakan saya seorang gay kepada orang lain,” demikian antara luahan ‘berani mati’ seorang lelaki dalam rakaman video pendek di YouTube yang turut tersebar di beberapa laman web lain.

Video bertajuk It Gets Better In Malaysia: ‘Saya Gay, Saya OK’ dengan durasi 2.42 minit itu dihasilkan oleh ‘Seksualiti Merdeka’ sebagai kempen untuk golongan seperti gay dan lesbian.

Ia mula disiarkan di YouTube Rabu lalu. Lelaki itu adalah seorang daripada peserta kempen berkenaan. Perbuatan umpama ‘menjolok sarang tebuan’ itu ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk negara ini, terutama yang beragama Islam.

Di YouTube saja, setakat semalam, lebih 38,000 orang sudah menontonnya dengan lebih 600 komen diterima, kebanyakannya mengutuk penyiaran video pendek itu. Selain mengaku gay, lelaki terbabit antara lain mengakui agak sukar untuk menjadi seorang gay di negara ini kerana faktor agama dan budaya.

“Memang tidak dinafikan agak sukar untuk menjadi seorang gay di Malaysia lebih-lebih lagi kita seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria membidas pengakuan lelaki itu.

“Jika dia sedar dirinya seorang Islam dan berbangsa Melayu, dia tidak seharusnya membuat pendedahan sebegitu rupa. Hakikatnya, dia menjatuhkan maruah sendiri dan merendahkan diri secara khas dan Islam secara umumnya.

Di Alor Setar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.

Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai di antara mereka yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Antarabangsa HR Marketing dan Jom Cegah Dadah, semalam.

p/s – Teringat kisah umat Nabi Lut A.S


ENDIK BIL. 10; VIETNAM KENA BENAM LAGI!!!

Gambar hiasan; tiada kene mengena dengan barisan pemain yang bermain sebentar tadi (sebilangannya ada bermain)

Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi untuk layak dengan agregat 2-0.

Walaupun kita layak ke pusingan akhir tapi pada aku kita tidak menang dengan bergaya. Kenapa?

Seharusnya Malaysia sebentar tadi sudah pun dapat menyumbat sekurang-kurangnya 3 biji gol tapi sayang. Pemain-pemain seperti terlalu berhati-hati dan yang paling mengecewakan, kenapa Amri Yahyah tidak merembat terus ke gawang gol? Kenapa perlu tunggu bola? Kenapa?  Di mana ketangkasan dan keberanian Amri Yahyah yang begitu baik corak permainannya sebelum ini dengan menyumbatkan 2 gol pada pusingan awal yang lalu melalui tandukan? Mana kemahiran itu wahai Amri? dan kenapa barisan penyerang kita begitu tumpul? Adakah “penyakit keturunan” kembali menyerang jiwa setiap pemain?

Walaupun Vietnam kurang seorang pemain akibat dari aksi lakonan terbaik dari si pondan (baca; menangis teresak-esak selepas diberi kad merah dan di halau keluar padang) dan ada juga ketika Vietnam bermain dengan 9 orang sahaja iaitu pada saat seorang dari pemain mereka cedera dan terpaksa diletakkan di luar padang seketika untuk mendapatkan rawatan dan pada masa itulah peluang untuk menjaringkan gol dan menguasai permainan begitu luas buat Malaysia, tapi kita tidak memanfaatkan peluang keemasan itu! Malah dengan kekurangan pemain pada ketika itu Vietnam terus-terusan menyerang dan terus menyerang hingga beberapa kali mendapat tendangan percuma. Tapi kita bernasib baik kerana mempunyai seorang penjaga gawang yang bermutu tinggi, Apek a.k.a Jepun. Kalau tidak, sudah berapa biji gol dah disumbat. Barangkali lebih dari lima biji.

Lagi, kenapa kali ini bila dilihat taktikal dan corak permainan agak kelam kabut. Kita sentiasa diasak dan terus diasak hingga ke garisan pertahanan dan beberapa kali juga terdapat percubaan merbahaya dari Vietnam menyentuh gawang gol kita. Tapi, di dalam kekalutan itu barisan pertahanan dapat memberikan clearance bagi menyelamatkan suasana tegang. Memang barisan pertahanan harus dipuji terutamanya Kuna yang berstamina tinggi dan Asrarruddin yang sentiasa menjadi tembok penghalang yang bagus. Persoalannya, kenapa setiap kali bola dimuntahkah keluar bola tersebut seperti tiada hala tuju. Entah ke mana bola itu dituju dan kerap kali bola yang dikeluarkan, yang kononnya ke kawasan selamat jatuh kembali ke tangan Vietnam! Kenapa kita tidak melakukan counter attack yang berkualiti? Seharusnya, kita perlua melakukan serangan balas dan terus memberi penangan kepada penjaga gawang Vietnam memandangkan ramai pemain-pemain mereka berkampung di kawasan tengah dan pertahanan kita!

