Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Terkini

ORANG SINGAPORE KALAU KAT HIGHWAY….

Lions XII tewas di tangan Terengganu satu berbalas kosong. Ternyata, Lions XII tidak ke mana walaupun serangan bertali arus dilancarkan pada separuh masa pertama dan kedua. Babak kedua, Lions XII semakin jinak dan ramai pula pemain yang pancit dan kejang otot, Izwan Mahbud tidak terkecuali (baca; entah kenapa aku agak anti sedikit dengan GK Singapura ni, mungkin dalam banyak perlawanan sebelum ini yang membabitkan Malaysia, GK ini sering bernuat/berniat jahat kepada pemain-pemain Harimau Malaya dan juga sering “pura-pura” kejang otot, sakit kaki dan sewaktu dengannya demi melengahkan masa. Juga, beliau ini merupakan antara “pelakon” terbaik atas padang kerana begitu bijak bermelodrama di depan gawang gol sendiri).

Tahniah Terengganu. Walaupun yang menjaringkan gol adalah pemain import, Francis Doe tapi ia merupakan satu jaringan yang cantik dan padu terus ke sudut kiri gawang gol Singapura. Gol ini berjaya melenyapkan sedikit sebanyak keangkuhan ribuan penyokong Singapura yang tidak sudah-sudah mem”boo” pemain Terengganu setiap kali mereka pegang bola.

Tapi, adakah ini juga dapat melenyapkan keangkuhan orang Singapura ketika mereka memandu di atas jalan-jalan raya Malaysia (baca; terutamanya lebuhraya)? Aku biasa pulang ke kampung di Johor, jadi sudah tentulah kerap menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Setiap kali menggunakan lebuhraya itu, sudah pasti akan bertembung dengan kenderaan yang didaftarkan di Singapura. Mereka ini, kalau menggunakan lebuhraya PLUS, macam orang lupa diri. Bawak kereta sederas yang mungkin, selaju yang mungkin, sepantas yang mungkin hingga mengundang bahaya kepada pemandu dan pengguna lebuhraya yang lain. Paling menjengkelkan, sudah beberapa kali aku ternampak pemandu-pemandu dari Singapura ini sering menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan lain dan sudah tentulah memandu kenderaan mereka dengan amat laju ketika overtake untuk ke lorong kecemasan! Mereka tidak pernah menghormati undang-undang lebuhraya kita, apatah lagi pemandu-pemandu lain. Tahi.

Aku faham yang kenderaan mereka semua adalah kenderaan mewah. Super car. Sport Car. Hyper Car. Tak kanlah deme mau bawak slow? Tak gereklah bawak Ferari, tapi slow. Tak gempaklah bawak Audi tapi perlahan macam siput babi dan tak cunlah bawak Skyline tapi tak main lampu dari jauh! Dah alang-alang masuk highway Malaysia, tiga lane lagi….berdesuplah mereka. Kemaruk nak race gamaknya! Tapi, itu bukan alasan. Undang-undang tetap undang-undang dan mereka perlu patuh kepada undang-undang. Mahu lajupun, biarlah berpada dan jangan sampai memudaratkan orang lain!

Sudahlah memandu laju, buang sampah pula merata-rata. Apa kamu ingat highway Malaysia ni insenarator ke atau tempat pembuangan sampah? Minggu lepas, ketika aku mahu pulang ke kampung di Batu Pahat, dengan slumber badak beruk mat yeh, sebuah kereta Singapura membuang plastik sampah. Salah satu sampahnya melekap betul-betul di windscreen kereta aku. Sungguh kurang ajar. Dasar Kiasu! Inikah yang dikatakan rakyat Singapura peka dengan kebersihan dan berdisiplin? Atau adakah mereka peka dengan kebersihan di negara sendiri dan membuat kekotoran di negara orang? Perlakuan yang ditunjukkan oleh pemandu Singapura ini sama sekali tidak menyerlahkan mereka sebagai orang yang berdisiplin dan bersih. Mungkin di republik itu mereka patuh pada undang-undang. Tetapi apabila di Malaysia mereka bagaikan baru terlepas dari kandang dan tidak menghormati undang-undang negara ini.

Cis bedebah!

p/s – Kete ampa besaq, tu pun gomen ampa sapot. Ceh! Pui!

HARGA KAMBING MAHAL, KENDURI AKIKAH SUKSES!

Macam biasa bila tiba waktu malam terutamanya waktu malam yang panjang dan esoknya cuti pulak, mata aku memang susah nak terkatup rapat. Susah mahu tidur. Susah mahu lelap. Aku lebih rela untuk duduk depan tv,bukak rangkaian channel movies dan layan sampai Subuh. Lain dari tu, aku menulis. Ya, macam entri yang sedang kamu semua baca ni. Entri di awal pagi yang hening.

Biasalah, aku memang suka menulis di waktu pagi. Sunyi, senyap dan tenang. Tiada apa yang mengganggu. Mahu fikir lebih elok waktu-waktu begini. Mahu buat assignment pun lebih afdal dibuat waktu ini.

- – - – - – - – - PPPffftttttttttttttttt – - – - – - – - – -

Minggu lepas, Ahad malam Senin kenduri akikah anakku berjalan dengan lancar. Se-ekor kambing telah ditumbangkan di Batu Pahat, lagi se-ekor bakal disembelih di Kota Tinggi pula. Cukup dua ekor untuk anak lelaki bagi majlis akikah. Cerita pasal kambing, sekarang harga bagi se-ekor kambing memang mahal. Kambing yang aku beli adalah dari jenis biri-biri, bersaiz sederhana besar (baca; berat lepas di sembelih dapatlah sekitar 20kg lebih) berharga RM780 (baca; harga sebenar RM800, dapatla kurang 20 henggit). Kalau nak beli kambing, zaman sekarang ni jika tak ada RM700 dan ke atas tak payah nak borak lebih la. Kalau tahun-tahun sudah, terutamanya sekitar tahun 1990an ke tahun 2000, harga kambing jauh lebih murah. Mengikut cerita-cerita dari pak cik-pak cik aku, dulu se-ekor kambing hanya berharga RM200 nak murah dari tu pun ada!

