Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Januari, 2011

MAJLIS RESEPSI MENYAMBUT MENANTU

Semalam tanggal 30 Januari 2011 (Ahad), majlis respsi menyambut menantu dilangsungkan di kediaman rumahku. Sejak dari hari Jumaat lagi sudah sebuk. Khemah didirikan, dan rewang kecil-kecilan dijalankan. Nenek aku, Hajah Khamsatun sudah seminggu tinggal di rumahku. Sungguh kuat sekali kudrat nenek aku ni sungguhpun usianya sudah di penghujung 80 tahun. Tenaganya masih kuat, matanya masih terang dan masih mampu menjalankan kerja-kerja rumah. Saudara-mara pula makin ramai berkunjung di rumah. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada nenek, ayah & mama, pak long & mak long, mak ngah, pak lang & mak lang, pak teh & mak teh, mak mi & maman hood, pak ucu & mak ucu, abang han & kak ani dan lain-lain. Terima kasih.

– – – – – – – – – PPPPffftttttt – – – – – – – – – –

Sekitar majlis resepsi, tiada banyak bezanya dengan majlis menyambut menantu pengantin-pengantin yang lain. Paluan kompang, bersanding, majlis merenjis dan makan damai. Akhir majlis upacara bergambar pula. Cuma yang aku sedikit risau, hujan yang melanda! Sebenarnya, hujan sudah pun turun sejak dari malam semalamnya lagi…yakni sehari sebelum majlis. Tapi, semakin lebat apabila subuh menjelang tiba (Ahad). Bimbang dan risau kerana aku khuatir ramai tetamu yang tidak dapat berkunjung. Kalau makanan tidak habis, bagaimana? Hidangan yang lazat-lazat telah dihidangkan.

Tapi, Alhamdulilah….di sebalik hujan yang lebat aku tetap bersyukur kerana tetamu tidak putus-putus datang! Walaupun hujang masih turun dan cuaca agak sejuk dan lembap, tetamy masih berpusu-pusu! Malah, khemah yang didirikan lebih dari 8 khemah tidak cukup untuk menampungg kehadiran tetamu yang hadir. Apa yang membuat aku terharu adalah mereka tidak kisah walaupun basah. Apa yang membuatkab begitu teruja dan hairan, ada juga tetamu-tetamu yang tidak dijangka hadir…..telah hadir walaupuan keadaan cuaca tidak mengizinkan! Terima kasih tetamu-tetamu sekalian, tuhan sahajalah yang dapat membalas jasa kalian!

Jutaan terima kasih kepada para tetamu, kawan-kawan dan sahabat handai (teman sepejabat (UMBI), bekas teman sepejabat (Pejabat Bendahari UKM, SMP LLM), Ultra Brothers & Sisters LLM, teman se-Universiti, teman sekolah, teman  se-tadika. Tidak dilupakan juga kepada Ahli Majlis PEWARIS///// (Kekanda, long-long, Ngah-ngah dan saudara-saudara yang hadir turut bersama memeriahkan majlis hingga ke lewat petang) serta kepada semua yang hadir. Oh ya! cameraman aku yang datang dari jauh! Penang mari! Terima kasih, terima kasih, terima kasih semua.

p/s – Alhamdulillah…akhirnya sempurna! Terima kasih!


MANUSIA BERTOPENGKAN HAIWAN; BUANG BAYI

MENYAYAT HATI… Beginilah keadaan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan uri ditemui di dalam sebuah longkang yang masih dalam binaan di Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat, 29 Jan. – Utusan

Dalam dunia haiwan, ada manusia. Dalam dunia manusia ada haiwan. Inilah sikap segelintir manusia yang bertopengkan haiwan, bernafsukan syiatan.

Lihat gambar di atas. Apa yang kamu rasa? sedih? terharu? atau tidak punya perasaan langsung? Mungkin bagi kamu yang acap kali bergelumang dengan maksiat, dan sewaktu dengannya mungkin tidak punya rasa belas apabila melihat gambar bayi terbuang ini. Sebenarnya, di Malaysia perkara sebegini sudah menjadi perkara biasa. Buang bayi macam buang sampah. Boleh dicampak dan dibuang sesuka hati. Campak sahaja di tepi longkang, buang di tepi jalan, letak di masjid, dan macam-macam lokasi lagi.

Senang cerita, sudah “buat”…..sudah “enak”….sudah di”hasilkan”, sudah lahir…..sudah buntu….ambil jalan mudah dan singkat, buang saja di mana-mana kamu suka macam plastik sampah yang tak ada nilainya.

Ahhhh….malasla aku nak cerita. Kamu, jika kamu “mahu”…pergilah nikah dan kahwin.

p/s – Nikahlah…..hindari maksiat, hindari dosa, hindari pembunuhan.


BUKU BARU DAN MAJLIS MENYAMBUT MENANTU

Di rumah aku sekarang agak sebuk, manakan tidak..Ahad ini tanggal 30 Januari 2011 adalah majlis menyambut menantu di sebelah aku pula. Tema purple, hentam sajalah…buruk ka, cantik ka, belakang kira.. Aku pun malas nak pikir-pikir pasal tema-tema ni..kang aku buat kaler-kaler pelangi karang! Tapi untuk pengetahuan kamu semua, nak buat majlis kahwin ni bukan satu perkara yang mudah bagi masyarakat kita kini. Perbelanjaan boleh menjangkau belasan ribu ringgit. Jadi, nasihat aku pada si bujang senang di luar sana…simpanlah duit. Kalau tak cukup pun…buat loan, tapi menangunglah hutang sampai sepuluh ke lima belas tahun!

– – – – – – – – -PPPffftttttt – – – – – – – – –

Aku baru sahaja membeli dua buah buku.Sudah menjadi hobi agaknya. Aku malas nak ulas banyak-banyak. Tapi bagi aku buku-buku ni menarik kerana penulisnya juga seorang yang amat dikenali.

Universiti Kedua; Kassim Ahmad

Kassim Ahmad di antara susuk paling menarik dalam jagat politik, pemikiran dan sastera negara. Beliau telah beberapa kali membuat gempar, misalnya pada tahun 1950an apabila mengemukakan Hang Jebat sebagai pahlawan melayu dan bukannya Hang Tuah; pada tahun 1980an dengan mengkritik penggunaan Hadis sebagai sumber kedua perundangan Islam; dan di tahun 1980an apabila terlibat dengan Shahnon Ahmad dalam polemik Sastera Islam – salah satu di antara segelintir polemic hangat yang pernah muncul di Malaysia. Penglibatan Kassim Ahmad dalam politik telah membawanya ke puncak kepimpinan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (Ketua I PSRM) dan ia juga telah menelantarkannya dalam penjara, di bawah akta ISA, selama hampir lima tahun (1976-1981). Sebaik dibebaskan, Pak Kassim menerbitkan catatan pengalaman beliau sejurus sebelum di tangkap dan sepanjang ditahan di bawah akta berkenaan.

Ini merupakan buku yang kedua aku miliki hasil dari penulisan Kassim Ahmad. Sebelum ini, akau pernah membeli buku tulisannya yang berjudul Mencari Jalan Pulang; Dari sosialisme kepada Islam. Sebuah buku yang bagus untuk dibaca.

Buku kedua….

Teohlogy; The Word According To Patrick Teoh

Buku ini merupakan kompilasi tulisan karya Patrick Teoh yang boleh didapati di majalas The Edge dan Off The Edge sejak dari tahun 2005 hingga 2010.  Insan yang lahir pada 16 Oktober 1947 ini merupakan seorang personaliti penyampai radio yang terkenal, pelakon dan merupakan seorang yang betul-betul disegani di dalam bidangnya. Nama sebenar beliau adalah, Teoh Kah Yong. Blog beliau…..NIAMAH!!!

p/s – Marilah membaca…membaca jambatan ilmu. Tapi tu dulu, kalau sekarang, membaca “internet” ilmu.

Errr….jemput hadirkan diri di majlis aku pada 30 Januari ini ya!!!


UMAT ISLAM SEMAKIN RAMAI!!! TAPI……

Berita hari ini katanya umat islam makin ramai, dan dijangkakan jumlah pertambahan itu akan menjadikan jumlah umat islam sekali ganda dari sebelum ini berbanding penduduk bukan islam. Berita penuh, adalah dipetik dari Utusan Malaysia.

– – – – – – – – PPPPfffttttt – – – – – – – –

WASHINGTON 27 Jan. – Penduduk Islam di dunia akan bertambah sekali ganda lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang. Satu kajian terbaru oleh Pew Forum on Religion and Public Life juga meramalkan, umat Islam dalam masa satu generasi akan menyamai lebih 25 peratus daripada penduduk dunia.

