Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT YAHUDI DI MALAYSIA

Aku seperti ingin mengetahui adakah masyarakat Yahudi tinggal di Malaysia. Hasil dari perasaan ingin tahu tersebut dan pencarian maklumat di beberapa kedai-kedai buku dan juga di Internet, aku telah mendapat maklumat yang terang lagikan bersuluh. Memang ada masyarakat Yahudi yang tinggal di Malaysia! Di sini, aku coretkan sedikit maklumat tentang sejarah kewujudan masyarakat Yahudi di Malaysia. Entri aku akhir-akhir ini banyak tentang mereka (Yahudi, Israel, Zionisme dan lain-lain, aku ingin tegaskan entri-entri itu bukan untuk menyanjung mereka tetapi sebagai info kepada kamu-kamu di luar sana untuk menegenali mereka, sikap mereka, dan siapa mereka itu) Sesunggunya Yahudi adalah kaum yang laknat! (Bagi mereka yang mengamalkan ajaran Zionisme). KALAU ADA TERSALAH INFO, SILA MAKLUM KEMBALI PADA AKU. Aku insan yang lemah!

Orang Yahudi Malaysia adalah sebuah istilah yang dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka dapat dijumpa di tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka. Orang Yahudi Malaysia kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari Kaifeng, China, sewaktu pengambil alihan Komunis pada tanah besar China dari Chin Nasionalist pada 1949.

Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Malaya (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula di sekitar kurun ke 9 yang bermula di Lembah Bujang dan kemudiannya pada kurun ke 18 di Bazaar Kosmopolitan di Malaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Penang kemungkinan besar berlaku adalah disebabkan kemajuan perniagaan dan perdangangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke 19. Keadaan ini telah mempengaruhi saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara beramai-ramai pada skala yang besar Yahudi dari Empayar Uthmaniah dari Provinis Baghdad ketika pemerintahan Daud Pasha dari tahun 1817-1831.

Yahudi yang pertama telah tiba dan mendiami Malaya adalah Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau telah berhijrah dari Baghdad dan tiba di Malaya pada tahun 1895. Menurut sumber, Manasseh mengamalkan kehidupan dan budaya Yahudi selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Yang Pertama. Ketika itu, bilangan populasi masyarakat Yahudi yang berhijrah dan mendiami Malaya semakin meningkat.  Ketika Jepun menyerang Malaya, masyarakat Yahudi telah dipindahkan ke Singapura dan sebilangan telah dibunuh dan dikebumikan ketika pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura. Selepas penjajahan Jepun, majoriti masyarakat Yahudi Malaya telah berhijrah ke Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1963 hanya terdapat sekitar 20 keluarga yang tinggal di Malaysia.

Rumah ibadat Yahudi (Synagogue) di Penang terletak di Jalan Nagore telah ditutup pada tahun 1976. Penutupan ini adalah disebabkan masyarakat Yahudi yang pada ketika itu tidak dapat melakukan ibadat Minyan, di mana terdapat seramai 10 orang lelaki berkumpul untuk beribadat secara beramai-ramai.  Kini, dianggarkan terdapat 100 orang Yahudi di Malaysia dan kebanyakkan mereka adalah pelarian dari Russia. Kebanyakkan dari mereka telah berhijrah ke negara lain disebabkan oleh semangat Anti-Semetik yang kuat dan polisi anti-israel yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang bermula sejak tahun 1970.

Jalan Yahudi (Jew Road) di Penang dimana terdapat majoriti masyarakat Yahudi yang mendiami kawasan tersebut telah ditukarkan nama kepada Jalan Zainal Abidin. Keadaan ini telah menyebabkan entiti Yahudi yang ada hilang. Kini legasi yang tinggal dari masyarkat Yahudi di Malaysia hanya Tanah Perkuburan Yahudi dan Rumah Ibadat Synagoggue yang tidak digunakan lagi.

Keturunan masyarakat Yahudi Malaysia yang tinggal kini menetap di Singapura, Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat (terutamanya di New York) dan bilangan populasi mereka sehingga kini tidak diketahui. Majoriti masyarakat Yahudi Malaysia berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga ada juga yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa Yiddish, Parsi, Hebrew dan juga Bahasa Arab.