Tapi, apa pun….Malaysia layak ke pusingan akhir. Syabas dan tahnniah! Harap-harap kita dapat menjuarai Piala Suzuki AFF ini! Malaysia Boleh!

p/s –  Baik lepas ni tukar corak kepada attacking!


ENDIK BIL. 9; GANYANG VIETNAM

Hari ini, sekali lagi seluruh rakyat Malaysia bakal berdebar-debar. Tentu emosi terganggu dan mungkin juga ada yang bersikap acuh tak acuh dan tidak kesah akan perlawanan bola sepak semi final pusingan ke dua di Vietnam pula. Pastinya ribuan rakyat Vietnam akan mengunjungi dan memenuhkan stadium Nasional My Dihn bagi memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada pasukan kebangsaan mereka. Itulah yang kita lakukan pada malam Rabu lepas, beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Bertempik, bersorak, meraikan kemenangan 2-0 apabila skuad Malaysia membaham dan membenam Vietnam.

Kali ini, isunya berbeza. Skuad bola kita pula ke sana untuk bertarung dan sudah pasti dengan suasana yang berbeza pastinya sedikit sebanyak akan menggugat semangat juang Harimau Malaya. Aku harap mereka dapat mempamirkan persembahan yang baik dan seterusnya membelasah Vietnam buat kali ke dua di tempat sendiri di depan penyokong mereka sendiri! Itulah harapan jutaan rakyat Malaysia kepada skuad bola sepak kebangsaan.

Gol awal pastinya akan menjadi penentu dan itulah sasarannya bagi melayakkan kita untuk ke pusingan akhir nanti. Harap-harap Rajagobal akan mengetengahkan strategi yang betul, dan percaturan pemain yang mantap sebagai benteng dan barisan hadapan untuk menghadapi jentera penyerang Vietnam yang boleh dikategorikan sebagai licik. Apa pun, pemain-pemain mempunyai tugas yang berat dan perlulah sentiasa beringat bahawa walaupun kita sudah mendahului dengan 2 gol di depan Vietnam, itu bukanlah laluan mudah untuk ke pusingan akhir.

Ganyang Vietnam!!!

p/s – Hoben jang hoben!!!


ENDIK BIL. 8;MERAPU TIDAK BERKESUDAHAN

Sejuk dan dingin. Hujan dari tadi tak henti-henti. Mata yang merah ni, tak mahu pulak melelapkan dirinya. Aku jadi buntu. Mahu carut yang bukan-bukan. Mahu karut yang ada-ada. Lap top sudah beberapa kali di on dan di off. Bosan sahaja aku off. Kordu tiba, aku on-kan kembali. Kalau boleh bersuara si Lap top ini, pasti sudah dicarutkan aku ini berkali-kali. Mahu disumpah seranahnya aku berulang-ulang. Tapi, aku boleh kilas balik dan berkata.

“Siapa tuan, aku….ke kao?”

Pasti si Lap top diam seribu bahasa tidak berkata-kata. Aku ini tuannya, jadi bertindaklah mengikut arahan. Jika “dia” bising-bising lagi, aku ungkapkan ini pula.

“Mahu kena jual?”

atau

“Nak kena bakar?”

mungkin juga aku boleh pakai ayat ini

“Apa kao mahu aku sedekahkan diri kao pada masyarakat di Pos Dipang?”

Pasti kali ini “dia” terus senyap dan akur menurut perintah. Jadi, aku terus tekan papan kekunci mahu hasilkan satu entri berat. Tapi, niat itu terpadam begitu sahaja ibarat telah dicuci menggunakan cairan pencuci Vanish. Jadi, terhasilah satu entri yang tidak berkualiti dan memualkan. Entri kosong nan empti. Inilah entrinya. Entri yang kamu baca ini. Tiba-tiba aku gatal tangan mahu hidupkan tv dan muncullah rancangan Melodi!