Penyelidik Pew Forum yang menggunakan kadar kesuburan, kematian dan penghijrahan menjangkakan kadar pertumbuhan penduduk Islam di dunia pada paras 1.5 peratus setahun dalam tempoh dua dekad akan datang, manakala bagi penduduk bukan Islam, kadar pertumbuhan hanya 0.7 peratus setahun.

Kajian berjudul The Future of the Global Muslim Population itu mengunjurkan pada 2030 umat Islam akan menyamai 26.4 peratus daripada penduduk dunia yang dijangka berjumlah kira-kira 8.3 bilion orang pada waktu itu. Peratusan itu menandakan kenaikan tiga peratus berbanding 23.4 peratus yang merupakan penduduk Islam daripada kira-kira 6.9 bilion penduduk dunia pada masa kini.

Lebih daripada enam dalam setiap 10 penduduk Islam akan mendiami rantau Asia Pasifik pada 2030 dan Pakistan akan mengatasi Indonesia sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai. Di Afrika, penduduk Islam di Nigeria dijangka lebih ramai daripada penduduk Islam di Mesir dalam tempoh 20 tahun, menurut kajian itu.

Di Eropah, Pew Forum meramalkan penduduk Islam akan bertambah hampir 33 peratus dalam tempoh 20 tahun, daripada 44.1 juta orang atau enam peratus daripada penduduk Eropah pada 2010, kepada 58.2 juta atau lapan peratus daripada keseluruhan penduduk pada 2030. Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dijangka mempunyai penduduk Islam yang lebih ramai berbanding mana-mana negara Eropah kecuali Rusia dan Perancis pada 2030.

Peratusan penduduk Islam daripada keseluruhan penduduk AS diramalkan meningkat daripada kurang daripada satu peratus pada masa sekarang kepada 1.7 peratus pada 2030, menjadikan bilangan umat Islam seramai penganut Yahudi atau Kristian di AS, menurut kajian itu.

Penduduk Islam di AS dijangka bertambah daripada 2.6 juta pada 2010 kepada 6.2 juta pada 2030. – AFP

– – – – – – – – -PPPffttttt – – – – – – – –

Biarpun berbilion-bilion umat Islam sekalipun,kita masih seperti buih di lautan…..Lihat, berapa ramai yang mengamalkan rasuah? Bearapa ramai yang menindas saudara semuslimnya? Berapa ramai yang sukakan dan cintakan dunia? Berapa ramai yang tidak membantu saudara semuslimnya dalam apa jua kesusahan? Adakah pemimpin-pemimpin dunia islam adalah dari kalangan yang bersolat? Adakah mereka jauh dari maksiat atau hampir dengan maksiat itu?

Walaupun ramai, kualitinya kurang.

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas.
Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:

“Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu ‘al-wahan’. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda ‘cintakan dunia dan bencikan akhirat.”

Lihat gambar di bawah….

Di penjara Abu Gharib

Juga di penjara yang sama

Ditahan dan diseksa

Diperlakukan seperti binatang

Bagaimana tidak ditindas…umat islam kini leka dan suka kepada hiburan! contohnya…

Jom Heboh

Akademi Fantasia

p/s -BANGKITLAH!!!


TAK DE DUIT, JANGAN CERITA!!!

Aku akan berasa sangat kecewa apabila duit yang aku belanjakan atau aku gunakan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan itu seolah hilang nilainya. Betulkan? Biasalah tu semua orang pun akan berasa begini. Bukan senang mahu dapatkan duit, akan tetapi begitu mudah sekali untuk menghabiskanya. Ambil contoh…hari ini, untuk makan tengah hari bagi mengalas perut aku hanya membeli sekeping daging beger goreng berjenama Ramly.

Yaaa!! hanya sekeping, yang digoreng garing dan disirakan dengan sos lada hitam, sos cili dan seculas mayo. Habis makan, aku maju ke tauke kedai dan ingin membayar daging beger tersebut. Ingat…sekeping daging beger yang digoreng garing. Tanpa roti, tanpa salad dan sayur. Kosong! Apa yang kamu jangkakan dari segi harga untuk sekeping daging beger itu? Jadi, aku menghulurkan not satu ringgit.

“Bang…lagi 30 sen”

“Aik…daging beger je kot……”

“Sekarang semua barang harga naik bang…….”

Tanpa banyak soal, aku hulurkan lagi syiling 30 sen yang diminta. Aku kecewa. Aku beredar dan berlalu pergi. Selalunya begitulah…apa yang kita belanjakan selalunya tidak mempunyai sama nilai dengan nilai duit kita itu sendiri.

Kadang-kadang kita akan mudah terpedaya dengan iklan-iklan di telivisyen yang selalu mengaburi mata kita. Contoh mudah. Iklan makanan dari syarikat “makanan pantas”……dari ilustrasi atau dari iklan selalunya produk-produk mereka ini akan nampak lebih besar, lebih segar, lebih enak dan tersangat-sangatlah lazat untuk dimakan. Tapi, apabila kita sudah membelinya dengan wang yang kita ada dan melihat sendiri produk tersebut, ternyata ekspektasi kita meleset. Produk yang sebenar tidak seperti yang digambarkan dan sekali lagi kita akan kecewa!

Juga, kita pula jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dijaja oleh mulut-mulut masyarakat sekeliling tentang sesuatu perkara. Dalam hal ini, aku boleh ambil contoh wayang gambar. Kenapa wayang gambar? Kenapa tidak drama tv swasta atau sinetron. Jawapannya mudah…wayang gambar kita perlu mengeluarkan duit dan perlu membelanjakan duit tersebut untuk mendapatkannya. Ok, masuk sahaja panggung wayang, mata akan terus tertumpu di layar…sesekali otak akan fikir dan cuba membuat taakulan tentang filem tersebut, adrenalin mengalir laju kerna begitu beriya-iya dan terdorong dengan kisah filem ini yang membawa satu impak positif dari segi sinematografinya dan lakon layarnya  yang didengar dari teman-teman.

Tapi, selepas 15 minit menonton….hancur!!!!

Apa yang kamu fikirkan? Adakah berbaloi membayar RM12, RM13 atau RM7 untuk menonton wayang tersebut. Ok, aku tanya kamu diluar sana….Apakah perasaan kamu menonton Filem 2 Alam terbitan dR. Rozmey? Puas hati atau sebaliknya?

Apa pun…di dunia ini….atau di Malaysia ini…segala-galanya perlukan duit dan ianya akan dibelanjakan nilainya untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan…tapi..

Tak de duit, jangan ceritalah!!!

p/s – Perkara macam ni dah biasa berlaku di sini.


TIDAK PUAS HATI DENGAN PEMERINTAH….MAHU PELEMPANG???

Jika kamu tak puas hati kepada pemerintah apa yang kamu lakukan? Katalah terlalu banyak penyelewengan dilaksanakan oleh pemerintah, sebagai contoh…terlalu banyak korupsi, negara yang kurang berdaya maju, serta permainan politik kotor oleh kerajaan. Apa yang kamu lakukan?

Mungkin banyak yang boleh dilaksanakan untuk meluahkan ketidakpuashatian kita, selaku masyarakat. Salah satu yang paling tipikal dilakukan adalah dengan menyelusuri jalan-jalan raya. Angkat sepanduk dan jeritlah kuat-kuat akan ketidakpuashatian kamu. Dengan cara itu, biasanya sedikti sebanyak dapat menggugat kedudukan kerajaan yang memerintah. Ada juga cara rampasan kuasa oleh pihak tentera, di mana pihak tentera akan menubuhkan kerajaan sementara.

Tapi, bagaimana pula dengan menampar muka pengerusi politik? Adakah ianya dapat memberikan impak kepada parti/kerajaan yang memerintah?

Di Nepal, akibat dari ketidakpuashatian dengan pembangunan negara dan ekonomi yang lembap di negara itu telah mendorong seorang lelaki untuk menampar seorang ahli politik! Tindakan yang begitu ekstrim dan berani itu sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat jelata yang rata-rata menyokong tindakan lelaki itu.

Devi Prasad Regmi

Mahu kena tampar???

Menurut kata dari satu kenyataan dari http://www.deviprasadregmi.com yang memetik…”Devi Prasad Regmi merupakan seorang anak Nepal yang berani. Tamparan itu bukan hanya kepada pengerusi parti itu, tetapi juga kepada semua pemimpin parti yang lain”. Malah telah wujud laman facebook yang dibangunkan semata-mata hanya untuk menyokong tindakan Devi itu dan hingga kini selepas diwujudkan sudah lebih dari 7000 orang menyokongnya dan kemungkinan jumlah ini akan bertambah!