Tanah Perkuburan Yahudi di Penang telah diwujudkan pada tahun 1805 dan adalah dipercayai merupakan tanah perkuburan Yahudi yang tertua di Malaysia. Ianya berukuran 38,087 kaki persegi dan terletak di Jalan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Yahudi). Jalan ini merupak jalan kecil yang terletak di antara Jalan Burmah dan Jalan Macalister di Geroge Town. Kubur tertua bertarikh 9 Julai 1805 yang juga dipercayai kubur tertua di Tanah Perkuburan Yahudi itu. Kubur yang dimiliki oleh Puan Shoshan Levi. Dianggarkan terdapat 106 buah kubur dan kubur yang paling baru dibina adalah pada tahun 1978. Boleh dikatakan, tanah perkuburan ini dibina khusus untuk maysarakat Yahudi di sini. Walllahu’ A lam.

p/s – Tak sangka, rupa-rupanya ada juga keturunan Yahudi kat Malaysia ni.

38 responses

  1. aku ade tengok dokumentari pasal yahudi kat malaysia ni 2-3 tahun lepas.

    tapi dalam dokumentari tu cakap ade lg keluarga jews ni kat malaysia & paling bnyk kat penang.

    oleh disebabkan diorang punye Synagogue dah tak de kat msia, kalau diorang nak buat upacara bar @ bat mitzvah , kawin atau apa2 upacara keagamaan, diorang kene pegi spore

    ko perasan tak dekat segamat ade satu bangunan yang ade simbol star of david?

    Jun 9, 2010 at 1:50 pm

    • faerrin

      ada perasan gak…

      so, maknanya ada jugak jew kat segamat? eh, area mana tu ye??

      Jun 9, 2010 at 1:59 pm

  2. antara ade jews kat sgmt ataupun diorang pernah tinggal kat sana.

    dekat shell yg dkt area bus stand tu

    Jun 9, 2010 at 2:00 pm

    • faerrin

      ok, aku ingat..aku pasti tak mustahil jews pernah tinngal kat sana, pasal masa perang jepun, dorang kena dipindahkan ke singapore, dan di segamat ada stesen ketapi, tak mustahil dorang pernah transit seketika kat sana..

      ini sekadar teori aku,.

      Jun 9, 2010 at 2:10 pm

  3. mungkin betul jugak. ye la, org zaman dulu selalu berkelana

    Jun 9, 2010 at 2:52 pm

  4. semasa saya di khusus sejarah,anjuran sekolah menengah raja ali di KL.mereka ada menceritakan tentang 2 sejarah,satu pasal THE STORY OF HITLER,dan Penempatan Tentang Masyarakat YAHUDI Di Malaysia. Tapi saya tak tahu ianya ada di p.pinang. yang di ceritakan di johor. tapi walau apa pun,masyarakat yahudi dulu lain dari sekarang. kewujudan di p.pinang tidak boleh dijadikan hujah untuk kita percaya sama ada mereka berkelakuan baik atau tidak.