Yang menghairankan aku, kenapa boleh terjadi begini? Kenapa harga barangan, produk dan services semakin lama, semakin mahal walhal dari sudut ekonominya negara sudah mencapai tahap sebagai sebuah negara yang berekonomi tinggi, berdaya saing dan maju? Perlukah dengan setiap kali naik tahun baru, harga barangan juga perlu dinaikkan? atau setiap kali gaji kakitangan Gomen dinaikkan, juga harga produk perlu dinaikkan? Jangan cakap pasal kambing je, harga-harga barang lain pun mencanak naik. Mas kahwin? HAHA. Tok sah cerita la kawan, kalau dalam bank setakat ada 10 riban, mak mertua tak kan layan punya!Kuih karipap bersaiz regular pun sudah naik harga, 50 sen sebiji. Apa cerita?

Ok, berbalik kepada kenduri akikah tadi (baca; bukan upacara “ritual” KEKAH yang selalu dilakukan oleh mat-mat rempit) sebenarnya diadakan bersekali dengan kenduri doa selamat bagi ibu, ayah, adik, nenek dan mak cik ku yang bakal berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah pada bulan Mac ini. Jadi, untuk program kenduri kali ini, satu kampung Linau Kecil, Bukit Pasir, Batu Pahat telah dijemput. Saudara-saudara jauh dan dekat juga dijemput, malah ada saudara jauh dari Kedah turut turun hadir ke kenduri ini, alangkah beruntungnya kami sekeluarga.

Apapun, semoga majlis kenduri tersebut mendapat rahmat dari Illahi. Juga semoga perjalanan ibu, bapa, adik, nenek dan mak cik ku yang bakal berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dipermudahkan segalanya.

p/s – Supply exceed demand? Demand exceed supply? The higher the price of a product, the less of it people would be prepared to buy of it. Jadi, apa kaitannya dengan kambing?

 

TEL AVIV BANDAR GAY TERBAIK DUNIA. BILALAH NEGARA NI NAK KENA PELINGKUP?

Dunia akhir zaman. Golongan gay di dunia kini ada tempat tersendiri yang bakal memenuhi selera hawa nafsu songsang mereka yang mereka boleh anggap “syurga” sementara bagi mereka di dunia. Sebuah tempat yang punya iklim sejuk dan dingin tetapi kerap kali bergelojak dengan ganas pada iklim politiknya.

Tel Aviv. Lihatlah pemandangan Tel Aviv di waktu malam. Lihat gambar di bawah  dan bandingkannya dengan bandar-bandar di Tebing Barat, Gaza dan lain-lain di dilam wilayah Palestin.

Tel Aviv

Ibu negara bagi negara haram Israel. Tel Aviv baru-baru ini memenangi anugerah Bandar Gay Terbaik dunia 2011, menumpaskan New York, Toronto dan London. Undian ini dikelolakan oleh American Airlines dan GayCities.com. Tel Aviv telah mendapat 43% undian mendahului New York yang hanya mendapat 14%, Toronto 7% dan tempat ke-empat dan ke-lima masing masing mendapat undian sebanyak 6% adalah Sao Paolo, 5% berkongsi kedudukan adalah London dan Madrid.  Tel Aviv telah lama menjadi syurga golongan gay dan merupakan antara sebilangan kecil kawasan di Asia Barat di mana individu homoseksual berasa bebas berjalan berpegangan tangan dan bercumbuan di khalayak ramai.

GayCities menyifatkan Tel Aviv sebagai, ‘the gay capital of the Middle East is exotic with a Mediterranean c’est la vie attitude’.

Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai begitu berbangga dengan pencapaian ini sambil menyatakan di ruangan facebooknya” Kemenangan ini telah menunjukkan Tel Aviv sebagai sebuah bandar/tempat yag menghormati kesaksamaan individu/gender yang membolehkan manusia hidup mengikut cara dan keinginan mereka sendiri”

Beliau juga menambah ” Inilah sebuah bandar di mana semua orang patut berbangga dengan gaya hidup mereka sendiri teutamanya golongan LGBT”

Gambar-gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang berlangsung di sekitar bandar Tel Aviv. Sebenarnya, pesta gay ini telahpun bermula sejak dari tahun 1998 dengan mengadakan pesta gay melalui pelbagai tema dan biasanya diakhiri dengan gay parade/perarakan gay. Empat tahun kemudian, sebuah website GayTLVguide.com mengesyorkan Rothschild Boulevard sebagai hab gay yang menempatkan beberapa kelab dan bar gay di situ. Seterusnya, jadilah ia seperti mana kini, sebuah bandar gay yang begitu indah sekali di mata golongan homoseksual ini.

Puiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!

Proud winner: Tel Aviv has topped a survey to find the most popular city destination for gay travellers

Mideast Israel Gay Tel Aviv

Mideast Israel Gay Tel Aviv

p/s -  Kalau ini cara, ada can negara Israel kena pelingkup macam negara kaum Lut A.S dulu dek kerana kaum Lut A.S hidup cara songsang. Senang sikit, tak payah susah-susah pejuang Hamas dok berperang guna roket A-l-Qassam. Hehe!

Sumber; Utusan Malaysia, Daily Mail Online

GONG XI FA CHAI. XINNIAN KUAI LE!!

Gong Xi Fa Chai! Ini tahun, tahun naga meh! Esok malam boleh makan yee sang!

Aku, lecturer dan Khaliff akan pulang ke Batu Pahat (baca; kampung nenek aku). Ada misi. Mahu sembelih kambing untuk akikah si Khaliff. Cuti umum memang terbaik. Aku cuti, kau cuti, kalian pun cuti. Haha!

Seronoknya!

Cuti straight empat hari beb! Minggu depan ada hari wilayah, cuti lagi. Minggu depan satu lagi ada Maulud Nabi dan Hari Wesak, pun cuti lagi! Hahaha! Heaven! Heaven! Heaven!

