Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Oktober, 2009

Onar di dalam lif

Marah?? Pernah kao dimarahi?? atau kao marah pada seseorang?? mungkin juga kao telah marah secara saje2 atau suke2..atau, secara tak sengaja kao marah-marah tanpa sebab dan usul periksa??

Aku rase mustahil setiap insan atau benda hidup kat dunia ni tak pernah dimarahi atau marah. cube kao bayangkan, kao masuk lif, nak ke tingkat 70. Mahu kebawah dan terus ke atas perlu ambil mase 3 minit setengah. Dalam lif tersebut cume ada 4 orang, tak terlalu sesak cukup oksigen untuk disedut, cukup ruang untuk bernafas, ruang yang agak luas, cahaya yang terang dan keadaanya ketika itu amat selesa, paru-paru berasa riang gembira dan hepi sambil terloncat-loncat kegembiraan bersama dendangan “lagu hepi” amy mastura.

Dalam lif , ade sorang wanita jelita,tinggi, chinese look, berpakaian agak seksi tapi tidak terlalu menjolok mata. Ada seorang lelaki yang bekerjaya, bertali leher, mambawa beg laptop dan gaya yang penuh keunggulan serta tanpa segan silu orang disekeliling akan beranggapan “Wah, ini lah lelaki jutawan dan professional” dan seorang lagi lelaki indon, merangkap cleaner di bangunan tersebut ditanganya terpegang mop lantai dan baldi.

Pandang sekeliling, pandang depan, dan pandang kiri juga kanan…lif mula bergerak, mata terus meliar, mendongak ke atas..dari tingkat ke tingkat, tiada apa-apa masalah berlaku dan…

TIBA-TIBA

tanpa bunyi, tanpa alat pengera kecemasan dan tanpa was-was..

“eh, bau ape ni..busuk piang!! bau telor, haram jadah betol..”..kao berbisik sendirian dalam hati..

“sialan, makin kuat pulak ni…sape pulak melepas ni….aduyai…” kao dah mula merungut..

“hampeh betol, sape la orang dalam lif ni yang p kentod, kalau aku tau la..aku pecahkan je pasu depan rumah dia”kao da mula marah…

perhati dan pandang dalam-dalam ke setiap orang dalam lif..secara tak langsung serebelum, sereberum dan medula oblongata kao berfungsi, membuat analisia dan menganalisis secara analitikal dan kritis, sapakah durjana yang membuat onar dalam lif ini..

“pompuan tu ke, pasti tidak..muka kool je dah la comel”..(pandangan bias bagi seorang lelaki yang normal, kalau kao lelaki, pasti kao akan lihat pada wanita yang anggun, comel, cun dan genit serta memliki potongan badan yang menarik, kao pasti akan beranggapan baik padanya)

“tak kan lah lelaki professional ni..ok je kot aku tengok, muka rilek je”…(persepsi manusia, bile lihat benda ok dari  luaran, secara tiba-tiba dan secara sedar akan membuat konklusi awalan yang orang itu juga adalah baik)

“HA!!! mesti mamat indon ni…muka cm tak tahan je, dah la dari tadi aku tengok dia tak selesa berdiri, ape dah tercirit ke kat seluar, cis!! apsal kao tak kentod je kat negara kao, dah kentod kao p la datang sini balik..”

aku rase komfom mamat indon ni…..

Sampai tingkat 70, semua keluar dari lif, masing-masing muka lega dapat menghirup udara segar kat tingkat 70..tiba-tiba mamat professional datang dekat, dan terus berbisik..

“bro, sori bro…pasal dalam lif tadi”

ayatnya ringkas, tapi mudah di fahami..emmm..paham-paham sudah!


Bermonolog dalaman antara aku dan aku

idea memang sukar dicari. idea berasal dari perkataan Greek yang bermaksud gambaran dalam minda. justeru secara logikanya, idea itu haruslah muncul dalam minda sebelum ia dicurahkan di mana-mana.

apa yang cuba aku luahkan di sini adalah bahawa idea itu melalui sebuah proses yang dinamakan idealisasi di mana ia harus terbit dalam akal dahulu sebelum ia turun ke jari-jemari dan lantas ia ke papan kekunci dan monitor. jadi, kita haruslah bersabar.

aku pun selalu gak kekeringan idea. walaupun, kita dilengkapi pelbagai kelenjar yang merembeskan hormon-hormon dan enzim-enzim yang pelbagai, tiada kelenjar yang merembeskan idea. mengapa? kerana idea itu istimewa. buah fikiran! begitu istimewa nama yang diberi kepada idea. mana ada lagi bahagian manusia yang digelar buah kecuali buah da.. em.. buah… em, papepun, idea itu istimewa r senang citer.

kalo kite rilek jer, pasti idea akan datang. kadangkala mungkin idea datang lambat sket sebab jalan jem, lagipun perkhidmatan pengangkutan awam bukannye efisien pun.

kesimpulannya, kite perlu bersabar pabila menunggu idea, kerana idea kadang-kadang tersangkut kat trafik lite jugak!!


TE CO

Suasana petang yang tak berapa nak tenang, lalu lintas yang sesak, penuh dengan kereta, van, motor dan lori. Masing-masing mau cepat nak pulang ke rumah, masing-masing nak laju dan dah lupa cara nak memandu dengan berhemah dan beretika.