    Baiklah sekiranya mereka menggunakan alasan sejarah, maka kita akan menilai sejarah pula secara objektif berdasarkan kebenaran sejarah semata-mata tanpa ada sebarang kepentingan puak, bangsa atau agama tertentu. Palestin dan baitul Maqdis khususnya sudah wujud sebagai pusat tamaddun tertua di dunia. jauh sebelum kehadiran Nabi Ibrahim AS yang sama-sama diperakui oleh umat Islam, Kristian dan Yahudi sampai ke Baitul Maqdis (atau Urshalem – nama lamanya), sudah ada penduduk asal dari keturunan Kanaan. Mereka inilah nenek moyang penduduk bumiputera palestin pada hari ini. Di samping mereka disertai pula oleh kaum Filistin dan juga Phonecean dari pulau-pulau yang berselerak di laut Aegean dan Mediterranean. Mereka telah membina penempatan tidak kurang dari 10,000 tahun yang silam. Kemudian datang pula kaum-kaum yang mempunyai gagasan imperialisme seperti Assiria dan Babilonia yang datang melakukan pembantaian dan perhambaan ke atas penduduk Baitul Maqdis. Ini bererti kaum Yahudi yang dikaitkan sebagai keturunan Nabi Yaakub (atau Israel) adalah kaum pendatang. Mereka telah berjaya memakmurkan bumi Baitul Maqdis di bawah kepimpinan beberapa orang Nabi seperti Nabi Daud dan Sulaiman AS. Namun mereka juga seperti umat yang terdahulu melakukan pelbagai kezaliman dan kerosakan sehingga mereka dihancurkan oleh musuh sebanyak dua kali dalam sejarah – bahkan peristiwa kehancuran ini disebut di dalam al-Quran dan kitab perjanjian baru (Bible) serta disahkan oleh fakta sejarah. Apabila berlaku kehancuran kedua di tangan empayar Rum, orang yahudi tidak dibenrakan menetap di Baitul maqdis selama lebih kurang 700 tahun. Senario ini berubah apabila Baitul Maqdis di ambil alih oleh kerajaan islam di bawah pimpinan Khalifah Umar al-Khattab. Umar telah mengistiharkan kota Baitul maqdis sebagai kota terbuka yang mana setiap jiwa akan dijamin keselamatannya tanpa mengira bangsa dan agama. tempat-tempat ibadah dijamin keselamatan oleh pihak pemerintah/khalifah. Inilah yang dinamakan al-Uhda al-Ummuriyah (Dekalarsai Keamanan Umar). Senario ini berterusan sehingglah pecahnya Perang salib 400 tahun kemudian. Sebagaimana yang disaksikan oleh sejarah tentera salib telah membunuh umat Islam, yahudi dan juga Kristian unitarian (yang memperakui Tuhan yang satu). Keadaan kembali aman setelah salahuddin mengambil alih Baitul Maqdis dari tentera salib. baitul maqdis sekali lagi menjadi kota keamaan terbuka dan bebas diziarahi oleh sesiapa. Begitulah keadaan terus berlangsung sehingga berdiri pula entiti haram israel pada tahun 1948. Kini sekali lagi penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian menjadi mangsa keganasan dan cauvinis yahudi zionis.

    so saya nak dunia melihat bagaimana kekejaman zionis. kalau sekarang mereka masih tinggal di malaysia,mungkin sekarang mereka tiada lagi,mungkin dibunuh atau di seksa. selamat malaysia tiada ikatan dengan israel.

    bro saya suka story kamu. boleh kita chat tentang sejarah? saya suka berkongsi pendapat. jika mahu add saya di facebook. emel:ejadkl@ymail.com

    Julai 1, 2010 at 12:15 am

    • faerrin

      salam bro..tak de masalah..

      trimas atas info yang diberikan..ade jugak terbaca mengenai hal ini.

      Julai 1, 2010 at 10:04 am

    • bagus ulasan saudara…fakta yang amat meyakinkan. Teruskan usaha jika ada isu yang berkaitan..

      Februari 14, 2014 at 8:58 am

  5. usin

    aku percaya yahudi malaysia masih wujud lagi!!kalo sesape nk bunuh yahudi, ajak aku sekali!!
    “khoibar2!!khoibar ya yahud, khaisyu muhammad soufa ya’ud!!

    Mac 11, 2011 at 3:38 am

    • BNT

      Membunuh dosa besar saudara!

      Yahudi bukan semua laknat oke. Yang kite menentang tu Zionist, bukan Yahudi! Spt org Islam bukan semua terroris!

      November 14, 2011 at 7:02 pm

  6. usin

    pembetulan..
    -khoibar khoibar ya yahudd!! jaishu Muhammad saufa ya ‘ud ” !!!

    Mac 11, 2011 at 3:42 am

  7. sepul

    pembetulan..
    -khoibar khoibar ya yahudd!! jaishu Muhammad saufa ya ‘ud ” !!!

    Mac 11, 2011 at 3:44 am

  8. Kunap

    Zionis dgn yahudi sama sahaja.. Tiada bezanya. Selagi yg brbangsa yahudi, mrk tak akn suka dgn org yg bragama islam dn kristian.. Mari kita bunuh orang yahudi!!