Apapun, GONG XI FA CHAI! XINNIAN KUAI LE!

p/s- Setahun ada 365 hari. Sabtu, Ahad kita cuti, 2 hari x 48 minggu = 96 hari

Cuti Umum ada 15 hari (baca; dikira secara kasar)

Cuti Tahunan ada 25 hari…

Cuti sakit ada 16 hari

Jumlah cuti setahun: 152 hari cuti.

       Jumlah heaven setahun: 152 HEAVEN!!!!!

   XOXOXOX!!!

PTPTN BIKIN AKU SAKIT PERUT DAN SERABUT.

Malam-malam (baca; pagi-pagi buta) begini aku masih tak mampu nak lelapkan mata. Dua perkara yang bikin aku susah. Sakit perut dan hutang. Aku sudah 2,3 kali masuk keluar toilet melepaskan hajat. Cis, ni semua gara-gara makanan di pasar malam yang aku beli petang tadi. Naya!

Hutang. Ya. Hutang! Bilalah akan berakhir…Ini penyebab keduanya.

Hutang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Bukan sekadar hutang wang ringgit dengan bank atau sesama manusia tetapi ada yang berhutang janji, hutang kerja, hutang belajar, hutang ibadat dan macam-macam lagi. Tetapi dalam banyak perkara hutang, isu hutang duit yang mendapat perhatian. Hutang wang dapat dikesan oleh BNM yang akhirnya mereka diisytiharkan muflis. Hutang wang sama ada hutang dengan bank, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mara dan pelbagai lagi memang menyusahkan kehidupan. Akibat kegagalan membayar hutang, ramai yang disenarai hitam. Mereka dihalang meminjam wang bagi urusan lebih penting termasuk membeli rumah atau ingin ke luar negara.

PTPTN. Aku berhutang. Kau berhutang. Kalian juga berhutang dengan PTPTN. PTPTN sinonim dengan budak-budak muda macam aku, kau dan kalian. Bagi aku, PTPTN macam satu penggalak hutang kepada budak-budak muda terutamanya budak U YANG BARU NAK KENAL DUNIA. Belum grad, sudah berhutang. Mahu langsai hutang, makan masa yang lama, 10 tahun? 12 tahun? mungkin 15 tahun? Mungkin sudah beranak pinak pun belum langsai lagi. Jalan penyelesaian? Bayar atau, tak payah bayar?

Entah. Sakit perut aku memikirkannya.

p/s -  Kalau convert jadi biasiswa ok jugak. Atau kalau Kerajaan sedia ada tak mahu hapuskan hutang PTPTN, apakata buat begini. Jika pelajar yang meminjam lulus dengan cemerlang DENGAN 1st Class Honours boleh convert jadi biasiswa, jadikan tajaan. Jika cuma dapat 2nd Class Upper, pinjaman dikurangkan kepada 70%. Jika 2nd Class Lower, 50% dan begitulah seterusnya. Janganlah hanya diberi kepada pelajar yang membuat pinjaman selepas 1 Januari 2010 sahaja. Bagaimana dengan kami, mereka dan kalian yang mendapat/membuat pinjaman lebih awal dari itu sedangkan kami semua lulus dengan cemerlang dengan mendapat kepujian kelas pertama atau setaraf? Tak kan mahu dikecualikan? Dengan maklumat terkini dari FOMCA yang menyatakan seramai 41 orang belia diisytihar muflis setiap hari, 1,086 penjawat awam diisytihar muflis tahun lalu wajar perkara PTPTN INI DIBERI PERHATIAN SEPENUHNYA OLEH PIHAK BERWAJIB. SILA AMBIL SERIUS DAN PERTIMBANGKAN!

SETERESSSS!!

Seteressss kat pejabat. Balik rumah, on ITunes. Baca buku. Lagi best! Macam dapat ubat kuat!

p/s- Go go Power Rangers!!!!

LIGA BOLA TEMPATAN DAH TAK BOSAN..AKU PUN ADA TEMAN!

Malam-malam aku dah tak kesorangan lagi bila menonton bola sepak. Khaliff akan temankan. Entah kenapa anak aku yang sorang ni kadang-kadang agak payah nak tidur malam. Dia tak merengek, tak jugak menangis…cuma kadang-kadang macam agak gelisah. Tapi ada ubatnya. Bukak TV, bukak channel Astro Arena 801 dan layan bola sepak Liga Super Malaysia. Itu saja ubatnya dan Khaliff akan duduk diam, hanya memerhati peti telivisyen dengan penuh ghairah.

Melihat “orang-orang” kerdil di dalam peti berwarna yang asik berlari ke sana ke mari membuatkan Khaliff amat gembira. Aku tahu, dia suka bola dan aku pasti aku tak kan sunyi bila nak stay up malam-malam atau pagi-pagi buta hanya untuk tengok bola. Oh ya! Khaliff baru 3 bulan dan kakinya kuat menendang! Aku rasa budak ni esok ada potensi jadik pemain kebangsaan Malaysia dalam jangka masa dua puluh tahun lagi dan bawak nama negara ke Piala Dunia dan kali ini, pasti ada buku “Cerita Malaysia Sudah Ke Piala Dunia” yang ditulis oleh anak kepada Lucious Maximus pengarang kepada buku “Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia”!

Bila aku memerhatikan kehangatan Liga Super Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai “Astro Liga Super Malaysia” (baca; ditaja oleh Astro) boleh dikatakan mutu permainan agak meningkat sedikit berbanding musim-musim dahulu kala (baca; purbakala, boleh dikatakan zaman kejatuhan bola sepak Malaysia). Corak permainan lebih pantas dan laju dan aku juga agak terhibur dengan permainan mereka. Memanglah jika mahu dibuat perbandingan dengan Liga Inggeris umpama jauh panggang dari api, tapi sekurang-kurangnya liga bola sepak tempatan sudah ada menunjukkan improvisasi.