“mao cepat ke rumah mao rehat”

“mao cepat ke rumah mao tido”

“adus, aku ade date petang ni..maaf undang-undang jalan raya, aku lebih pentingkan awek aku, dari aku ikut peraturan, lebih baek aku memandu kereta lebih daripada biasa”

Lupekan pasal kereta dan segala kesesakan lalu lintas dan etika pemandu-pemandu Malaysia, mereka lebih pro dari Alex Yoong, mereka lebih lincah dari “the pocket rocket boy” Azizul Hasni Awang.

Petang tadi aku ke tesco, aku parking baek ja kat sebelah kereta myvi modified. cun, mantop dan meletop..aku terpikat, nak2 yang bawak awek lak tu, bole tahan..jarang ade pompuan yang buat kereta, lagi2 gadis bertudung ala2 yuna berbaju kurung biru macam minah petang tadi. Sudah, lupekan pasal pompuan dan myvi tu, aku cume nak ulas sedikit pasal kes petang tadi.

Aku rase “budak-budak baru nak naik” kat Malaysia ni dah bosan agaknye dengan seni-seni biasa sekarang ni, mungkin mereka lebih sukakan nilai-nilai seni yang lebih abstrak, dan bukannye terlalu kontemporari. Bagi budak-budak ini, unsur musnah, punah dan hancur perlu diterapkan dalam setiap benda yang ada didepan mata mereka ni.

Aku terpandang satu signboard TESCO, yang sepatutnya tertulis dan tertera tulisan “TESCO” tapi yang tinggal hanya TE CO.

“Bro, aku rase tak lama lagi TESCO nak rebranding dorangnye jenama lah, cube ang p tengok kat sign bord depan TESCO sane..da tinggal TE CO je bro”

“Hahahahahahaha, TE CO? ape bende tu bro…”

“weh, tu ok lagi..cube ang bayangkan BANDAR SUNWAY, ang buang huruf N tu, tak ke jadik BANDAR SU WAY aka SUWEI..”

“aku rase la bro, budak-budak nakal yang buat ni, lau dorang tak nakal, dorang tak buat ni”

“mungkin nakal dan bijak jugak bro”

 

 


Kenapa lambat masuk ofis ni???

“jalan jammed la bos….”

“tadi saya keluar rumah, tetibe je tayar kereta saya pancit…”

“saya hantar anak saya pegi skolah tadi bos…”

“bagun lewatlah, nak wat cmne..malam tadi layan bola sampai pukul 3-4 pagi..sori la bos..bukan lewat sangat pun..sengah jam je kan..”

Ni lah antara jawapan-jawapan tipikal atau standard rakyat malaysia, seperti dah ditetapkan piawai dari Majlis Peperiksaan Malaysia untuk menjawab soalan “apsal kao lambat masuk ofis ni?”..maka, jawapan-jawapan kat atas itulah akan duguna pakai..ini juga dah menjadi satu masalah kepada majikan-majikan yang ada kat malaysia ni, tak kira lah bos kat jabatan kerajaan, mau pun swasta, gedung-gedung mewah maupun kedai runcit tepi jalan.

kalau diikutkan ada jugak orang-orang yang datang lewat ke pejabat ni tak memberi jawapan tipikal seperti di atas tadi. Kadang-kadang, ada yang bagi jawapan sangat super kreatif, contoh:

“tadi saya da keluar awal pagi dah bos, kereta saya da keluarkan, tinggal nak jalan ke ofis je lagi..tapi bos..tiba-tiba je rumah jiran saya terbakar, saya selaku jiran yang berdedikasi, bertoleransi, berhemah dan penuh rasa simpati terus menjadi ahli bomba tak bertauliah, terus saya meluru masuk rumah jiran saya tu, terus masuk selamatkan anak dara dia bos. Kalau saya tak de bos..apelah nasib anak dara jiran saya tu bos, da lah cun, cutting baek….”

Tapi ada jugak yang bagi jawapan dengan mengeluarkan statement yang berunsur simpati

“Bos, jangan tak percaya bos, saya da nak masuk pintu gate ofis tadi tu..saya terpaksa patah balik, bini saya betol-betol dah nak beranak sebenarnya..tiba-tiba air ketuban dia pecah, saya tak sampai ati bos..terus saya ke hospital, ini pun saya datang ofis ni sebab saya ni pekerja yang sgt cintakan ofis dan kerja saya bos…”

kadang-kadang ada jugak yang bagi jawapan pelik2…

“kucing saya mati pagi tadi, saya terpaksa tanam dia dulu bos..tak sampai ati saya tengok kucing saya..da lame saya bela dia, dah lebih 5 tahun..huhuhuhuhu”… (sambil menangis teresak-esak)

“pintu pagar saya kunci, mangga yang kunci tu tak dapat bukak sebab kunci mangga tu saya lupa letak mana, so, kereta saya tak dapat nak keluarkan, ni pun saya terpaksa panjat pagar rumah saya pastu amek bas ke ofis, sebab tu la lambat bos”

“faerrin, apasal kao lambat masuk ofis ni, kamu kan pegawai..tak malu ke ape staff kamu kate nanti?”…kate pegawai atasan..

“sori bos, tadi lepas tol kajang tu, jalan sesak la bos, gile sesak..saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas bos..maaf bos”

moral of the story, aku pun sama jugak..2×5…jawapan standard jugak aku pakai, lebih mudah dan tak perlu berfikir panjang..lagi pun, jawapan standard ni lebih mudah diterima tanpa banyak soal!!