    Januari 8, 2012 at 1:18 am

  9. saif

    Apa la bodoh sangat. Rasulullah pun tak bunuh orang yahudi macam semut. Nabi Musa, Isa, Yaakob, Yusof,Sulaiman, Daud dan Nabi lain2 tu keturunan apa?

    Tau tak kat negeri Arab pun masih ramai orang yahudi.?

    Yahudi merujuk kaum Bani Israel yang beragama Yahudi. Dah tu bukan semua Zionis. Ada pula yang beriman.

    Satu lagi, orang Islam perlu tunjuk contoh baik.Tunjuk good repo yang baik pada mata dunia. Kita nak seru mereka pada Islam. Pakai bunuh je, padanlah semua takut dengan islam.
    Nak perang sekarang, komform kalah, akan abis semua 1.2 Bilion Muslim lenyap…nak salah sape? tak habis khaibar2 …kita menang pun sebab kesilapan mereka dan pertolongan Allah, bukan kekuatan sendiri.

    Allah takkan tolong kaum yang bodoh lagi zalim. Ingat tu bukan semua Muslim tu betul2 beriman. Mengikut2 adat je. Kita pun mungkin dihukum Allah.

    Januari 11, 2012 at 4:31 pm

    • Tp itu sebelum turun ayat yahudi dan nasrani tidak akan redho kpd mu wahai muhammad sehingga kamu mengikuti mereka,rokok buatan yahudi pun org islam masih hisap xpayah lah nk cakap nk perang sedangkan yahudi pencipta arak dan rokok pn xpernah menghisap dan meminumnya yahudi

      April 5, 2012 at 3:23 am

    • Ape pula maksud tuhan dalam ayat berbunyi begini”yahudi dan nasrani tidak akan redho kpd mu wahai muhammad sehingga kamu mengikuti mereka”,rokok buatan yahudi pun org islam masih hisap xpayah lah nk cakap nk perang sedangkan yahudi pencipta arak dan rokok pn xpernah menghisap dan meminumnya yahudi

      April 5, 2012 at 3:25 am

    • rafiqah

      bijak2..sokong sungguh kat saif..

      November 9, 2012 at 9:21 am

  10. ([-_-])

    dan mereka yahudi masih menjajah kita tanpa kita sedari, lihat lah pada mata wang kita, wang kertas RM1, duit syiling 10sen terbaru, sistem sekular (politik,ekonomi,sosial di pisahkan dengan agama),kehidupan hedonisme (kelab malam,konsert,islamic fashion show?…& etc..),propaganda (teknik fitnah yahudi turun-temurun),spekulasi naik turun harga yang sebenarnya memang tidak berlaku (diada-adakan) & mungkin banyak lagi saya tidak tahu…sekian…~

    April 24, 2012 at 4:10 pm

  11. nabil1996

    “Orang yahudi dan nasrani(kristian) tidak sesekali akan bersutuju atau suka padamu (wahai muhammad) sehingga kamu menuruti agama mereka.” -surah al-baqarah,ayat 120-

    Jun 15, 2012 at 1:34 pm

  12. ganu

    so,apa pdangan u all tntg ayat al quran di atas dgn yahudi yg di bicarakan???

    Jun 29, 2012 at 1:48 pm

  13. tasauf

    jangan ikut telunjuk yahudi…walaupun tidak haram…

    Julai 16, 2012 at 7:56 pm

  14. salam, kita perlu tahu tentang yahudi ni atas faktor future yg sgt penting, dajjal bakal disokong dan diikuti ole 70ribu yahudi dari isfahan. fitnah dajjal amat dasyat. oleh itu penting bagi kita ambil tahu tentang yahudi, zionis, pendokong mereka seperti freemason, bohemian, illuminati, rotary club, lions dan banyak lagi unsur agar dapat kita sama sama hindari fitnah ini seterusnya menyelamatkan anak anak kita yang bakal hidup dalam era fitnah dajjal yg amat dasyat ini. kita perlu bersatu hati bukan bertelagah tentang info ini. insyaAllah