Sekarang sudah semakin banyak pergolakan di dalam negara di seluruh dunia. Aktiviti pengeboman di Russia, penggulingan pemerintah oleh rakyat di Tunissia dan juga krisis pemerintahan di Lubnan.

Jauhkanlah Malaysia dari malapetaka ini……..

p/s – Oh ya! mungkin ramai yang tak tenang sejak akhir-akhir ni kan? Sindrom cepat melatah, sindrom kuat menabur derma, sindrom konon-konon rajin turun padang, sindrom terpekik-terlolong menabur janji dan juga sindrom perabis duti rakyat! Kenapa? fikirkan DUN Tenang? Pak Politik…Tenang-TENANG AJAAA…..!!! Pak Rakyat, Pilih elok-elok….!!! Depa bagi…sapu jaaa!!

Nak kena tampar??? LoL


ADAKAH KAPAL DARI KELAS GOWIND BAKAL MENJADI BENTENG PERTAHANAN PERAIRAN TERBARU?

Sudah lebih dari seminggu aku tidak menulis. Nampak bersawang dan berhabuk sungguh laman jartatanku ini. Iyalah, aku sebuk sejak akhir-akhir ini, urus itu dan ini, pikir itu dan ini, ke sana dan ke sini, ke hulu dan ke hilir, terus menjadikan ruang untuk aku menulis semakin sempit, jadi tiadalah entri. Kebetulan pula, aku akhir-akhir ini banyak membaca buku-buku yang baru sahaja dibeli di MPH, maka semakin jauhlah jurang perhubungan aku dan juga internet. Tapi tidak mengapa, kali ini aku membawa satu isu yang segar bagi sektor pertahanan negara kita.

– – – – – – – – PPPPffftttttt – – – – – – – –

Adakah kapal ini bakal menjadi tunjang pertahanan litoral negara kita? Gowind Class

Kapal Kelas Formidable Singapura; RSS Steadfast

Aku amat tertarik dengan berita di akhbar pada hari ini. Nampaknya ruang maritim kita bakal dilengkapkan dengan aset pertahanan yang lebih canggih serta lebih garang. Jika sebelum ini, kapal-kapal peronda kelas KD Kedah, Pahang dan sewaktu denganya menggunakan konsep fitted for but not with, akan tetapi konsep kapal baru ini tidak! Elemen fitted for but not with tidak lagi di implementasikan seperti sebelum ini! Ini menambahkan lagi kegarangan kelengkapan pertahanan litoral kita.

Umum tahu kapal Peronda Generasi Barul (NGPV) Kelas Kedah adalah dari jenis Meko A-100 dan inilah yang menjadi asas kepada kapal peronda pesisir negara kita buat masa kini.Kelengkapan peperangan yang ada boleh dikatakan bagus akan tetapi tidaklah secanggih Kapal Perang Kelas Delta dari Singapura. Melalui konsep Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang lebih canggih melalui konsep halimunan dan peperangan tiga dimensi yang lebih mantap ianya bakal dapat menandingi kapal frigat dari Singapura itu.

Adalah difahamkan, TLDM bakal dilengkapkan dengan kapal dari Jenis Gowind buatan DCNS Perancis. Pemilihan kapal adalah kerana ia mempunyai keupayaan tempur termoden sesuai dengan kehendak TLDM memandangkan kapal-kapal perang negara serantau juga sudah memiliki teknologi terkini dan langkah ini bertujuan bagi menjaga perairan negara terutama di Laut China Selatan.

Pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali. Sebuah kapal akan dibina di negara asal syarikat pengeluar tersebut iaitu di Perancis, manakala baki lima lagi kapal akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang mana surat tunjuk minat (LOI) sudah pun diserahkan kepada syarikat ini

Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo. Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut.

Ianya adalah kategori kapal ‘stealth’ design jika dibandingkan dengan kapal-kapal projek DELTA Singapura yang mengambil kriteria rekabentuk kapal ‘La Fayette’ didalam membina kapal perang, iaitu dari Kelas Formidable’ yang dimilik sebanyak 6 buah kesemuanya. Kapal -kapal ini mempunyai kadar deteksi radar yang sangat rendah(RCS) , berdasarkan rekabentuknya yang mampu membalikkan signal deteksi radar ke arah yang lain dan bukannya ke arah kapal. Berpemukaan rata dan penggunaan cat yang berupaya untuk menyerap signal-signal penjejakan radar, menjadikan ianya bersifat stealth. Kapal kategori LCS ( littoral combat ship), ini bakal membolehkan ianya beroperasi di perairan cetek dan juga dilaut dalam dalam tempoh jangka masa yang panjang , tanpa perlu diservis dan berkelajuan tinggi, antara 27 – 28 knot.

– – – – – – – – – – PPPfffttttttt – – – – – – – – – –

Keluarga Kapal Kelas Gowind

Kapal Gowind (Kombat pelbagai) adalah dilengkapi dengan alatan perang penuh bagi menghadapi ancaman tiga dimensi juga peperangan anti kapal selam (ASW)

Gowind (High Seas Master) – Untuk peperangan jarak jauh dan boleh tahan lebih lama di laut

Gowind (Dettereant Worrior)anti udara dan anti permukaan dilengkapi dengan misil anti udara yang mantap

Gowind (Sovereignty Enforcer)- Kawalan pantai dan kawalan zon ekonomi eksklusif

p/s – Jangan ada penyelewengan semasa membuat perolehan ini, sudah! Karang, ada lagi yang kena bom! Hancur luluh dan tiada kubur!


HARI TANPA SELUAR PANJANG

APA perasaannya jika melihat seseorang dalam perjalanan ke bekerja di pejabat lengkap dengan kemeja dan tali leher tetapi tidak memakai seluar? Pasti pelik, geli dan pelbagai lagi perasaan cuak akan berlegar di fikiran. Paling tidak kita beranggapan mereka ini sudah hilang akal. Namun untuk makluman, terdapat hari tertentu dalam setahun yang dipanggil Hari Tanpa Seluar, dan di sambut secara normal seolah-olah tidak ada apa-apa kekurangan yang berlaku.

Memang pelik tabiat manusia ini terutama di Barat yang sanggup berbuat demikian atas nama fesyen, prinsip atau semata-mata kerana keseronokan. Itulah yang berlaku pada Ahad lepas di New York apabila sekumpulan manusia dengan selamba menaiki tren bawah tanah tanpa memakai seluar atau pun skirt. Alasan mereka adalah hari tersebut merupakan hari tanpa seluar di tren bawah tanah, (The No Pants Subway Ride). Ratusan penduduk di bandar itu dengan selamba tidak memakai seluar panjang dan skirt semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.

Lebih mengejutkan mereka ini cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang. Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna. Acara ini bermula sejak 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt. Tahun lepas sahaja seramai 1,500 orang menyertai acara ini dan dikatakan lebih 1,000 orang lagi di 50 bandar diseluruh dunia turut serta dalam memeriahkan acara ini. Selamba Ada di antara mereka yang lengkap berpakaian kot dan tali leher berdiri di dalam tren dan apabila ditanya kenapa tidak memakai seluar, selamba mereka menjawab terlupa. Bagi wanitanya pula tidak bermakna jika mereka memakai skirt sudah mencukupi kerana temanya adalah hari tanpa seluar.

Maka akan kelihatan wanita yang hanya memakai seluar dalam di tempat awam atas alasan mahu relaks menikmati pemandangan dan lawak jenaka yang berlaku kerana orang terkejut melihat mereka tidak memakai seluar. Sebenarnya ada dua acara berbeza untuk hari tanpa seluar. Satu lagi acara dianjurkan pada setiap minggu pertama Mei setiap tahun dan semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat menyertainya. Ada antara mereka merupakan ahli perniagaan ternama, pelajar mahupun pemimpin masyarakat yang dihormati akan menyertai acara ini. Maka akan kelihatanlah orang dewasa mahupun warga emas yang senang hati hanya memakai seluar dalam atau boxer berjalan-jalan di setiap ceruk tanpa rasa malu. Lebih menarik makin ramai yang menyertai acara ini di seluruh dunia terutama di Eropah dan Australia.

