Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

DUYUNG ARIDINATA ATAU DUGONG ARIDINATA?

Sudah beberapa kali aku terpandang dan terlihat iklan-iklan pendek berkaitan drama siri terbaru yang bakal muncul (sudah ditayangkan) di TV3. Konsepnya agak lain sedikit dan lari dari tipikal drama Melayu-Melaya-Meloya yang klise seperti kebiasaan. Mungkin kerana pengambaran dan sinematigrafinya yang dibuat di dasar laut (kolam renang tepi banglo), jauh dari bangunan yang tinggi, rumah agam yang besar, kereta BMW, Mersc yang mewah-mewah, tiada juga cerita mengenai kontrak berjuta-juta yang menjadi rebutan si polan dan si polan, tiada juga mengenai tikam belakang berebutkan harta ayah yang bakal mati. Tetapi, jika perkara-perkara yang aku sebutkan tadi muncul juga, apa boleh buat…itulah drama melayu, Malaysia, drama kita, cerita kita!

Aku tidak berapa berminat untuk menonton drama sebenarnya kerana waktu malam aku dihabiskan dengan drama-drama dari saluran Nat Geo, Discovery atau paling tidak pun aku akan menonton movie dari saluran 411-413 di astro atau bergelak ketawa di saluran 132. Kebiasaanya juga aku lebih kerap membaca buku di bilik, buku-buku sosial, buku tentang Malaysia, buku tentang bibiliografi dan sains politik dan ini adalah jauh lebih baik dari menonton drama yang berkisar tentang perebutan harta dan perniagaan sambil pelakon wanitanya kelihatan dimekap tebal! Nonsense! Mengarut dan entah apa-apa! apatah lagi jika drama itu meleret-leret dan lembab jalan ceritanya (kebiasaanya kita sudah tahu ayat atau dialog yang bakal diungkapkan oleh pelakon atau kita dapat jangka babak yang bakal berlaku selepas itu). Aku bukan dari bidang seni, juga tidak mengambil jurusan seni..tetapi aku suka untuk mengkritik, kritik pada pandangan yang positif dan lebih membina. Bukan kritik kosong! Sewajarnya, drama seperti (Duyung Aridinata) ini seharusnya diberikan pujian kerana sedikit lari dari konsep asal drama Melayu. Sama juga dengan cerita kependekaran seperti Arjuna. Tetapi aku lebih teringat akan drama Keris Hitam Bersepuh Emas…memang terbaik!

Sedikit sinopsis mengenai kisah Duyung Aridinata.

SEBELUM ini kita pernah menonton filem Splash lakonan Daryl Hannah, Duyung (Maya Karin) serta siri popular Filipina, Dyesebel di saluran Astro. Seringkali kisah sebegitu memaparkan percintaan antara makhluk ikan separuh manusia (perempuan) dengan lelaki normal. Namun, dalam siri terbaru Duyung Aridinata arahan Adam Hamid, kisah percintaan antara duyung lelaki dan gadis biasa pula ditonjolkan.

Ia antara lain mengisahkan perjalanan seekor duyung lelaki, Aridinata yang dikurniakan kaki untuk hidup di daratan dan mencari pasangan cintanya. Aridinata yang bertukar menjadi manusia biasa akhirnya berjaya menemui cintanya selepas bekerja di sebuah pusat peranginan, Hening Beach Resort. Namun tidak semudah itu dia menempuh kehidupan baru yang sangat mencabar kerana pelbagai konflik timbul.

Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Productions itu bakal menemui anda menerusi slot Lagenda di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang bermula 12 Julai nanti. Ia dibintangi tiga teraju utamanya iaitu Zack X-Factor (Putera Aridinata) Natasha Hudson (Puteri Antartinka) dan Fasha Sandha (Cleo). Pelakon lain adalah Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin. Drama ini menjalani penggambaran di lokasi utama sekitar Pulau Lang Tengah, Terengganu dan Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur. Kisah bermula dengan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair.

Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.

p/s – Ada ke duyung dalam dunia ni? Dugong adala…tak mahu ke buat cerita mengenai dugong? Dugong Aridinata…..

11 responses

  1. apsal lelaki lak jadi duyong? patong betul la…

    Julai 12, 2010 at 2:02 pm

    • APAHAL PULAK KATER CAM TU??????????????????????????? ❤

      Ogos 14, 2010 at 6:29 am

  2. silap.. bukan patong.. potong da…

    Julai 12, 2010 at 2:02 pm

  3. desperadol

    info terkini: sotong paul juga akan menjadi pelakon jemputan bagi siri duyung adinata episod ke 13. nantikan kemunculannya!!!

    Julai 13, 2010 at 1:52 am

    • faerrin

      yoyo je kao ni desperadol!!! hahahahahah

      Julai 15, 2010 at 11:44 am

  4. Erin

    Ala,sesekali-sekala tgk lelaki jd duyung. Semoga cite nie sukses. Arjuna pun myb best. Lain dr cite aksi yg lain. Latar zaman dulu. Unsur kemelayuan ditonjolkan.
    Anyways, mmg betul la cerita Melayu mmg ada babak yg dia ckp. That’s Y, cerita bosan.

    Julai 15, 2010 at 6:34 am

  5. kekekoko

    ok la tu………..,hensem be dia…tengok badan dia yang tough tu…eeeeeeeeeeeeeeee,,gerammm

    Julai 22, 2010 at 10:54 am

    • faerrin

      ape keheinye ni yob?

      Julai 22, 2010 at 11:59 am

  6. Marla Singer

    cerita duyung gay yang menyebabkan aku pendarahan otak.

    Ogos 12, 2010 at 9:45 am

    • faerrin

      HAHAHAHA….aku setuju jugak ngan statement kao tu bro!

      Ogos 12, 2010 at 11:01 am

  7. Siti Fairous

    hurmm suasana dalam laut nampak menarik.. tapi jalan citer dia kurang cikit la… x boleh masuk dgn jiwa aku hehe..
    p/s: terpikir juga.. camana dia berenang eh.. x lepas kew? hehe ( @_+)

    Ogos 17, 2010 at 11:32 am

Tinggalkan komen