“Eh, Yuna dah makin putih!”

p/s – Penangan Librease barangkali!!!


SENIBINA PUTRAJAYA – ILLUMINATI DAN FREEMASON???

Aku sebenarnya amat meminati teori konspirasi sama ada yang digarap dari eropah mahu pun dari masyarakat muslim sendiri. Aku yakin ramai yang tidak tahu mengenai benda alah ini dan tidak kurang juag yang mencemuh dan menheji mengenai teori ini dengan mengatakan pendokong-pendokong teori ini adalah jumud, tidak bertamadun, mereka-reka cerita dan tidak kurang juga mengatakan yang semua ini berlaku cuma kebetulan. Lngtaklah….

Banyak juga buku-buku yang aku baca mengenai teori konspirasi terutamanya buku karangan Omar Zaid berjudul The Hand Of Iblis  “The Hidden Hand of The New World Order”. Kebanyakkan teori konspirasi akan mendedahkan perancangan-peranacangan dari beberapa pertubuhan sulit seperti Illuminati, Freemason, Skull and Bone serta beberapa kultus yang lain-lainnya.

Tapi dengan pendedahan yang terbaru ini, di bumi tanah tumpahnya Malaysia ini aku bagaikan tidak percaya. Jadi, silakan baca….

 

cid:C966D5A4D3AB4FFD947AD3F545616E59@pne.electric

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.

Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.
Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.

Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..

cid:5EB0A6FC7FCC4F06B001922A6443D5A5@pne.electric

cid:49546DAA85DF4F1DBF779939C87329E9@pne.electric
Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Sila klik link di bawah untuk bukti.

http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross

cid:C877580DD56541A1B2383C49EE7A4BE8@pne.electric
Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya. Cuba bandingkan gambar Vatican City dan Putrajaya di bawah.

cid:47981284B8054053B38387F60312A1C8@pne.electric
Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar..di Alamanda Putrajaya

cid:EF57915091C7438BB0986BBDC8960EB8@pne.electric

Presint 5, Putrajaya….lihat bawah


cid:4B1E680380F64240925A5A2B53CB5C47@pne.electric

Lihat pula yang ini, lagi jelas matanya…lihat bawah.


cid:EC59926EE6074410A1C9EC48CF73A275@pne.electric
Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?


cid:C966D5A4D3AB4FFD947AD3F545616E59@pne.electric
Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima. Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

p/s – Sebenarnya aku menerima maklumat ini dari email, jadi aku kongsikan bersama-sama kamu semua dan marilah sama-sama berfikir, adakah wujud “the hidden hand” di Malaysia? Adakah “the hidden hand” mengawal Malaysia?

Wallahu’allam.


FILEM HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH…MASYUK!!!

Aku berkesempatan menghabiskan masa untuk menonton filem terbaru arahan Mamat Khalid. Memang pecah perut dan dari info yang aku terima serta dari catatan yang tertulis di mana-mana blog menyatakan yang filem ini memang kelakar dan boleh dikatakan sekelakar filem Nangkung (dengar-dengarnya filem ini hampir pecah RM 10 juta menurut kata David Teo, betul atau tidak sama-sama kita dapatkan kesahihannya, tiba-tiba aku teringat filem 2 alam DDR….apa cita?)

Setelah agak terpengaruh dengan beberapa ulasan dari rakan-rakan yang menyatakan filem ini kelakar dan boleh membuatkan tidak kering gusi, aku dengan langkah drastik terus bergerak ke pawagam yang berdekatan dan akhirnya tertunailah sudah hajat tersebut. Bagi aku filem ini, memang kelakar dan juga terdapat beberapa pandangan dan kritikan sinis yang pedas sama ada tersirat dan tersurat digarapkan oleh pengarah filem tersebut. Tidak dinafikan juga ada beberapa babak-babak kelakar yang tidak masuk akal! tapi yang tidak masuk akal itulah yang kelakar! Aku ambil contoh si Johan Raja Lawak buang air besar sambil dengar radio! LOL!

Penggunaan loghat Perak dalam filem ini amat bertepatan sekali memandangkan lokasi penggambaran yang dibuat di Perak, kalau tidak silap aku di Kuala Kangsar (Kalau salah, sila maklumkan ok!) dan sedikit sebanyak penggunaan loghat tersebut amat menarik, kelakar dan juga menarik! Moga filem ini berjaya dan dapat meraih banyak kutipan.