Acara ini yang dikatakan telah wujud sejak tahun 1986 diadakan untuk orang ramai menikmati hari mereka tanpa sebarang prejudis terutama kepada mereka yang tidak memakai seluar. Alasan mereka hidup adalah sebahagian dari lawak jenaka dan lagi ramai orang yang menyertainya semakin meriahlah acara tersebut.

Sumber dari Utusan Malaysia.

p/s –  Negara Barat sering melontarkan idea-idea atau movement yang pelik-pelik. Contohnya, hari tanpa baju, hari berbogel dan lain-lain. Inilah akibatnya hilang moral dan akhlak. Perasaan malu juga semakin terhakis. Pelik-pelik.


SEGITIGA BERMUDA

Segitiga Bermuda merupakan teka-teki alam semesta yg membuat manusia bingung untuk mengungkapkannya semenjak 500 tahun lalu saat Colombus menemukan Amerika tahun 1492M. Hingga sekarang ia tetap menjadi misteri sekalipun berbagai perkiraan dan prediksi telah disampaikan. Fenomena ini merupakan salah satu keajaiban alam yang sering di bicarakan dari waktu ke waktu. Semuanya diliputi keanehan dan ketidak jelasan.

Segitiga ini adalah bagian tersembunyi yang terletak di Samudera Atlantik, yang telah menelan ratusan atau mungkin ribuan kapal dan pesawat tanpa ada jejaknya. Tidak ada seorangpun yg mampu mengungkapkan secara pasti rahsia yg sgt misterius ini.

Segitiga bermuda adalah tantangan terbesar yg dihadapi manusia skr ini juga dimasa mendatang.

bermuda_triangle

Segitiga Bermuda terletak di sebelah barat Samudera Atlantik, sebelah tenggara wilayah Miami Florida, AS. Tepatnya sebahagian besar wilayah ini membentuk segitiga, antara kepulauan Bermuda, Puerto Rico di Jamaica dan bahagian selatan Florida AS. Luas Segitiga Bermuda ini kira2 1,2 juta kilometer persegi terdiri dari 300 pulau kecil yg dihuni 65.000 orang.

Sebab Penamaan

Dikenal degan nama Segitiga Bermuda (The Bermuda Triangle) pada tahun 1945 saat terjadi ghaibnya sekumpulan pesawat yg membentuk formasi segitiga sebelum hilang. Sejak saat itu, wilayah ini dikenal dengan nama Segitiga Bermuda dan sejak itu pula orang bicara ngeri tentang segitiga maut bermuda. Maka sebahagian org menamakan dengan “Kepulauan Setan” dan “Segitiga Setan”. Ada pula yg mengatakan bahawa disebut segitiga, keran setelah berbagai kelenyapan kapal dan pesawat terbang itu diproyeksikan pada peta, ternyata semua berlangsung di suatu daerah berbentuk segitiga, antar kepulauan bermuda, Puerto rico, dan bagian selatan Florida.

Misteri di Bermuda

Dibagian barat lautan Atlantik, ada area tertentu (laut sargaso) yang terkenal sgt aneh. Ditempat ini air lautan dihuni oleh jenis tertentu dari binatang laut yg disebut “Sarjasam”, yg biasa mengapung dalam jumlah besar, dalam bentuk klompokkelompok yang boleh menghalangi laju perahu dan kapal laut. Dulunya, Colombus ketika pertama kali sampai ditempat ini, ia meyakini bahawa dirinya telah dekat dengan daratan (pantai), kerana itu ia semakin bersemangat melanjutkan perjalanan dengan harapan akan segera sampai di pantai terdekat, akan tetapi usahanya sia-sia.

879944676_53596f0a62

Laut sargaso juga terkenal dg keheningan yg sangat. ia adalah laut mati, tidak didapati gerakan apapun keran jarangnya hembusan udara dan angin yang menerpanya.
Para pelaut menjulukinya degan banyak nama, antara lain “laut seram” dan “kuburan atlantik”. Hal ini mereka saksikan dari suasana mencekam dan ketakutan luar biasa pada saat mereka berlayar.

Ekspedisi laut moden mengisyaratkan adanya jumlah besar dari kapal laut, kapal selam, dan perahu yang teronggok didasar laut ini, yg berasal dari berbagai masa semenjak perjalanan melalui lautan. Kebanyakan kapal-kapal tsb terbenam didasar lautan pd sisi2 yg gelap, disamping hilangnya sejumlah besar kapal dan perahu tanpa meninggalkan jejak sedikitpun. Juga ditemukan pada dasar lautan ini ratusan bentuk luar biasa dari bekas kapal dan penumpangnya.

Permulaan hilangnya kapal2 di Bermuda, pada th 1850, hilang diwilayah ini atau dekat dengannya lbh dari 50 kapal. Sebagian nahkoda berhasil mengirimkan surat2 (telegram) pd saat2 genting, akan tetapi anehnya surat2 tsb tdk jelas sehingga tdk seorg pun yg bisa memahaminya.
Kebanyakan kapal yg hilang adlh milik pemerintahan AS. Yang pertamakali adlh kapal Enserjen, yg hilang dg memuat 340 penumpang. Disusul hilangnya kapal selam Scorpion pada th 1968 yg mengangkut 99 pelaut.

bermudatriangle1

Termasuk kapal yg hilang di Segitiga bermuda, pada tahun 1880, kapal perang Inggris Atlanta yg mengangkut 290 jiwa, kemudian pada tahun 1918 kapal Amerika Saiklob yang mengangkut 309 orang. Pada bln April 1925, kapal pengangkut barang Raifuku Maru dari Jepang, yg blh dikatakan sdh modern dilangkapi pemancar radio, dan sgt layak laut cepat sekali tenggelam setelah mengirim berita :” seperti pisau raksasa! Cepat tolong! kami tak mungkin lolos!” kapal itu ditelan ombak bersama seluruh awaknya. Tak ada yg tersisa.
Bulan oktober 1951, kapal tanker Southern Isles mengalami nasib serupa. ketika berlayar dalam konvoi, tiba-tiba ia hilang sampai kapal-kapal yang lain hanya melihat cahaya yg ditinggalkannya sedang tenggelam kedasar laut. Kapal tanker kembarannya Southern Districts tenggelam dg cara yg sama dalam bulan disember 1954. Ia hilang tanpa meninggalkan isyarat SOS ketika berlayar melintasi wilayah yg tdk beres itu ke utara menuju South Carolina.

Fenomena Raibnya Pesawat

bermuda-triangle-nightmare

Keanehan ini juga berimbas ke wilayah udara lautan Atlantik, dimana banyak pesawat tiba-tiba ghaib ketika melewati udara lautan atlantik, atau melalui udara Bermuda.
Pada 5 Desember th 1945, formasi lengkap 5 buah pesawat pelempar torpedo Grumman TMB-3 Avenger AL AS ghaib dihari yg masih siang. Sebuah pesawat penyelamat yg ingin mencari sisa-sisanya pun ditelan ombak di “laut yg tdk beres” itu. Lima jet tempur itu bertolak dari pangkalan udara Forth Lauderdale di utara Miami wilayah Florida,AS dalam rangka misi pelatihan. Penerbangan ini dimulai dari Florida pukul 14.40 menuju arah timur sejauh 160 mil, kemudian belok ke utara sejauh 40 mil, dan akhirnya ke Barat Daya utk kembali ke pangkalan lagi. Dalam perjalanan ada acara latihan menyerang bbrp bangkai kapal di pantai kepulauan Great Sale Clay. Saat itu lima pesawat terbang dlm formasi segitiga.

Lima pesawat tempur ini diawaki oleh 5 pilot dibantu 8 tenaga ahli yg sangat mahir dan berpengalaman. Pimpinan Pilot saat itu adalah Letnan Charles Taylor yg sudah mengantongi 2.500 jam terbang berada pada ujung formasi segitiga. Skuadron tersebut pada saat menjalankan latihan pada sekejap waktu mengarah kepada rongsokan kapal pengangkut barang yang mengapung di permukaan laut Atlantik selatan Bimini. Pada pukul 15.45 saat pimpinan pangkalan militer menunggu berita dari skuadron 19, utk menentukan letak pangkalan dan kode landing, pimpinan pangkalan militer tsb sekonyong-konyong menerima berita aneh dari Pilot penerbangan (Letnan Charles Taylor), berteriak mengatakan:

” Kecemasan! kami seperti khilangan arah! Tak ada daratan. Ulangi! Tak ada daratan! Saya tidak boleh menentukan arah, kami telah tersaasar di angkasa, semuanya terlihat asing dan membingungkan, kami tidak tau arah!”

Menara pengawas mananyakan formasi pesawat tapi Taylor menjawab:

“Tak tahu persis dimana kami berada!”