    Ogos 7, 2012 at 3:00 am

    • kure2

      g faceb0ok/britaharian skrng…tengah brperang 2

      Ogos 11, 2012 at 10:45 pm

  15. abdullah syuffian

    yahudi tu akal diorng ialah akal yang paling bijak kt bumi yang allah cipte, sbb tu lah diorng susah nk dikalah kn. walau pon bilangan diorng dalam dunia ni sikit but diorng berusaha dengan bersungguh2 bagi mengkuasai dunie. klu kita nk berjaya jugak kite pon kene berusaha. ikot contoh diorng berfikir tapi jangan ikot semuenye, cume cara diorng berfikir tu je. amerike yang besar tu pon diorng leh control. sampai leh buat obama tu pon nk musnah kan islam. satu lagi jangan minat sangat nk pegi melancong ke amerike ngan singapore sebab tu semue plantar zionis. insyaallah kite dipelihara sebab amerike sedang menghantar armada diorang ke singapore. jadi jangan melancong ke singapore sebab kalu diorang kaye sekejap je kite akan lenyap! ingat jangan terlalu taksub dengan kawasan pelancongan yang dijadikan sebagai plantar zionis seperti singapore

    Ogos 10, 2012 at 6:39 am

    • artsabrisalleh@yahoo.com

      ya betul singapore dah di jadi kan port yahudi bagi Asia. dajal dah wujud . yg membunuh orang islam sekarang adalah dajal .kita tak perlu nak tunggu yg mata satu atau yg tak ada mata datang sembeleh kita. sekarang kita kena sedar betul betul . sebab munkin dlm politik kita pun yahudi dah masuk.perhatikan betul betul.90 persen perlembagaan kita british punya .termasuk undang undang.dan islam tak leh nak suka hati buat dakwah . ada saja halangan. siapa yg halang tu? dan ustaz tak leh pandai pandai nak cakap pasal usuluddin kat tv nanti kena ban. hanya boleh cakap pasal nikah kawin, najis kecil dan najis besar , cara menhormati orang lain. sampai kutbah benda yg sama. tak ada unsur perjuangan untuk bangsa islam dan ummah serta pembetulan akidah.dan kita di arah kan pulun bahasa orang putih nanti ketinggalan zaman. tapi tak di usul pulun bahasa arab supaya kita paham intisari alquran. sedang kan Hitler pun ikut quran bunuh yahudi. ingat lah wahai sahabat, tiada beza antara kita dan bangsa yg lain, mereka pun ada hati kaki dan tangan, ada fikiran. tapi yg membeza kan islam dan mereka adalah iman,kalau kita orang islam tak punya iman maka serupa lah yahudi atau bangsa yg seakan dng nya.dunia ni dah singkat umur harap harap kita boleh bersama memperjuang kan sesuatu untuk agama.bangsa dan tanah air.percaya lah akan datang Malaysia dan tanah jawa akan menjadi bukti,menghukum yahudi laknat baca lah sejarah asal usul kita.dunia ini bangun dengan hasil emas kita yg di rampas sejak pemerintahan british. dan bangsa lain.sama ada di tanah jawa malaysia philipin, thailand sulu.kita mempunyai trillion ton emas,dan di rampas oleh mereka untuk membangun kan sistem bank dunia. spt hsbc. barclay bank ubs bank. rothchild bank.negara mereka kaya kita yg susah. kita hanya di beri pegang sijil emas yg di keluar kan oleh bank mereka tapi emas dah hilang di guna kan mereka. mcm mana kita nak claim, ini yg ter jadi pd indonesia dan negara lain nya.Harta harta ini di bawa oleh alim ulama dari keturunan Rasullallah ke tanah melayu, untuk kegunaan ummah dan agama.sila rujuk pd cerita sunan gunung jati,dan asset pagar ruyung serta asset kerajaan sulu.ini ada bukti pada safe keeping resit yg di keluar oleh bank.setelah pihak pihak mendesak supaya harta harta ini dikembali kan mereka dah kelam kabut , tengok saja obama.nak datang sini nak gi indon.di halang dia h panas sebab harta ini ada sumpahan dan dia cuba nak buat sesuatu dng barang ni.Dan apabila harta harta ini timbul maka kuasa di tangan kita iaitu orang melayu islam,maka dengan mudah dan kita dapat membantu palestine dan membunuh yahudi dng cara kita.sila rujuk lost tribe yahudi.lost tribe ada lah melayu yg terpisah di bumi MALAYSIA , adalah asal keturunan bani israel yg di cari cari , kerana bangsa melayu lah yg akan memmbunuh yahudi ini ada dlm kitab kuno yahudi.sebab orang arab tak kan dpt melaku kan dan orang barat lebih lagi , jadi SIAPA? KALAU BUKAN KITA. jadi tugas ini termaktub ,sebab itu lah para wali banyak di tanah jawi untuk bersama kita , melaku kan perjuangan. dan kita bersedia berjuang.berserta niat displin , keyakinan , semangat, sebab kita lah bakal mewaris perjuangan Rsullallah S.A.W , yg berdiri sebagai khalifah moden. kita takkan mati jadi bangkai.BUKTI DAH HAMPIR TIBA TUNGGU,,,DAN LIHAT, note coretan ini tidak kena mengena yg hidup atau pun mati ia didasar kan pada fakta atau falak.serta analisis persendirian,melalui makrifat, suluk dan lain lain yg di kira relevan , thank for all. my email artsabrisalleh @yahoo.com