Jadi, aku syorkan kepada kamu semua untuk menonton filem ini. Disini aku sertakan sedikit info berkaitan filem ini. Silakan baca.

– – – – – – – – PPPPffffftttttt – – – – – – – – –

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah Kesinambungan daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’, filem ini Masih lagi mengekalkan genre komedi seram, filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Awie dan Johan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah 

Awie dan Johan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Hantu kak Limah tengah nyanyi enjit-enjit semut 

Hantu kak Limah tengah nyanyi enjit-enjit semut

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’

– – – – – – – – – -PPPPffffttttttt – – – – – – – – – –

Ini ulasan dari Utusan Malaysia, tulisan dari saudara Syazwan Zakariah.

SAYA tidak sangka akan ketawa terbahak-bahak semasa menyaksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seperti kebanyakan orang, saya juga selalu skeptikal terhadap sekuel, apatah lagi Zombi Kampung Pisang tidak termasuk dalam senarai filem kegemaran.

Bagaimanapun, saya tidak melihat Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai sebuah filem sambungan. Ia hanya menggunakan watak dengan latar yang sama, tetapi masih mampu berdiri sendiri. Penonton tidak perlu mengingati peristiwa daripada Zombi Kampung Pisang atau menontonnya terlebih dulu.

Selepas dua tahun meninggalkan Kampung Pisang, Husin kembali untuk menebus kesilapan lalu. Motorsikal besar menjadi simbol dia sudah stabil dari segi kewangan dan mahu meminang Cik Nin, kekasih yang ditinggalkan.

Kepulangan Husin menimbulkan ketegangan. Pertama, kerana Pak Jabit masih menyimpan dendam terhadapnya yang mempermain-mainkan perasaan Cik Nin. Kedua, kerana dia menghebahkan kepada orang kampung bahawa jiran sebelah rumahnya, Kak Limah sudah menjadi hantu.

Penampilan Kak Limah yang tidak serupa orang – rambut mengerbang, muka pucat lesi dan suka bersendiri di tempat gelap – memang mampu membuatkan sesiapa saja lari. Dalam menyelesaikan kegemparan itu, Husin juga bertemu jawapan yang dicari tentang jodohnya dengan Cik Nin.

Filem ini meneruskan stail humor Mamat Khalid yang secara dasarnya merapu, tetapi berjaya mengundang gelak. Lawaknya kelihatan mudah, kena pada sasaran, dalam masa sama berlapiskan sindiran dan parodi.

Mamat mempunyai kemampuan untuk memberikan jenaka dalam dua nada sekaligus iaitu ringan dan gelap. Penonton mempunyai pilihan sama ada mahu relaks dan terima lawaknya itu bulat-bulat, atau cuba membaca mesej terselindung yang ingin disampaikan.

Misalnya, kehadiran pawang Indonesia dan Siam yang dipanggil untuk menghalau hantu Kak Limah. Sedang penonton ketawa digeletek dengan adegan-adegan lucu, Mamat sebenarnya mahu memberitahu tentang sikap kita yang lebih mempercayai ‘kehebatan’ orang luar, sedangkan ia belum tentu berhasil.

Babak Husin menyanyi kepada Cik Nin ala MTV juga dibikin tanpa rasa menjengkelkan. Ia ibarat satu penghargaan kepada filem-filem Melayu era 1970an yang suka menyanyi di tengah-tengah cerita.

Mamat mampu menghasilkan komedi sedemikian tanpa membuatkan penonton meluat atau terasa diperbodoh-bodohkan. Dia mungkin mahu kita ‘belajar’ untuk mentertawakan diri sendiri dan itu tidak salah.

Kalaulah di Malaysia ada anugerah Persembahan Berkumpulan Terbaik (Best Ensemble Cast) seperti di Screen Actors Guild, saya percaya barisan pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah layak memenanginya.

Lakonan kaku untuk watak Wan Kaswi pun boleh dimaafkan kerana dia didampingi persembahan selamba daripada bintang lain.

Shy8 sebagai Usop, bekas penari kebudayaan yang sekadar tempelan dalam Zombi Kampung Pisang sangat menyerlah kali ini. Dia berjaya mencuri tumpuan yang sama, yang diberikan penonton kepada pemain yang lebih popular seperti Awie, Johan Raja Lawak dan Zami Ismail.

Begitu juga dengan Man Kadir sebagai Pak Jabit yang lakonannya sangat asli dan Delimawati sebagai Kak Limah yang tidak perlukan dialog, tetapi masih kelakar seram. Mamat membuka ruang kepada pelakon-pelakon underdog menonjolkan bakat mereka yang selama ini dipinggirkan.

Setiap watak dan kesinambungan babak bergerak dengan baik. Malah, penamat filem ini juga menimbulkan intrig yang berkesan, sesuai dengan hajat Mamat yang mahu membikin sebuah lagi sekuel. Watak Ayu yang hanya muncul sekali-sekala itu sebenarnya sangat penting untuk filem akan datang.

Saya tidak sangka akan ketawa terbahak-bahak semasa menyaksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seperti kebanyakan orang, saya juga mahu menontonnya sekali lagi dan filem ini termasuk dalam senarai filem kegemaran.

– – – – – – – – – PPPPffftttttt – – – – – – – – – –

p/s –  Dari pembacaan aku di internet, dengar-dengarnya pada hari pertama sahaja filem ini ditayangkan ia telah berjaya mengutip RM 1 juta. Bayangkan sahaja jika semua sit telah fully booked dan ada juga yang terpaksa pulang dengan kehampaan. Makluman dari teman rapat pula mengatakan sewaktu beliau menonton filem ini diwaktu malam (baca; midnite movie) semua sit didapati penuh hingga di depan skrin. Bayangkan!


ENDIK BIL. 7;MALAYSIA BENAM VIETNAM 2-0!!!

Tahniah pasukan Malaysia kerana menampilkan kesungguhan dan semangat keperwiraan dengan membenam Vietnam hingga terbenam dan tertanam. Barisan pemain dari penyerang, midfield, tengah, pertahanan dan penjaga gawang mempamirkan prestasi yang baik dan memuaskan dan aku pasti Rajagobal dapat menarik nafas lega apabila skuad pimpinannanya itu berjaya mengalahkan Vietnam. Tidak seperti di episod pembukaan yang lalu apabila skuad Malaysia dikantoikan oleh Indonesia 5-1. Satu tragedi yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh sebahagaian besar rakyat Malaysia, peminat-peminat dan penyokong skuad Malaysia.

Tapi, yang berlalu….biarkan berlalu. Mulakan buku baru dan kini Skuad Malaysia dengan bergaya mengikat kedudukan 2-0 hingga menyebabkan suasana stadium Bukit Jalil bagaikan pesta apabila kesemua penyokong Malaysia bersorak gembira. Gegak gempita stadium dibuatnya!

Bagus, dan kekalkan momentum ini untuk menundukkan Vietnam buat kali ke dua ketika di Hanoi nanti dan pastikan kejayaan yang sama dapat diulang buat ke sekian kalinya hingga ke perlawanan akhir dan seterusnya menjulang piala berprestij itu.

Tahniah, tahniah dan tahniah.

Tapi, jangan kamu alpa dan leka. Buruk padahnya!

p/s – Hoben jang Hoben!!!


ENDIK BIL. 6; PROTON SAGA FL

Nampaknya Proton telah tampil dengan facelift baru bagi Proton SAGA, selepas baru sahaja melancarkan Proton Inspira. Proton SAGA FL itulah dia, dengan mensasarkan untuk menjual 6,500 unit sebulan. SAGA kali ini menampilkan ciri-ciri lebih menarik. Sejak pelancarannya pada Januari 2008, dan berada di di pasaran sejak dua tahun yang lalu jualan SAGA meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.

Sehingga Oktober, Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan. SAGA Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik. Harga 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.

Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED. Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty.

SAGA FL boleh didapati dengan warna; Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver, Granite Grey and two new colours Blue Rock and Café Latte. Untuk mendapatkan SAGA FL ni, tak susah….duit booking cuma RM 500 dan jika kamu mahu melihat dengan lebih dekat bagaima rupa bentuk SAGA FL yang baru, ianya boleh dilihat dikesemua PROTON Showroom diseluruh negara. Tetapi jika di Labuan, SAGA FL hanya kan dipertontonkan pada 17 Disember ini. SAGA FL didatangkan dengan 3 tahun waranti atau 100,000 km (yang mana datang dahulu).

Lihat gambar dibawah, gambar didapati dari Pultan.org.

p/s – Cun jugal SAGA FL ni!!!



ENDIK BIL. 5; HARAP SKUAD MALAYSIA BENAM VIETNAM

Malam ini penentuan buat skuad bola sepak kita. Penentuan untuk ke pusingan akhir. Penentuan bagi hala tuju skuad bola sepak kita. Juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur atau tanda aras bagi mengukur prestasi pasukan bola sepak kita. Terjualnya 22,000 keping tiket menggambarkan betapa besarnya harapan bagi rakyat Malaysia yang jelas menyatakan sokongan padu buat pasukan kita. Jadi, jangan hampakan mereka!!!

Jualan tiket hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil menampakkan kesungguhan ketara di kalangan penyokong berbanding hari pertama apabila ramai antara mereka sanggup datang walaupun dalam waktu bekerja. Berdasarkan pemerhatian, ramai antara peminat menghantar wakil untuk mendapatkan tiket kepada rakan-rakan yang lain.

Skuad Malaysia, ini harapan aku dan juga harapan bagi setiap rakyat Malaysia…..

Berjuanglah bermati-matian hingga ke titisan peluh yang terakhir. Patahkan setiap serangan balas lawan dan jangan biarkan asakan dari team serangan mereka menerobos hingga ke gawang gol. Team pertahanan negara buatlah benteng atau tembok penghalang yang besar umpama Great Wall of China, jangan biarkan walau sebiji bola menyentuh ruang penalti kita. Ledakkanlah gol seberapa banyak yang boleh agar mereka tahu skuad kita bukan hanya jaguh kampungan….

dan…

Jangan dibiarkan “penyakit keturunan” (baca; syok sendiri, lupa diri dan memandang rendah lawan ketika menguasai perlawanan) terus mencengkam setiap jiwa pemain. Tolonglah benam Vietnam!!!

p/s – Hoben jang Hoben!!! Ganyang Vietnam!!!

 


KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU, TETAPI…

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi

kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

amu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

 

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud ‘Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan perkara di atas, tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud ‘Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang’. Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

p/s – Solat itu tiang agama!

 


ENDIK BIL 4; AHMAD DHURAH

“Malam ni aku nak tengok Ahmad Dhani”….kata si A yang begitu beriya-iya.

“Aku tak pernah tengok cerita tu, orang kata cerita tu best…layan dan menyentuh perasaan!”….katanya lagi.

Aku tidak menidakkan juga tidak mengiyakan kata kawanku itu. Tapi, apa yang aku tahu…seperti di layar TV tidak ada drama, sinetron, telenovela mahupun slot-slot samarinda, akasia dan sewaktu dengannya tidak ada drama yang bertajuk Ahmad Dhani….dan ya! bukankah Ahmad Dhani nama seorang penyanyi popular di Indonesia atau, adakah aku ketinggalan maklumat tentang adanya drama tv yang baru dan berkemungkinan besar bertajuk “Ahmad Dhani”. Yang aku tahu drama yang masih bersiaran sekarang ini menggunakan nama Ahmad di depannya cuma “Ahmad Dhurah” saja!

Jika tidak silap aku, jarang sekali syarikat penyiaran memaparkan drama-drama yang menggunakan nama lelaki. Jika tidak silap aku, adalah dalam tiga drama yang menggunapakai nama lelaki contohnya, Ahmad Dhurah, Ayoub, dan…..err….Asmara!!

Asmara tu nama lelaki ke?

“Wei…..apa cerita yang kao nak tengok malam ni? bukanke kao ni tak suka drama melayu ?”…aku memulakan bicara kembali selepas berfikir panjang

“Ahmad Dhani…..dah berapa kali daaa aku cakap kat kao”… si A mula merungut

“Siapa pelakon dia sampai buat kao berkobar-kobar dann tak sabar-sabar nak tengok”…aku bertanya kembali untuk re-confirm adakah drama yang dimaksudkan itu mempunyai barisan pelakon seperti drama Ahmad Dhurah.

“Ok….kalao tak silap aku….pelakonnya Faizal Tahir!”…jawan si A meyakinkan.

“……….pulak, ada pulak si Faizal Tahir berlakon?…….” getus dalam hati kecilku

Sah dan terang lagi bersuluh sama ada aku yang terlepas info atau si A yang buta hiburan malaya ni saja-saja bikin kontrovesi. Jadi berakhirlah perbualan ringkas aku dan kawan aku pada petang itu.

– – – – – – – – PPffttttt – – – – – – – –

Malam yang dingin dan sejuk. Tiba-tiba handset yang tak berapa nak canggih aku berbunyi.