“Terbanglah ke Barat” perintah menara

Tapi kemudian lama sekali tidak ada kontak. Lalu ada percakapan simpang siur dari beberapa orang juruterbang yg lain.

“Kami tidak tahu dimana arah Barat itu. Ada yg tidak beres ini. Semua terlihat aneh. bahkan lautnya juga” Sesudah sepi sejenak, komandan penerbangan menyerahkan komando kepada jururterbang lain tanpa alasan yg jelas. Komandan baru ini melapor dg suara setgh histeris:

” Ya Tuhan! Dimana kami ini! Mungkin kami sudah melewati Florida dan terbang diatas Teluk Mexico!”

Pada saat itu komandan yg baru memutuskan utk terbang kembali 180 derajat ke arah Florida lagi, tetapi dari kenyataan sinyal radionya makin lama makin lemah, diduga ia justru terbang lebih menjauhi pangkalan. Laporan terakhir yg ditangkap ialah :

“Nampaknya kami memasuki air putih..tamatlah kami!”

Segera sesudah kontak dg penerbang itu putus, sebuah pesawat amfibia PBM-5 martin Mariner mengangkasa untuk memberi pertolongan. Beberapa minit kemudian, pesawat ini melaporkan posisinya, tapi kemudian pemancarnya diam. Pesawat ini hilang juga bersama 13 awak pesawat. tak berbekas seperti lima pesawat Grumman yg hendak ditolong. Menurut saksi mata diatas kapal tanker Gaines miles yg kebetulan berlayar di daerah itu, pesawat amfibi itu jatuh ke laut.

Termasuk pesawat yg ghaib adalah

1. Pada th 1945, ghaib dua buah pesawat pengebom milik angkatan bersenjata AS.
2. Pada th 1948, pesawat penumpang Inggeris Star Tiger yg mengangkut 313 penumpang ghaib.
3. Kembali pesawat penumpang inggeris , Star Ariel yg mengangkut 474 penumpang jg ghaib.
4. Pada th 1956, pesawat P5M milik angkatan laut AS raib bersama 5 org penumpangnya.

Pertanyaanya : Apakah ada waktu tertentu untuk mengetahui terjadinya musibah di Segitiga Bermuda?
Para peneliti menilai bahwa kebanyakan peristiwa terjadi pada waktu2 tertentu, yg disebut dg musim menghilang, yaitu musim liburan antara November, Desember dan Februari, khususnya yg mendahului awal th baru masehi atau sesudahnya.

Telahan awal tentang misteri Segitiga Bermuda
Banyak teori dikemukakan utk mengungkap misteri Segitiga bermuda, antara lain:

lightnin

1. Teori Gempa laut dan serangan gelombang besar. Teori ini mengatakan : Gesekan dan goncangan di tanah di dasar Lautan Atlantik menghasilkan gelombang dahsyat dan seketika kapal2 menjadi hilang kendali dan lgsg menuju dasa laut dg kuat hanya dlm bbrp detik. Adapun hubungannya dg pesawat, maka goncangan dan gelombang kuat tsb menyebabkan hilangnya keseimbangan pesawat serta tdk adanya kemampuan bagi pilot utk menguasai pesawat.

bermuda-triangle

2. Teori Gravitasi (medan graviti terbalik, anomali magnetik graviti) dan hubungannya dg apa yg terjadi di Segitiga Bermuda; sesungguhnya kompas dan alat navigasi elektronik lainnya didalam pesawat pd saat terbang di atas Segitiga Bermuda akan goncang dan bergerak tidak normal, begitu juga dg kompas pada kapal, yg menunjukkan kuatnya daya magnet dan anehnya gravitasi.

waterspout_noaa

3. Teori lubang ruang waktu yg menyedut hilang semua materi, seperti black hole (lubang hitam) yang ada diangkasa.

bermuda1

4. Teori pusaran air. Menurut Bill Dillon dari U.S Geological Survey, air bercahaya putih itulah penyebabnya. Didaerah segitiga maut Bermuda, tapi juga di bbrp daerah lain sepanjang tepi pesisir benua, terdapat “tambang metana”. tambang ini terbentuk kalau gas metana menumpuk dibawah dasar laut yg tak dapat ditembusnya. Gas ini dapat lolos tiba2 kalau dasar laut retak. Lolosnya tdk kepalang tangung. Dengan kekuatan yg luar biasa, tumpukan gas itu menyembur ke permukaan sambil merebus air, membentuk senyawaan metanahidrat. Air yg dilalui gas ini mendidih sampai terlihat sbg “air bercahaya putih”. Blow out serupa yg pernah terjadi dilaut Kaspia sudah banyak menelan anjungan pengeboran minyak sebagai korban. Regu penyelamat yg dikerahkan tdk menemukan sisa sama sekali. Mgkn krn alat dan manusia yg menjadi korban tersedot pusaran air, dan jatuh kedalam lubang bekas retakan dasar laut, lalu tanah dan air yg semula naik ke atas tapi kemudian mengendap lagi didasar laut, menimbun mrk semua.Kemudian pesawat yg terbang rendah memang dpt terpengaruh oleh pancaran air mendidih bercampur gas yg luar biasa kuatnya itu, lalu jatuh ke laut. tetapi apakah yg menyebabkan kompas pesawat Grumman itu tdk berfungsi? jelas medan magnet, tapi dari apa? Apakah dari ledakan gunung di dasar laut? ini msh tetap misteri.

5. Teori Piring Terbang (UFO) mengatakan bhw diwilayah itu adalah markas besar UFO di bumi ini. Ada hubungan antara munculnya piring terbang dg raibnya kapal dan pesawat diwilayah tsb.

6. Yang lebih aneh lagi adalah Segitiga Bermuda tsb sbg pusat Pemerintahan kota Atlantis yg tenggelam ribuan tahun yg lalu, kota manusia duyung, selain ia adalah pusat persembunyian Dajjal.

dajjal

Semua kejadian aneh yg berkepanjangan itu meletakkan Segitiga bermuda sbg tempat paling misteri didunia ini. Akhirnya, kita tidak boleh mengatakan kecuali Allahu a’lam. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan dengan tangan-Nya Dia membolak balikkan segala sesuatu sekehendak-Nya. Maha suci Allah…Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

sumber : – Buku dari Muhammad Isa Dawud ( Dajjal akan muncul dari segitiga bermuda )

Segitiga Bermuda ini sememangnya misteri! ada juga pendapat menyatakan; yang aku petik dari ulasan Pak Cik Li di salah sebuah ulasanya di entri berkaitan Segitiga Bermuda di Karimon’s Blog. Tulisan beliau berbunyi begini…

Sebenarnya terlalu banyak misteri dan cerita yang dinyatakan mengenai Segitiga bermuda (bukan segitiga yang muda). Demi memenuhi permintaan tuan yang dikasehi memadailah saya titipkan info mengenai Segitiga bermuda ini menurut pandangan Islam sahaja.

Segitiga Bermuda yang juga biasa disebut segitiga setan terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah wilayah teritorial Britania raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto rico teritorial Amerika Serikat titik di sebelah selatan dan Miami negara bagian Florida Amerika Serikat sebagai titik disebelah barat.

Pasti pernah kita pernah mendengar peristiwa peristiwa aneh di sana yang sering terjadi kapal kapal hilang baik laut maupun udara secara misterius. Ada yang bilang segitiga bermuda itu adalah tempat mangkalnya Alien dan Ufo. Ada yang bilang itu adalah pusat magnet terbesar didunia. Ada juga yang bilang itu pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menyedut apapun yang melintasinya. Maka apa pendapat Islam tentang Segitiga Bermuda ?.

Ada hadist yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat yang sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu”.

Dikatakan larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. Jadi apa kaitannya dengan bermuda?. Alasannya karena bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

Dengan hadist ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda. Perkara perkara aneh yg terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal.

Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, Segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yang meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu?. Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy lagi, para Iblis dan Syaitan tersebut yang tak bisa mendekati pusat kawasan agung itu, maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu (segitiga bermuda). Karena sesungguhnya barang siapa yg bisa sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya. Banyak orang orang zaman dahulu termasuk orang Melayu yang telah mencoba ke pusat Segitiga Bermuda dan kebanyakan daripada mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya.

Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencoba masuk ke kawasan agung itu. Dan sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

p/s – Setiap yang tercipta ada hikmahnya….Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui…


PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI

Oh…sejak dua menjak ni, semakin kurang pulak aku menulis.