      Disember 1, 2013 at 8:35 pm

  16. AYAH JIB

    kerana yahudi…umat islam nk bergaduh….. mmg btul yahudi ni manusia yg bijak ngn akal…. sejauh mana bijaknya akal….tidak dpt nk melawan al quran dan sunnah……

    Ogos 15, 2012 at 6:03 pm

  17. syafiq

    lebih baik kita ssma umat tingkatkn amal ibadat kita dr kita mbuat ssuatu yg merugikan diri kita sdiri..sdiri..sdiri..psiapkn dri dgn amal ibadat bru lah kita lihat mereka ini dgn pengajaran untuk pbaiki apa yg kurang..

    September 19, 2012 at 4:45 pm

  18. Zev

    Assalamualaikum…

    Saya antara yang mengkaji Yahudi di Malaysia, ada yang masih kekal dalam agama Yahudi mereka dan ada juga yang beragama Islam tetapi masih mengekalkan jati diri sebagai bangsa Yahudi. Boleh la hubungi saya jika mahu mengetahui lebih lanjut lagi mengenai bangsa Yahudi di Malaysia.

    Oktober 19, 2012 at 2:03 am

    • Art

      Ini jawapan poya ,ya Islam tak suka Yahudi quran verse 5.82 Jews will be the greatest enemy of Islam and yes i’m a Malaysian Jew ,tengah nak saman kerajan Malaysia,police ,Tengku Rozidar ,Tengku Azman ,Usj summit management ,KTMB ,Harian Metro ,Ahmad Jaffar.Long live Israel !.Art.

      Oktober 26, 2012 at 2:59 pm

  19. Zev

    Al-Maidah : 83
    “You will surely find the most intense of the people in animosity toward the believers [to be] the Jews and those who associate others with Allah ; and you will find the nearest of them in affection to the believers those who say, “We are Christians.” That is because among them are priests and monks and because they are not arrogant.”

    “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”

    Oktober 31, 2012 at 8:09 am

  20. Zev

    Errata: (Maaf, ayat di atas adalah dari Al-Maidah : 82 dan bukannya dari ayat 83)

    Apa yang Allah firmankan di dalam Quran itu adalah benar, jadi semua orang Muslim beriman dengan setiap wahyu Allah di dalam Quran ini walaupun ayat 82 dari surah Al-Maidah ini. Banyak juga ayat-ayat dari Tanakh (Perjanjian Lama) yang membenci satu-satu kaum malahan berkewajiban membunuh kaum-kaum tesebut seperti kewajiban membunuh kaum Amalek.