“Ada mesej masuk la pulak………”

Dengan bermalas-malasan aku bingkas bangun dan ambil handset yang tak berapa nak canggih aku. Aku bukak inbox dan terpacul nama si A! Aku buka mesejnya dan ringkas mesej yang ditulisnya. Kurang dari 7 patah perkataan.

“Ahmad Dhurah…bukan Ahmad Dhani”

Aku pun balas kembali. Juga cukup ringkas. Kurang dari 3 patah perkataan.

“HAHA”

p/s – Hahahaaaaaa!!!


FACEBOOK ; RUANG PEJABAT YANG SUPER KOOL!!!

Ok, sebelum ini aku ada dedahkan bagaimana betapa best dan hebatnya pejabat-pejabat syarikat-syarikat gergasi dan tidak berapa gergasi. Mereka punya ruang pejabat yang cantik, menarik dan cukup untuk memotivasikan pekerja-pekerja mereka untuk tekun bekerja hingga tidak mahu pulang ke rumah! Untuk bacaan lanjut, boleh baca di sini. Sungguh super koll ruang pejabat mereka!

Ok, kali ini aku nak membawakan kepada kamu satu lagi ruang pejabat yang super kool. Bagi aku, konsep ruang pejabat sebegini rupa tidak jauh dari konsep ruang pejabat Google yang tersangatlah super-super kool! Mari saksikan ruang pejabat facebook ini.

Buat masa kini, pejabat Facebook telah berpindah ke kawasan Palo Alto, CA dan mereka telah menjadikan ruang pejabat sebesar 150,000 kaki persegi sebagai ruang pejabat mereka yang sebelum itu telah digunakan dan menempatkan Agilent Technologies. Kebanyakkan ruang pejabat asal telah diubahsuai bagi mengikut kehendak dan kegunaan Facebook kini.

Ruang pejabat dan layoutnya telah direka oleh Studio o+a di mana pada awal proses mereka bentuk ruang pejabat ini, syarikat pereka bangunan ini telah menjalankan beberapa sesi temubual dengan kakitangan facebook. Mereka ditanya apakah yang dapat membantu produktiviti kerja, apakah yang akan dapat untuk meningkatkan semangat dan pengalaman bekerja bagi menjadikan sesuatu output itu lebih berkualiti dan produktif. Jadi, di sini, pekerja-pekerja facebook telah bekerjasama dengan syarikat rekaan dalaman bangunan yang telah dilantik bagi merekacipta dan membentuk satu suasana yang diinginkan oleh pekerja bagi memotivasikan mereka ketika bekerja nanti. Oleh kerana terdapat begitu banyak division, jabatan dan unit yang berbeza-beza, mereka telah mewujudkan satu ruang interaksi yang kecil di antara unit-unit ini dan setiap unit juga mempunyai ruang lay out yang berbeza. Ini adalah untuk mewujudkan identity unit masing-masing dan menjadikan unit-unit ini lain dari yang lain. Unik!

Facebook begitu komited untuk mengekalkan pekerja-pekerja mereka dan mengelakkan “brain-drain” beberapa cara dan langkah telah dipraktiskan sebagai contoh menyediakan hidangan yang berkualiti dan lazat secara percuma, makanan ringan, minuman dan lain-lain keperluan kakitangan telah disediakan di pantry mereka. Untuk mewujudkan satu kondisi syarikat yang kuat, kukuh dan mapan untuk jangka masa panjang, mereka juga mempraktikkan dan menggalakkan kakitangan mereka untuk menconteng di dinding yang disediakan. Contenglah idea-idea gila, artwork yang menarik dan ubah suailah ruang pejabat dengan cara mengalihkan setiap perabot yang disediakan mengikut citarasa sendiri! Lihat, bagaikan pejabat itu pekerja yang punya!

Jangan tidak tahu, ada juga pekerja yang mengalihkan perabot pejabat yang mereka rasakan perlu untuk bertukar selera ke dalam pejabat Mark Zukerberg dan ada juga pekerja yang mencabarnya untuk bermain ping pong! Sempoi bukan!

Jika di Malaysia? Bagaimana ruang pejabatnya dan bagaimana pula dengan bos-bos kamu ? Baru naik grade sudah tinggi hidungnya bukan??? Apa pendapat kamu??

p/s –  Baru naik grade 44 dah kerek!