Tak pelah…mahu tulis yang berat-berat, akan membebankan benak fikiran pula. Jadi, dari dibiarkan bersawang, aku tulis. Ikut suka hati dan kata hati. Ikut rentak dan irama lagu Tv.

– – – – – – – – –  PPPfftttttt – – – – – – – – – –

Iyalah…ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang kini sedang berkhidmat di salah sebuah IPTA di Melaka sebagai seorang tenaga pengajar. Di sana pula, rumah untuk berteduh dan menginap masih belum di dapati untuk dihuni. Mahu carik bilik untuk di sewa pun agak payah. Tapi mahu carik rest house dan hotel, punyalah senang! Maklumlah, inikan Melaka…bandar perlancongan bukan pekan gelandangan!

Tapi kini, buat seketika isteri masih bergantung harap pada mak cik di Paya Rumput. Di rumah mak cik itulah isteri berteduh dan mennginap. Jadual pengajarnnya pula tidak sekata. Kadangkala pengajaran kelas yang diajar ada di sebelah malam dan ada juga di sebelah siang. Perlu juga mengajar di dua kampus sekali gus di Bandar Melaka dan juga di Lendu. Berbekalkan kereta Kancil L2S aku, aku doakan isteri tabah menghadapi segala dugaan untuk ke sana dan ke sini berkhidmat mendidik anak bumiputera. Hanya doa dari jauh aku iringkan semoga dia tabah dan banyak bersabar. Lain-lain permasalahan rasanya tidak perlulah aku coretkan di sini. Biarlah kami telannya bersama…biarpun pahit, tapi masih perlu ditelan dan dikemam. Ibarat ubat panadol dan Melada Pahit, walaupun pahit masih mampu menyegarkan pening di kepala, biarpun pahit masih bisa menurunkan paras gula dalam darah.

Terdetak juga kerisauan di dalam hati mengenangkan nasibnya di sana. Tapi apakan daya…..kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala. Segalanya sudah pun tertulis di Luah Mahfuz dan segalanya sudah pun di aturkan sama ada baik dan buruknya, qada’ dan qadarnya. Mungkin inilah cabaran alam rumah tangga dan mungkin inilah yang orang tua-tua selalu cakapkan…awal perkahwinan ibarat bayi sedang belajar bertatih untuk belajar berjalan. Belajar untuk hidup berdikari dan belajar untuk menjadi orang tua!

Tiba-tiba aku teringatkan lagu dendangan Monoloque dan Atillia yang acap kali berkumandang di corong-corong radio. Pernah kamu dengar?  Tak pernah, mari sini baca lirik di bawah…aku ambilnya di internet!

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

– – – – – – – –-PPPfffttttt – – —  – – – – – – –

Sekali dengar lirik lagu ini cukup kena dengan kisah kami. Dua kali dengar ibarat mencebik pula. Lantaklah…apa pun masyuk jugak lagu ni. Mahu dengar? Sila bukak ERA atau cari sahaja di Youtube. Aku dedikasikan khas buat mereka di luar sana yang senasib dengan aku.

Nampaknya malam kian melabuhkan tirainya dan aku kini seorang diri di dalam bilik. Aku mahu baca buku. Baru dua hari lepas aku beli. Tajuk; Malaysia lah! dan Behind The Lost Symbol. Aku membaca bila stress dan tensi. Dengan membaca, boleh buat aku tenang dan ok.

Malaysia-Lah; Sebuah koleksi tulisan Blog Warung Idea Diskopi (Himpunan Analisa Terpilih Kaki Lepak)

Behind The Lost Symbol

p/s – Minggu lepas, semasa isteri masih di rumahku. Balik sahaja dari kerja dan dalam keadaan stress, aku disambut oleh isteri. Jadi stress terus hilang dan ketenangan muncul. Apa-apa pun aku memohon kepadamu Ya Allah…permudahkanlah segala-galanya urusan kami. Aminnnn….


RUMAH TERMAHAL DI DUNIA ANTILLA

Aku pernah coretkan tetntang rumah termahal di dunia sebelum ini di entri yang lepas dan jika mahu baca, sila klik di sini jika mahu baca. Kali ini aku ada terbaca di akhbar Utusan Malaysia lalu, dek kerana begitu tertarik dengan kemegahan dan kemahalan rumah ini jadi apa salahnya jika aku tampal sahaja di sini. Aku ambil di Utusan Malaysia artikel ini. Sila baca untuk tambah pengetahuan am kamu semua.

Rumah termewah dan termegah

MEMILIKI sebuah rumah mewah yang selesa sudah tentu menjadi idaman setiap insan, apatah lagi jika rumah tersebut dibina berdasarkan imaginasi dan idea pemilik itu sendiri. Namun buat Antilla, sebuah rumah di Altamount Road, Mumbai, India yang dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) sekali gus telah diiktiraf sebagai rumah termahal di dunia.

Rumah idaman itu dibina oleh pasangan jutawan dari India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani. Istana milik peneraju Reliance Industries itu yang juga merupakan lelaki kelima terkaya di dunia (dinobatkan oleh laman web Forbes) dengan anggaran aset bernilai RM142 bilion (AS$43 bilion) memerlukan kira-kira 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah tersebut.

Tanggungjawab membina rumah impian milik pasangan tersebut telah diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins Wills dan Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Hotel Mandarin Oriental di Dallas dan Los Angeles.

Proses pembinaan rumah tersebut bermula pada penghujung 2006 dan siap untuk diduduki pada September 2008 di atas sebidang tanah berkeluasan 4939.81 meter persegi. Ia menampilkan struktur seni bina yang dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan bentuk feng shui dalam masyarakat China. Melalui prinsip itu, ia memberikan aliran ruang udara yang sihat berpandukan susun atur yang strategik pada bilik, objek dan kemasan barangan yang terdapat padanya.

Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya. Antilla turut dilengkapi dengan sebuah lobi yang menghimpunkan sembilan buah lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai yang terletak di aras tujuh selepas enam tingkat di bawahnya dijadikan sebagai tempat meletak kereta dan boleh memuatkan 170 buah kenderaan dalam satu masa.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dewan tari menari berhias siling kristal, ruangan menonton yang dilengkapi dengan monitor LCD lengkap dengan sistem pembesar suara seluas sebuah pentas pertunjukan.  Di tingkat lapan pula mengandungi sebuah pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa. Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat. Antara ruangan istimewa lain yang terdapat di dalam Antilla ialah ruangan kesihatan yang dijadikan sebagai aras khusus untuk bersukan dan beriadah. Aras itu juga menyediakan bilik berais khusus untuk kegunaan penghuni dan tetamu yang ingin lari dari bahang cuaca panas kota Mumbai.

Menariknya, bilik sejuk ini juga menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan dan salji buatan manusia. Kayu berbentuk huruf ‘W’ yang dipasangkan untuk menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan diilhamkan daripada sebuah atrium terbuka untuk bahagian taman dan halaman rumah..

Elemen paling rumit bagi proses pembinaan rumah itu ialah untuk merealisasikan landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal di dalam sebuah rumah. Ia boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga yang membolehkan Antilla mengubah suasana kediaman pada musim panas kepada dingin manakala ketika cuaca sejuk dapat menyamankan tubuh.

 

Pandangan di waktu malam

p/s -Err…kenapa baru kini Utusan nak tulis???


MAMPUKAH BAYAR BALIK PTPTN??

Aku adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011 ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.

Pinjaman PTPTN kebiasaannya adalah pilihan terakhir setelah segala usaha untuk mendapatkan pinjaman/biasiswa pengajian daripada sumber lain seperti yayasan negeri dan lain-lain tidak berjaya. Ini adalah kerana umum mengetahui bahawa kos pentadbiran yang tinggi yang menjadi penyebab utama bebanan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kehidupan para pelajar selepas tamat pengajian masih tidak menentu kerana pasaran kerja yang amat terhad tidak seimbang dengan berpuluh ribu jumlah graduan yang baru tamat pengajian setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi negara yang masih belum stabil (walaupun sudah kerap kali para pemimpin mengatakan ekonomi adalah stabil dan kukuh) semestinya pasaran kerja menjadi lembap kerana rata-rata majikan lebih mengutamakan pekerja yang berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun untuk diambil bekerja dan pengambilan pekerja adalah berdasarkan daripada sistem internalization iaitu pengambilan pekerja yang disyorkan oleh staf-staf dalaman sahaja (baca: kabel). Ini mendorong kepada terhadnya peluang pekerjaan kepada graduan yang ramai di luar sana kerana tiada tawaran kerja diiklankan dalam akhbar atau internet. Oleh itu, kedapatan masih sangat ramai graduan kita yang masih belum bekerja atau bekerja secara sampingan di mana pendapatannya tidak menentu dan ini menjadikan bebanan untuk mereka membayar balik pinjaman PTPTN.