Boleh juga diperkatakan sokongan dari peminat-peminat bola sepak tanah air juga semakin ramai meningkat. Lihat sahaja di setiap perlawanan, jumlah penonton yang akan hadir ke stadium agak ramai dan aku masih teringat lagi semasa Piala Sumbangsih yang lalu melibatkan pertemuan antara Negeri Sembilan dan Kelantan, Lebuhraya PLUS dari Seremban hingga ke KL dipenuhi oleh peminat skuad Hobin Jang Hobin! yang mahu mara ke Stadium Bukit Jalil untuk memberikan sokongan kepada skuad mereka. Begitu juga pertemuan antara Selangor dan Negeri Sembila baru-baru ini, Lebuhraya PLUS dipenuhi pula oleh penyokong skuad Merah-Kuning. Peminat tempatan sekarang lebih yakin untuk menyokong skuad kesayangan mereka dan kadang-kala perbualan di pejabat, kedai-kedai kopi dan lain-lain tempat pun berkisar dengan Liga Malaysia. Bukankah ini satu yang ajaib dan menyeronokkan?

Sebenarnya keyakinan yang datang di dalam sanubari peminat ini bukan datang secara tiba-tiba . Ini ditunjukkan dengan penampilan yang bergaya skuad bola sepak negara di persada antarabangsa malah skuad negara berjaya mengekalkan ibu segala emas Sukan Sea pada tahun lepas yang menambahkan keyakinan peminat tempatan untuk menyokong Harimau Malaya. Apapun, aku rasa bola sepak Malaysia akan kembali bersinar macam dulu-dulu di waktu zaman kegemilangan Allahyarham Mokhtar  Dahari.

p/s – Aku sokong N9 musim ni walaupun aku orang Selangor! HAHA!

JAM TIGA PAGI…

Entah macam mana aku tertidur di depan pintu bilik, itupun setelah dikejutkan oleh si lecturer. Aku terpisat-pisat bangun dan mencuci muka. Oleh kerana aku belum Isya’ lagi maka aku tunaikannya. Aku terus cuba mengingat kembali kenapa aku boleh terlelap di pintu bilik. Ceritanya begini.

Malam tadi macam biasalah Astro Warna Saluran 132 dibuka dan ditonton. Raja Lawak 6 dah bermula dan masih dihostkan pengacara gila-gilanya, JOZAN. Ok, harapan aku agak tinggi untuk musim Raja Lawak yang baru ni, iyalah sudah 6 musim dan selepas disajikan dengan Maharaja Lawak Mega yang dijuarai oleh Osbon aku telah menetapkan standard yang tinggi di dalam benak minda. Hanya lawak yang betul-betul “pandai” dan jujur sahaja aku akan gelak selain dari itu, aku boh layan!

Hasil dari mutu dan kualiti lawak yang dihasilkan dari Maharaja Lawak Mega yang lalu memang terkesan dan malam tadi aku langsung tak berupaya untuk bergelak ketawa. Tiada satupun persembahan yang mampu membuatkan aku untuk bergelak besar apatah lagi gelak hingga mengeluarkan air mata. Tiada! Rata-rata peserta seperti tiada bakat untuk melawak secara semulajadi. Lawak yang terhasil macam dibuat-buat dan dipaksa-paksa. Jadi gelak-gelak yang terhasil oleh live audience juga mungkin dibuat-buat atau dipaksa-paksa oleh Floor Manager di Pentas Raja Lawak tu.

Patutnya, peserta mesti lebih matang. Lihat sahaja mutu semasa awal-awal persembahan Raja Lawak 5 lagi-lagi si Nazmi “Aku lupa” terus dah kelakar dan buat usus perut macamm nak tercabut. Apa yang pasti standard untuk melawak dah semakin tinggi. Lawak bodoh dah tak de. Lawak zaman sekarang perlu research, perlu banyak baca, perlukan latihan yang berulang kali dan perlukan satu aksi spontan yang menghiburkan hati bukan menyakitkan. Ya…mahu buat lawak bukan perkara yang mudah, ianya lebih sukar dari menyanyi yang hanya perlu berdiri di atas pantas dan menghafal lirik lagu dan melodinya dan oleh sebab itulah kajian itu perlu sebelum membuat lawak! Aku tahu mereka semua amatur. Tapi, kamon….inikan zaman internet. Jujurnya, aku hampa. Oleh kerana kehampaan yang begitu tinggi, aku membawa diri.

Ambil buku dan bantal. Bukak kipas dan baring depan pintu. Akhirnya tertidur.

Takpe. Aku masih bagi peluang sebab mereka ini amatur. Banyak yang kena belajar.

- — – - – - – - – - PPPfttttttttttttttt – - – - – - – - – - – - -

Aku ada satu teori tentang program realiti. Mahu berjaya, niat perlu suci dan tulus. Kenapa? Cuba tengok budak-budak program realiti (baca; musim awal-boleh dikira musim 1 hingga musim 3) yang menang (baca:walaupun dapat tempat ketiga atau naib johhan) mereka boleh dikatakan berjaya di dalam industri seni dan tidak terikat hanya pada satu bidang sahaja malah lebih dari itu (baca; pengacaraan, berlakon, deejay radio dan sewaktu dengannya). Ini kerana niat mereka betul! Masa awal-awal ditanya kenapa mahu masuk program? Jawabnya ringkas, mahu ubah nasib keluarga dan bantu keluarga. Tapi, kalau sekarang ditanya. Jawabnya, mahu jadi popular! Nawaitu tu pun dah salah. Bila dah menang, tak jadi apa pun. Haha. Ini teori aku. Tapi, macam betul jugak kan? 

p/s – Malam-malam layan bola dah tak kesorangan! Si Khaliff yang dah 3 bulan tu dah pandai tengok bola jugak! Oh ya! Jam tiga pagi, aku masih menulis!

DSAI BEBAS 901….

DSAI sudah menang perbicaraan. Ada suka. Ada juga duka. Ramai yang gembira dengan keputusan ini, tapi ada juga yang mencemuh dan mengkritik. Dengarnyaya si Sepol akan cuba merayu bagi kes ini di Mahkamh Rayuan, kita lihat nanti apa ceritanya. Mahkamah Malaysia masih telus, itu yang pasti. Apa yang penting jalan raya masih lancar seperti biasa pagi tadi, mujur aku tak kelewatan ke pejabat.