    Walau bagaimanapun, ayat 82 di atas bukan bermaksud 100% orang Yahudi yang memusuhi Islam, ada juga segelintir kecil yang tidak seperti demikian. Malahan saya ada menemui mereka di alam siber ini. Dan bukan 100% orang Nasrani (Kristian) yang “dekat dan kasih mesra” dengan orang-orang Muslim, ada sebilangan juga dari kalangan penganut Nasrani yang benci kepada orang-orang Muslim

    Janganlah saling membenci antara satu sama lain. Rasulullah S.A.W juga menghormati orang Yahudi, baginda pernah berhenti seketika dari berjalan ketika jenazah seorang Yahudi lalu di hadapan baginda. Malahan baginda ada juga bersedekah makanan setiap hari pada seorang Yahudi yang buta. Yang menjadikan kita saling benci-membenci kerana kita fokus kepada satu-satu cerita dan fakta.

    Oktober 31, 2012 at 8:20 am

    • Mohamad.Razali Bin Mohd.Isa

      MEMANG BENAR, DI MALAYSIA MEMANG ADA ORANG YAHUDI, SEBAGAI BUKTI ADANYA ORANG YAHUDI DI MALAYSIA ADALAH TERDAPATNYA KUBUR ORANG YAHUDI DI JALAN BURMA DAN DIANGGAR LEBIH KURANG LIMA PULUH KUBUR BERADA DI SANA DAN MENURUT CERITA MEREKA MERANTAU UNTUK MENCARI AGAMA YANG BERGUNA UNTUK MEREKA KERJAKAN TETAPI USIA MEREKA TERLALU TUA DAN TAK DAPAT UNTUK MENERUSKAN CITA CITANYA, MAKA MEREKA PUN MATI DI MALAYSIA DAN MASIH TERDAPAT HINGGA SEKARANG, ADA SEBUAH RUMAH CINA DI PULAU PINANG MASIH MENJAGA ALAT ALAT SEMBAHYANG MEREKA.

      Disember 7, 2012 at 5:21 pm

  21. Mohamad.Razali Bin Mohd.Isa

    Bentuk kubur orang Yahudi seperti bentuk Piramit. Inilah apa yang telah saya lihat sendiri disana. Yang menyebabkan saya kesana adalah, saya membawa pelancung dari Amerika seramai tujuh orang, tiba tiba dia bertanya dimana kubur orang Yahudi diPulau Pinang ini, dan saya berpura pura bertanya macam mana kamu tahu di Malaysia ada Kubur Yahudi. Mereka menyatakan keturunan mereka ada datang ke Malaysia ketika itu, tujuannya adalah untuk mencari ilmu keagamaan yang suci, lantas usianya terlalu usang maka dia pun mati di Malaysia dan dia pun mencari kubur keturunannya dan dia pun dapat menemuinya setelah saya bawa mereka kesana. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih banyak banyak kerana mereka sudah bertanya orang di Malaysia ini, semuanya yang dia tanya tak tahu dan menyatakan kubur Yahudi tak ada di Malaysia.

    Disember 7, 2012 at 5:47 pm

  22. Kid

    Rasanya kat melaka ad tmpt persatuan yahudi, ad lambang yahudi kat bangunan tu…

    Januari 18, 2013 at 12:32 pm

    • faerrin

      melaka dekat mana tu saudara?

      Januari 21, 2013 at 6:14 am

  23. nou camp

    tak setuju ngan pendapat yang menyatakan yahudi tu bijak berbanding bangsa/umat yang lain.

    Mac 29, 2013 at 9:50 pm

    • faerrin

      Salam, itu bukan pendapat, tapI ada dinyatakan di dalam Al Quran

      April 2, 2013 at 3:50 pm

  24. Azlina M

    Tak semua orang Yahudi memeluk ideologi Zionisme. Ada juga golongan Yahudi di Israel yg berani menentang golongan Yahudi Zionisme dan mempertahankan hak-hak asasi orang Palestin seperti yg ditayangkan dalam dokumentari berikut:
    1. My Neighbourhood (Jerusalem)
    http://www.justvision.org/myneighbourhood/watch
    2. Israelis Join the Palestinian Demonstrators in West Bank
    http://www.justvision.org/budrus/watch/israelisjoin
    3. Klip video yang lain
    http://www.youtube.com/user/JustVisionMedia/videos?query=Budrus

    Mei 11, 2013 at 11:51 pm

Tinggalkan Jawapan kepada ganu Batal balasan