Dari soal pendapatan pula, rata-rata graduan Ijazah yang berjaya mendapat kerja hanya menerima purata gaji bulanan sebanyak RM2,000 sahaja dan trend majikan kini lebih berminat untuk membayar seorang pekerja yang boleh bekerja untuk bebanan lebih seorang pekerja. Dengan jumlah gaji bulanan seperti ini (sesudah ditolak KWSP), ia mendorong kepada tekanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada para lepasan Ijazah yang bekerja di bandar seperti Kuala Lumpur dimana segala kos seperti penginapan, makan minum, bil-bil utiliti, tempat letak kereta harian, harga petrol yang baru sahaja dinaikkan Kerajaan, kenaikan kos-kos barangan harian (banyak yang tidak dikawal) dan lain-lain untuk ditanggung dengan gaji bulanan yang rendah. Umum mengetahui bahawa pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan adalah tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah apatah lagi bagi peminjam yang sudah berkahwin pada usia muda. Faktor bekerja secara kontrak juga mendorong kepada tekanan untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini kerana tiada keselamatan dalam pekerjaan seseorang itu kerana sesudah tamat kontrak, peluang untuk terus bekerja adalah 50-50. Sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap pada waktu sebegini memandangkan biasanya majikan lebih memikirkan keuntungan syarikat berbading hak pekerja serta faktor kestabilan ekonomi yang tidak menentu. Tidak semua majikan mahu menawarkan kontrak pekerjaan dengan gaji bulanan yang tinggi.

Malah tidak keterlaluan juga untuk mengatakan di agensi-agensi kerajaan atau badan-badan berkanun lantikan untuk pekerja yang baru adalah dimulakan dengan status kontrak. Ada juga dari pekerja-pekerja ini terutamanya lantikan baru dibayar hanya dengan gaji basic sahaja. Sebagai contoh Jawatan hakiki adalah Pegawai Tadbir N41, tetapi beliau hanya dibayar berdasarkan gaji basic sahaja dan tidak siberi lain-lain elaun! Bayangkan jika gaji seorang Pegawai 41 secara relatifnya adalah sekitar RM2800 akan tetapi jika ditolak dengan lain-lain elaun yang berjumlah RM850, berapa sahaja yang tinggal dan jika ditolak dengan caruman wangg KWSP berapa pula bakinya? Justru bagaimana rata-rata graduan yang berpendapatan sebegini rupa boleh membuat bayaran balik pinjaman dengan keadaan sebegini? Jadi ada yang beranggapan “selagi tidak mendapat pekerjaan yang tetap dan gaji yang stabil…PTPTN tidak akan dibayar!”.

Walaupun sudah ditetapkan di dalam kontrak pinjaman pengajian untuk membayar balik satu jumlah yang dipersetujui dan ditandatangani pelajar sebelumnya, tetapi harus juga diingat bahawa rata-rata pelajar yang membuat kontrak pinjaman seperti ini tidak begitu memahami apa yang terkandung dalam kontrak memandangkan rata-rata ketika itu mereka masih berumur 18 tahun yang baru memulakan pengajian di alam universiti, baru melepasi umur seorang minor. Kebanyakan mereka ketika itu hanya memikirkan untuk mendapatkan wang untuk belajar walaupun tidak kurang juga yang gagal mengawal kewangan mereka dengan baik digunakan sehingga habis dalam jangkamasa beberapa minggu sahaja. Ini adalah kerana mentaliti mereka ketika itu yang berumur belasan tahun tidak mengerti bebanan yang bakal dihadapi terutama untuk membayar balik pinjaman ini.

Pihak Kerajaan perlu meniliti sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk menetapkan penolakan gaji bulanan sebagai langkah untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman PTPTN ini. Aku ingin mencadangkan supaya bayaran balik melalui penolakan gaji ini bermula setelah para graduan sudah bekerja secara tetap sekurang-kurangnya dua tahun. Aku ulangi, hanya setelah peminjam bekerja tetap sekurang-kurangnya dua tahun, dan bukan secara kontrak. Ini untuk memastikan aliran kewangan seseorang itu tidak terjejas teruk berikutan ikatan bayaran balik pinjaman PTPTN ini khususnya mereka yang bekerja di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur.

p/s – Aku bayar ikut dan je!


MAHAL MAKANAN DI RNR

Makan di hentian RnR akan membuatkan aku berfikir. Kenapa makanan di sini mahal belaka? Sudahlah tidak sedap dan kurang enak, setiap ceduk kuah yang diambil pun akan dicaj! Tidak kurang 50 sen! Ambil sepinggan nasi, ceduk kuah asam pedas, ambil ikan keli masak berlada, ditambah sedikit sayur campur dan air suam. Berapa ringgit agaknya? Cuba kamu semua teka berapa ringgit yang caj yang dikenakan?

5 ringgit? Tidak…tidak….

7 ringgit 80 sen? Pun tidak….

8 ringgit genap? Tidak!

Jadi berapa?

Kesemua lauk pauk yang tidaklah seberapa tu berharga 8 ringgit dan 20 sen. Aku makan berdua, bersama isteri dan lauk yang dipilih oleh orang rumahku lebih kurang sahaja samanya dengan lauk-pauk yang aku ambil. Jumlah keseluruhan untuk makanan kami berdua berjumlah 17 ringgit dan 30 sen! Pelik dan tidak masuk akal betul. Aku nak sahaja bertekak dengan tauke kedai makan tersebut. Tapi atas sebab orang ramai, dan juga suasana tauke kedai yang tidak mesra pengguna juga tahap kekuatan tuntutan tribunal pengguna yang tidak berapa “power” di negara kita. Aku batalkan niat.

Biasanya kalau mana-mana pelanggan bertekak dengan tauke kedai (baca: konteks Malaysia) pasti tauke kedai yang akan menang. Mana mungkin ada tauke kedai yang dermawan dan begitu prihatin dengan pelanggan-pelanggan mereka. Kejadian ini sering berlaku di depan mata aku. Ada pelanggan yang dimarah kembali oleh tauke kedai akibat hanya bertanyakan kenapa caj lauk-pauk yang dikenakan begitu mahal sedangkan lauk yang diambil tidaklah banyak. Ayat yang paling kerap dilontarkan…..

“Lu mau makan, lu makan…tak mau makan…lu carik kedai lain…banyak lagi customer lain!”

“Sekarang barang pun dah mahal-mahal der…minyak naik, sayur naik, gula naik, gas naik, masuk jamban pun caj dah naik…awak nak makan, awak ingat ini barang saya beli free ka?”

– – – – – – – – PPPftttttt – – – – – – – –

Seharusnya perkara ini tidak berlaku. Kenapa peniaga dan tauke-tauke kedai di RnR selalu cekik darah? Adakah dengan berniaga sedemikian rupa akan menjadikan mereka bertambah kaya atau adakah mereka perlu berbuat demikian kerana sewa kedai yang begitu tinggi? Entahlah…apa pun pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib. Harga yang mahal sepatutnya dibayar untuk perkhidmatan dan mutu kualiti makanan yang terbaik. Cukup rasa masinnya, pekat kuah masak lemaknya, segar-segar sayuran dan salad yang dihidang bukan seperti sekarang dengan kuah yang cair, masin pun tidak, manis pun tidak, sayur pula tidak berapa nak segar.

Bukan aku katakan kesemua pekedai di hentian RnR begitu. Tapi hakikatnya, dari perbuatan segelintir peniaga yang teruk itulah persepsi orang ramai akan berubah. Bak kata orang lama-lama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

p/s – Kalau ke RnR aku lebih suka makan bekalan yang dibawak dari rumah selepas dah terkena beberapa kali.


KISAH PERJALANAN RAJA SEHARI SYARIN & YANN

Sabtu 2 Januari 2011, genaplah seminggu aku dan pasangan menjadi suami dan isteri. Masih seperti tidak percaya tapi kami sedar akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Aku menulis entri ini adalah untuk menjadikan ianya satu memori indah buat kami, bakal anak-anak dan cucu cicit kami nanti. Sebuah perjalanan raja sehari aku dan isteri dan aku dedikasikan khas kepada isteri, keluarga dan sesiapa sahaja yang terlibat untuk majlis perkahwinan kami.

Jumaat, 24 Disember 2010.