Ada pengajaran di sebalik kes besar ini. Harap-harap semuanya belajar tidak kira penyokong mahupun yang tidak. Jangan jadi seperti si dungu pula. Keputusan ini hanya di mahkamah dunia cuma. Mahkamah akhirat, itu esok punya cerita. Hukuman, azab dunia dan hukuman, azab akhirat jauh jurangnya. Bagai bumi dengan langit. Azab dunia ada pengakhirannya, azab akhirat tidak akan berakhir. Jadi bagi siapapun yang menang (baca; atau yang kalah) tidak bermaksud kamu terlepas dengan azab akhirat.

Aku ada khabar gembira hari ini, Ayahku sudah selamat dibedah. Sudah sedar dan bolehh bercakap. Syukur. Anakku pula agak “kerasan” di rumah baby sitternya. Juga syukur Alhamdullilah. Esok dan dua minggu seterusnya audit dalam akan buat kerja (baca; kacau) di pejabatku. Biarlah mereka buat kerja. Aku tak ganggu mereka, cuma mereka yang menganggu aku! Cis!

p/s -  Menonton wayang dunia yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon berkaliber! Politik  Malaysia bagaikan satu pentas melodrama yang penuh hiburan mencuit hati! Apapun gua dah tak sabar nak pangkah undi ni beb! Haha!

TERCEPIT DICELAH KEGILAAN!

Kota kotor Kuala Lumpur menantiku esok hari. Aku pula tidak pernah menunggunya. Tapi itulah dia Kuala Lumpur. Dipenuhi sekalian umat yang berpusu-pusu mencari rezeki yang sesen cuma. Macam aku. Macam kalian. Oh!!

Minggu ini minggu yang paling S.H.I.L.A.K.A. Kenapa? Dipenuhi dengan pelbahai bebanan dan entah apa-apa lagi ujian yang menimpa. Tiba-tiba sahaja Audit dalam mahu datang kacau line pada hari Selasa. Esok pagi-pagi pulak ada bengkel merepek dan esok jugak ayahku bakal dibedah. Jadi antara famili dan kerjaya mana satu pilihannya? Sudah tentu keluarga! Masalahnya, sudah tentu aku tidak mendapat pelepasan untuk melihat orang tuaku. Kini aku tercepit dicelah kegilaan!

Juga esok hari, adalah hari pertama dan juga percubaan bagi anakku untuk diletakkan di rumah baby sitter buat kali pertama!

Harapnya semuanya akan berjalan dengan baik-baik sahaja.

p/s – Cis!

KLISE SINETRON INDONESIA

Sumpah aku tak suka sinetron Indonesia, lagi-lagi kalau melibatkan percintaan budak sekolah SMU yang gadisnya berskirt pendek dan lelakinya mekap tebal macam gei. Kenapa? Sebabnya mudah. Siri dramanya yang panjang dan membosankan dan tahukah kamu sinetron ni ada banyak persamaannya dan persamaan-persamaan inilah yang membuatkan aku bosan dan benci untuk menontonnya. Selalunya adegan-adegan yang berlaku pula macam tak masuk dek akal dan kadang-kadang macam tak logik pulak!

Adegan tampar-menampar yang disusuli dengan menangis, berlari ke bilik, carut-carutan umpama menegakkan benang yang basah antara orang yang bertengkar. Si bapa menampar si ibu, si balak menempeleng si awek dan begitulah seterusnya. Selalunya ia akan diiringi dengan muzik “yang konon-kononnya suspen” dan jangan lupa di saat muzik dimainkan, kamera akan berulang kali fokus kepada pelakon. Aku dapat rasakan semua sinetron begitu. Bukankah ianya membosankan?

Kebiasannya apabila adegan tampar-menampar dan tempeleng-menempeleng ini berlanjutan maka bermulalah pula drama air mata. Jika kamu perasan, setiap episod drama sinetron ini pasti ada adegan menangis! Tak keterlaluan juga untuk aku katakan bahawa setiap sinetron pasti ada drama air matanya! Tak percaya? Cuba tonton.

Sinetron tak akan lari dari siri drama yang panjang dan berlarutan. Kadang-kadang siri dramanya akan makan tahun juga untuk menamatkannya, walaupun ada ketika siri tersebut seolah-olah sudah boleh ditamatkan. Bukankah ini juga membosankan?

Antara konsep garapan cerita yang sering dimainkan atau menjadi isu utama adalah cerita berebut harta pusaka atau harta pusaka tersebut jatuh pada anak atau cucu yang sudah lama hilang atau rebutan kekuasaan di dalam perniagaan atau berebut anak di antara keluarga. Kalau latar belakang penceritaannya adalah masih bersekolah sudah pasti jalan ceritanya adalah berebut boifren dan gurlfren. Kebiasaannya pula, yang merebut gurlfren atau orang yang popular di sekolah pasti anaknya adalah seorang yang miskin atau baru sahaja masuk pindah ke sekolah tersebut (baca; macam mana orang yang miskin boleh masuk sekolah elite yang pastinya memerlukan pembiayaan yang besar). Kemudian, yang merebut tersebut pastinya akan merasan bangga dengan kejayaan itu dan akan dicemburui oleh mereka yang lain-lain. Biasanya yang memenangi hati gurlfren dan boifren tu, mestilah seorang anak yang terkenal dan adalah anak kepada Pengetua Sekolah/empunya sekolah/ Ketua PIBG.

Orang kaya selalunya jadi orang jahat. Mata yang galak dengan renungan tajam macam helang. Jahat dan macam gampang! Selalu buat orang sakit hati dengan niat untuk menjatuhkan orang di pihak yang baik. Orang baik pula selalunya miskin, hidup melarat, dungu dan bodoh. Selalu sahaja dibohong, ditipu dan dihelah dengan macam-macam cara. Orang baik pula selalunya mesti tidak dapat bantuan dari peguam. Bila minta tolong pada polis pula selalu usahanya gagal dan tidak membuahkan hasil. Tapi bila orang jahat minta bantuan polis, sekelip mata polis sampai dan terus berpihak kepada orang jahat dan apa yang selalu berlaku bila ada adegan menuntut harta oleh orang baik pasti peguam akan disogok untuk menghalangnya dengan pelbagai cara, contohnya diberikan duit yang banyak. Sebagai akibatnya, orang baik tadi habis hartanya diambil, dihalau dan dicemuh dan bisanya lagi orang baik hanya mampu berdoa menadah tangan dengan ayat begini…

“Ya Allah…tolonglah hambamu ini”…..sambil menangis dan bercucuran air mata di bawah hujan yang lebat.