Aku dan famili bergerak dari rumah terus ke Batu Pahat. Pulang ke kampung halaman ibu dan bapaku bagi mengadakan kenduri doa selamat untuk majlis ke esokkan harinya. Tiba pada jam 1 petang dan masih sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Kampung Linau Kecil. Alhamdullilah.

Di rumah nenek, sudah ramai saudara mara, mak cik, pak cik dan lain-lain sedang sibuk menjalankan kerja masing-masing. Kami disambut oleh nenek dan mak lang dan terus menjalankan kerja-kerja di dapur, memasak, mengopek bawang, membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain. Di depan pula kerja-kerja menggubah hantaran masih rancak dijalankan dengan bantuan Mak long akhirnya selesai juga.

Pada waktu malam majlis kenduri doa selamat akhirnya selamat dijalankan, tetapi sebelum majlis itu dijalankan aku sempat meminta mak ling untuk menyemak bacaan Al-Quran sementelahan pada majlis persandingan aku dan pasangan bakal khatam Quran. Pada keseluruhannya bacaanku Ok dan ada juga tajwid-tajwid yang perlu diperbetulkan. Tamat sahaja majlis kenduri, acara kemas-mengemas dijalankan aku tidur awal memandangkan pada esoknya perjalanan yang jauh bakal kami semua tempuhi.

Sabtu, 25 Disember 2010.

Perjalanan ke Kota Tinggi yang dijangka pada waktu pagi rupa-rupanya telah ditangguhkan ke waktu petang. Kami sekeluarga bersama pak cik dan mak cik berkonvoi ke Kota tinggi pada jam 1 petang dan akhirnya tiba di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi pada waktu petang. Kami dijamu dengan masakan kampung yang enak sekali. Ada ikan keli, sambal goreng, sayur campur tumis dan lain-lain. Sungguh menyelerakan! Sebelum tiba di kampung isteriku pada petang itu aku sempat singgah di butik andaman bagi mengambil baju nikah untuk majlis malamnya.

Usai makan dan perut pun sudah kenyang kami semua dipandu oleh Abang Ngah (Abang ke dua isteri) untuk ke rumahnya. Kami semua ditempatkan di rumah sementara dan ianya telah disediakan oleh keluarga isteriku dan rumah tersebut adalah rumah Abang Ngah sendiri. Pada dasarnya, rumah Abang Ngah akan menempatkan rombongan bagi keluarga sebelah ibuku manakala rumah Wak Ata bagi keluarga sebelah ayahku.  Secara keseluruhannya penginapan yang disediakan adalah amat memuaskan memandangkan rumah Abang Ngah adalah besar dan amat luas jadi untuk berebut-rebut menggunakan bilik air dan bilik untuk salin baju tidak akan menjadi masalah buat keluarga besar kami maklumlah lebih dari sepuluh keluarga yang menyertai rombongan menghantar pengantin!

Lewat petang tidak banyak perkara yang dilakukan. Cuma borak-borak kosong, dan bersiap-siap untuk acara malam ini. Akad nikah!

Jam 8:20 malam kami semua bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk upacara akad nikah. Lebih dari 10 kereta menuju ke rumah pengantin perempuan. Macam artis dan VVIP pulak rasanya! Jam 9 malam aku telah pun mengungkapkan akad nikah dengan sekali lafaz sambil disaksikan oleh ke dua orang tuaku. Aku dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi iaitu Ustaz Hisyam. Bermacam-macam rasa ada pada ketika itu, tetapi aku tetap bersyukur kerana orang yang aku sayangi kini sudah pun sah menjadi isteriku. Alhamdullilah! Malam itu majlis diteruskan dengan berinai dan berzanji yang dibaca oleh isteriku sendiri. Mendayu-dayu!

Suasana ketika berakad nikah

Ahad, 26 Disember 2010.

Pagi itu aku bangun awal dan bersiap-siap untuk menbeli sarapan pagi walaupun sebelum ini aku telah diberitahu sarapan mahupun makanan akan disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Pagi yang berkabus dan nyaman itu, aku dan ayah bergerak ke rumah Wak Ata. Saja bertanya khabar dan membeli sarapan pada masa yang sama.

Dipendekkan cerita, lebih kurang sejam di rumah Wak Ata, aku dan ayah pulang ke rumah bagi bersiap-siap untuk majlis khatam Quran pada jam 10 pagi. Tanpa lengah, aku bersiap dan bersama keluarga terus ke rumah pengantin perempuan untuk majlis tersebut. Lebih kurang sejam akhirnya majlis khatam telah pun berjalan dengan jayanya. Kami kemudian dijamu dengan makanan pagi sebelum bertolak ke rumah kembali untuk bersiap-siap bagi acara bersanding yang dijangka dijalankan pada jam 2 petang.

– – – – – – – – PPPPffttttttt – – – – – – – – –

Bersanding.

Jam 1:30 petang aku bertolak ke rumah bersanggah untuk di”mekap”. Tunggu punya tunggu akhirnya mak andam tiba. Aku dimekapkan dan akhirnya menjelmalah Raja Sehari! Dengan keris tersemat, tanjak dan pelbagai aksesori, aku dapat rasakan pada ketika itu sangat bergaya. Haha! Tidak lama kemudian aku diarak ke rumah pengantin perempuan.

Nak masuk ke rumah pengantin perempuan bukannya mudah. Ada 5 tol! Dari depan rumah sampai la kat depan pelamin. Mak Andam pun buat tol jugak! Nak tak nak, mahu tak mahu kena sediakan duit banyak-banyak! Berbekalkan Maman Hood dan Pak Lang, kombinasi mereja berdua berjaya mematahkan barisan pertahanan atau pun tol tersebut. Tapi, kopakla duit beb! Akhirnya, selepas melalui tol dan tol dan membayar wang bukak kipas kepada mak andam, aku dapat juga duduk di pelamin bertemankan sang isteri yang cantik sekali! Alhamdullilah.

Raja Sehari diarak

Tol pertama di depan rumah, ada 4 tol lagi seterusnya. Bayangkan!

Aksi Pak Lang (berserban) dan Maman Hood (berbaju batik) cuba “kowtim” tol, siap berpencak!

Nampaknya apa yang aku coretkan di sini bakal menjadi kenangan terindah buat aku seumur hidup. Mudah-mudahan perkahwinan ini diberkati oleh Allah S.W.T dan semoga aku dan isteri dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, cukup sifatnya, menuruti perintah Allah dan rasulnya dan mendengar kata kedua orang tuanya.

Di kesempatan ini juga aku mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ibu dan bapa ku kerana begitu banyak sumbangan dan pertolongan yang diberikan kepadaku untuk menjayakan majlis pernikahan dan perkahwinan ini. Aku juga nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik beradikku, angah & Zetidor, ame, iya dan min. Juga kepada pak cik dan mak cikku, Pak Long & Mak Long serta anak-anaknya (Abang Long Han dan keluarga, Kak Ija dan keluarga & Abang Emi & keluarga), Mak Ngah dan anaknya Abang Saril, Mak Lang dan Pak Lang, Maman Hood dan Mak Salmi, Pak Teh & Mak Teh sekeluarga serta Pak Ucu dan Mak Ucu sekeluarga. Tidak dilupakan juga kepada Wak Ata sekeluarga, Pak Cik Sidek dan keluarga, Mak Cik Isal dan keluarga dan lain-lainnya. Juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga isteriku dan orang-orang rewang Blok 2 Felda Sungai Mas, Kota Tinggi. Terima kasih.

Terima kasih dari kami

p/s – Cuti seminggu ni, aku dan isteri tak sempat pergi honeymoon lagi! Selasa 4 Januari dan mula kerja, isteri pula akan mengajar di UiTM Kampus Melaka pada Januari ini. Jarak jauhlah nampaknya…..


GEJALA GAY DI MALAYSIA

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali. Lihatlah kesan kemusnahan dan bencana alam yang ditinggalkann untuk renungan dan ingatan umat selepas itu.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya. Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu. Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Pertanyaan ini dilontarkan kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.

Di Malaysia, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground. Terbaru terdapat pengumuman yang dengan mengaku ” saya gay, saya ok” dari seorang melayu islam di Malaysia. Tidakkah ini membimbangkan?

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii. Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.

Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut.

Lihat bukti di bawah, gambar-gambar yang aku jumpe di blog ini, jadi aku tampalkannya di sini sebagai bukti bahawa gejala seks songsang ini semakin berleluasa di negara Malaysia ini.

p/s – Apalah musibah yang bakl menimpa kita akbiat dari budaya seks songsang ini?