Dari sudut kepintaran IQ pula, orang baik pastinya memiliki IQ yang rendah dan agak kurang pintar. Mungkin bodoh, mungkin goblok.  Orang jahat, sekalipun masih budak kecil yang baru mengenal erti hidup jauh memiliki IQ yang tinggi dan idea-idea jahatnya untuk menjatuhkan orang baik selalunya bernas dan menjadi! Pelikkan?

Sinetron tak kan lari dari kisah sedih. Kisah sedihnya macam berpanjangan. Orang baik selalunya menderita panjang dan jika berlaku kemalangan atau kecelakaan pastinya akan menimpa bertubi-tubi. Contoh.

“Seorang bisnesman yang berjaya kemudian ditipu (baca; padahal seorang peniaga yang berpengaruh, berpengalaman tapi senang-senang je ditipu?). Kemudian jatuh sakit, bila nak mendapatkan rawatan terus tiada duit (baca; padahal bekas CEO syarikat, pelik pula bila tak de duit). Bila dah sehat, perniagaan pula dirampas entah macam mana, terus hilang jawatan, hilang harta dan hilang segalanya. Terus cari kerja, dapatlah kerja jadik kuli. Tidur pula entah di mana-mana, kadang kat bawah pokok, kadang di tepi kedai. Lepas tu datang pula sahabat yang muncul tiba-tiba untuk membantu. Begitulah hidupnya terus menerus….”

Kekadang walau dimana sekalipun orang baik bersembunyi, pasti akan ketemu balik juga. Macamla Indonesia tu kecik, padahal ada 13000 buah pulau wei! Bila jalan cerita nak selesai pula, ada je halangan yang menimpa. Macam tak nak bagi cerita habis je. Contoh.

“Orang baik akan jadik lumpuh dan tak boleh nak cakap. Lepas tu bila berjalan ke luar pula entah macam mana ada pulak kereta datang melanggar orang baik tadi (baca; di bawa dengan Wheel Chair ke taman permainan/di bawa berjalan di sekitar kejiranan). Habis koma! Bila kebah dari koma, di bela pula oleh seorang isteri yang jahat, entah macam mana pulak boleh jatuh bergolek dari tangga. Terus jatuh koma balik. Bila koma, di bawa ke hospital pulak untuk rawatan. Di hospital, tiba-tiba ada pulak penculik datang nak menculik orang baik tadi….dan begitulah hinggalah jalan cerita menjadi tepu, buntu dan tak logik macam tak de penghujung. Merapek!”

Ok, bab penyakit pulak. Antara penyakit yang biasa melanda (baca; mungkin boleh dipanggil epidemik) adalah kanser otak. Kalau batuk-batuk pula terus akan keluar darah dan kesan dari itu ada pula penyakit kronik yang lain. Kadang-kadang ada juga penyakit yang disebabkan oleh terperanjat apabila mendengar berita-berita yang pelik. Bila terkejut, terus jatuh kemudian datang pula Stroke+Lumpuh yang menyebabkan jalan cerita tak akan selesai sampai bila-bila.

Oh ya, aku terlupa satu lagi hal. Budak-budak sekolahnya akan ke sekolah dengan menaiki/memandu sekurang-kurangnya kereta Honda Jazz dan paling mahal sekali adalah BMW atau Merscedez! Kasut sekolah pula, janagn cerita. Macam-macam kaler, macam-macam brand!

Ha! Itulah dia persamaan-persamaan yang ada dala sinetron. Meloyakan dan memualkan.

Tapi, ada satu lagi persamaan yang bisa buat kamu si teruna di luar sana berdarah hidung. Bak kata seorang temanku yang baru sahaja membuat komen untuk entri ini, Derperadol (bukan nama sebenar, yang sudahpun berkahwin dan punya anak satu) berkata…

“Tapi cewek-ceweknya cun dan seksi banget deh!”

p/s – Lepas ni aku buat pasal K-POP pulak! Padan muka!

KHALIFF SUDAH DISCHARGE!

Khaliff sudah pulang ke rumah setelah bermalam 3 hari di Hospital Kajang akibat Bronchilitis. Aku gembira, lecturer juga gembira hingga menitiskan air mata. Atuk dan neneknya bukan main hepi sekali. Uncle dan auntienya juga begitu. Buyut dan nyainya sudah pun gerak dari kampung di Batu Pahat dan Kota Tinggi untuk datang ke sini melawatnya.

Khaliff moga lebih sihat selepas ini ya sayang.

Dari daddy dan mummy!

p/s -  Hilang seksa!

Cerita sebelumnya sila klik di sini

KENIKMATAN DI SUBUH HARI

Pukul enam pagi handset murah aku dah melalak. Alarm yang aku setkan adalah lagu “Like A G6″ dari kumpulan Hip-Hop campuran Amerika-Asia, Far East Movement. Cis! Gampang! Tak pernah-pernah aku setkan lagu Hip-Hop untuk kejutkan aku bangun Subuh. Usai Subuh, aku berteleku sementara sambil memerhatikan dunia luar yang masih gelap. Angin kuat juga seolah-olah macam berada di Genting Highland. Awan yang berkumpul tebal menguatkan telahan aku yang hari ini mungkin akan hujan. Ok! Silakan, tak payah aku basuh kereta…

Ada semacam satu perasaan yang kurang selesa menerjah. Oh! Mungkin aku risaukan Khaliff agaknya..capai handset Nokia murah aku dan terus dail lecturer (baca; isteri aku, dan mungkin selepas ini aku akan bahasakan isteri aku sebagai lecturer di entri-entri akan datang. Oh ya! kenapa panggil lecturer? Mungkin bila-bila aku akan ceritakan)

Truttt…trrutt….

Truuttt….Trruttt…(baca; ini bukan bunyi perut kosong ok!)

“Hello, salam…tido lagi? Khaliff macam mana?”

“Khaliff ok, cuma panas sket…pagi tadi jam 4 am nurse cek suhu naik 37.3″

“Alamak demam lagi ke, tak jelum-jelumkan dia”

“Dah buat dah…tadi je panas, dia kan kalau malam-malam memang macam nak demam je…tapi skang dah ok, tido nyenyak pun”

“Oh…tak pe lah, biarlah dia tido…”

Oleh kerana baru jam enam pagi, aku pun suruh lecturer tido. Sebelum meletakkan fon aku ucapkan..

“Tahun lepas macam ni, kita bersandingkan?”

“A’aah….”

Jawab lecturer ringkas. Aku tahu, hatinya masih sebak mengenangkan Khaliff yang masih belum nak berapa ok. Setelah habis perbualan, aku masih berasa kurang selesa. Ok, pergi dapur dan capai gelas. Aku tuangkan air jarang dan teguknya. Hilang haus dan rasa sedikit segar.

“Fuhh….apsal masih rasa kurang best ni, ish!”

Aku pura-pura buat ok dan buang perasaan tak best jauh-jauh. Buat kemas-kemas rak buku aku yang sudah penuh tu dan dalam masa kemas-kemas aku terjumpa satu alat yang mungkin juga dapat menyetelkan masalah aku pagi ni!

“Ahhhh…”

“Ahhh……..”

Stim dibuatnya.  Bagaikan menimbulkan satu eraksi yang sensasi. Mata mengecil dan hanya kenikmatan yang dapat dirasakan. Jujur aku katakan inilah perkara yang mampu membendung kegelisahan setiap umat manusia. Cari port gelap dan masukkan sahaja ke lubangnya! Sumpah nikmat!

Hasilnya, dua batang cotton buds berjaya mengeluarkan “emas-emas” tulen 24k dengan jayanya!

Selesai masalah! Aku mahu jogging! Eh, hujan….jogging atas katil la jawabnya!

p/s – Oh! double meaning ke? Korang jangan pikir aku main sex doll pula.

 

PERKAHWINAN SEJENIS (GAY) SEMAKIN POPULAR; RAKYAT MALAYSIA TIDAK TERKECUALI

Apabila dunia semakin maju dengan pelbagai macam teknologi nampaknya moral manusia semakin merudum jatuh ke bawah. Jangan kata soal keruntuhan moral, akhlak dan seks bebas di kalangan lelaki dan perempuan malah seks songsang semakin berleluasa. Walaupun isu Ariff Alfian Rosli dah lama diberitakan di dada-dada akhbar, isu paderi Ou Yan Weng Feng yang berkahwin sejenis di Amerika dan mahu menjalankan resepsi di Malaysia sudah lama basi di laman web, blog dan lain-lain media, namun aku merasa begitu terpanggil untuk menulis hal ini. Hal perkahwinan sejenis. Hal Gay. Hal LGBT.

Gay? Apabenda gay tu?

Kecik-kecik dulu, bila bebudak sekolah aku yang sama gender (baca; jantina) berpegang tangan beriringan ke toilet atau ke kantin kami semua dok pakat panggil gay! Padahal dalam kepala otak budak yang baru darjah 5 masa tu tak tau apabenda pun gay tu dan gay bukan setakat itu (baca; berpegang tangan) ia lebih dari itu. Kadang-kadang kecanggihan teknologi tidak mengiringi moral manusia di mana apabila manusia semakin maju, berdaya saing, materialistik, hidup tidak bercampur orang, individualistik dan lain-lain “tik” ianya bakal menjadikan manusia bertindak menggunakan akal fikiran logik sahaja tanpa berpandukan lain-lain medium (baca; agama, budaya dan adat) dan aku jamin medium-medium ini menentang seks songsang dan hubungan sejenis 500%!

Isu seks songsang yang begitu jarang didengar pada tahun-tahun 70an-90an kini semakin popular apabila ada sahaja “Front” atau penggerak yang menunjangi perjuangan seks songsang ini dan mempopularkan perkahwinan sejenis pula! Secara dasarnya perkahwianan sejenis ini boleh diertikatakan sebagai perkahwinan dengan pasangan yang mempunyai biologi seks atau sosial gender yang sama. Jadi, apa rasionalnya berkahwin sejenis antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan? Jika lelaki mana mahu ditujah, sedangkan kedua-duanya ada benda yang sama, pedang yang sama! Mahu ikut belakang? Budus! Bukankah lebih elok lalu sahaja ikut jalan depan dengan cara yang sah dengan jantina yang berlawanan. Bukankah lebih elok? Bukankah lebih stim!?

Perkahwinan seks sejenis yang dipopularkan pada tahun 2001 (baca; zaman 2000 ke atas adalah zaman millenium, di mana zaman ini kecanggihan teknologi semakin mantap apabila inovasi dan lain-lain pembangunan giat dijalankan…malahan pada zaman ini banyak kajian nanoteknologi dan bioteknologi mula diperkenalkan) di beberapa negara sebagai contohnya Argentina, Belgium, Kanada, Iceland, Netherland, Norway, Portugal, Spain, Afrika Selatan dan Sweeden. Beberapa negeri di Amerika dan Mexico City turut mengiktiraf perkahwinan sejenis tetapi peruntukan undang-undang ini hanya tertakluk di negeri masing-masing sahaja tidak secara total negara tersebut. Ada juga negara yang tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis di negaranya akan tetapi mengiktiraf perkahwinan tersebut jika ianya dilakukan di tempat/negara lain sebagai contohnya Israel, Negara Kepulauan Carribean, beberapa negeri di Amerika dan kesemua negeri di Mexico. Australia pula hanya mengiktiraf perkahwinan sejenis ini hanya apabila salah satu pasangan yang berkahwin menukar jantina.

Malaysia tidak terkecuali dengan hal ini dan sudahpun ada golongan LGBT (baca; Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) yang berani bersuara untuk menegakkan “hak” mereka. Juga aku agak terkejut apabila Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Muhamad Zaman Khan menyatakan bahawa ramai golongan muda lelaki melayu terjebak dengan seks songsang beberapa hari yang lalu! Kes-kes sebegini semamangnya menggusarkan rakyat Malaysia yang masih lagi berpegang utuh dengan agama dan adat resam ketimuran yang kuat. Juga jika dahulu pengamal seks songsang ini akan melakukan aktiviti mereka secara sorok-sorok, kini tidak lagi dan ada daripada mreka tidak segan silu mahu menunjukkan pasangan gay mereka kepada umum! Malah kelab-kelab gay di alam maya semakin banyak tumbuh dan berkembang biak manakala kelab-kelab gay yang sebenar semakin berlambak di luar sana! Kes berat ini umpama barah/kanser di peringkat awal dan jika ianya tidak dibendung barah tersebut akan semakin melarat dan boleh mengakibatkan nasib yang buruk di kemudian hari! Sudah lupakah dengan kisah kaum Lut satu ketika dahulu, bagaimana pula dengan kisah runtuhnya kota Pompei di Rom? Sudah alpakah kita semua?

Dari pengamatan aku, LGBT di Malaysia sedang berada di dalam gelombang kebangkitan. Dengan pelbagai hujah seperti kerana kasih sayang, keadilan, toleransi, hak asasi manusia yang ditafsir secara melencong, golongan ini boleh mempengaruhi ramai di kalangan umat Islam yang boleh bersimpati, bahkan terjebak ke dalam gejala negatif ini serta bangga dengan perlakuan mereka. Manakan tidak, dengan promosi Seksualiti Merdeka sedikit masa dahulu, resepsi perkahwinan sejenis seorang paderi di tanah air setelah melangsungkan perkahwinan di New York, Amerika serta yang terbaru Ariff Alfian yang berkahwin sejenis dengan seorang lelaki di Dublin, Ireland. Ini semua menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sedang diancam dengan sejenis penyakit yang wabaknya amat sukar dibendung! 

File - In this June 20, 2008 file photo, the Reverend Dr. Jane Spahr, left, a Presbyterian minister, performs a same-sex marriage for Sherrie Holmes, center, and Sara Taylor, at the Marin Civic Center in San Rafael, Calif. A Roman Catholic church in San Francisco that canceled a series of pre-Christmas services featuring gay ministers from other denominations is being criticized for sending a negative message to its predominantly gay and lesbian congregation. Pastor Steve Meriwether of Most Holy Redeemer Church late last month rescinded the invitations he had extended to Spahr and two other ministers at the direction of San Francisco Archbishop George Niederauer, the San Francisco Chronicle reported Friday, Dec. 23, 2011. (AP Photo/Eric Risberg, File)

Seorang paderi mengahwinkan pasangan sejenis (sekadar gambar hiasan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ariff Alfian yang bertanjak dan masih mengaku islam dan kononya akan mengekalkan keislamannya hingga akhir hayat sedang mencium pasangannya di majlis perkahwinan mereka di Dublin, Ireland. Memalukan sungguh Ariff! (juga sekadar gambar hiasan)

p/s – Kembalilah kepada norma hidup yang asal! Lebih baik kao maen pelacur dari kao jadik gei!

KHALIFF KEMBALI PULIH

Alhamdullilah. Aku bersyukur apabila melihat keletah anakku Khaliff yang semakin sehat dan kembali pulih seperti sedia kala. Dia kembali aktif dan tidak lagi pasif, malah alat bantuan oksigen yang digunakan untuk bernafas juga sudah ditanggalkan. Khaliff sudah mula hendak bermain, semakin bersungguh menyepak, menendang dan menolak-nolak tangan dan kakinya dan sudah pandai hendak senyum-senyum semula! Terutamanya dengan doktor-doktor perempuan pelatih muda! Tak padan dengan kecik anak aku ni. Tapi dalam kegembiraan tersebut, ada juga sedikit kerisauan di sudut hati kami berdua. Batuk dan kahaknya tidak pula kebah. Masih sama lagi dan kadang-kala apabila Khaliff batuk, seolah-olah batuknya tidak lepas. Tapi, walaubagaimanapun keadaannya semakin pulih. Itu yang penting.

Sebenarnya awal pagi tadi (baca; sekitar jam 1 pagi dan 4 pagi tanggal 25 Disember 2011) aku mendapat khabar kurang enak dari isteri bahawa Khaliff demam. Suhunya mencapai sekitar 38′ celcius! Gila panas! Aku amat risau hingga tidak mampu melelapkan mata, tapi mujur dengan tindakan pantas isteri dengan melakukan rawatan awal dengan menjelumnya menggunakan air sejuk, menyapukan mukanya dan memberikannya  air zam-zam demamnya semakin kurang dan hilang terus! Lega hati kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan bapaku yang tidak jemu dan tidak putus-putus memberikan khidmat nasihat untuk melakukan rawatan awal kepada Khaliff, maklumlah orang tua lebih pengalamannnya…jadi pengalaman ini telahpun diberikan kepada kami untuk digunapakai kepada Khaliff. Sokongan padu dari keluarga amatlah penting ketika ini, kerana dengan adanya sokongan yang kuat dari segi moral, wang dan juga lain-lain ianya sedikit sebanyak memberikan kekuatan yang tersendiri dalam menangani masalah-masalah kritikal sebegini. Ramai yang datang melawat Khaliff termasuklah pakcik- dan makcik ku sendiri.

Esok, aku mendapat info bahawa Khaliff akan diberi rawatan Chest Physio dan pada masa yang sama kahaknya yang bersarang di paru-paru akan disedut secara paksa. Sakit? Memang sakit, tapi demi kebaikkan dan kesihatannya…terpaksa juga dilakukan. Mudah-mudahan selamat dan yang penting adalah lagi khabar gembira untuk kami semua esok.

p/s – Esok discharge! Yahooo!!! Amin….Diam tak diam dah 3 hari juga Khaliff ditahan di wad.

Kisah sebelumnya, klik sini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers